Inilah Antara 10 Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2014

http://rightways.files.wordpress.com/2013/02/malaysian-richest-2013.jpg
8 Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2013

Antara 10 Individu Terkaya Di Malaysia


Senarai 10 
Individu Terkaya Di Malaysia pada tahun 2014 masih tidak banyak berubah berbanding tahun 2013. Kebanyakan mereka kekal dalam carta dengan peningkatan jumlah keseluruhan kekayaan. Peningkatan ketara berlaku kepada Datuk Mokhzani Mahathir yang muncul dalam senarai 10 terkaya pada tahun ini berbanding tempat ke 13 pada tahun 2013. 

1. Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong  serta memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM54.48 bilion, naik daripada RM46.1 billion pada tahun lalu.

2. Beliau disusuli oleh taikun, T Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan bernilai RM33.19 bilion menerusi aset yang dipegangnya dalam Usaha Tegas Sdn Bhd.


3. Tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion.

4. Tan Sri Quek Leng Chan melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion menduduki tempat keempat.

5.  Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group menduduki tempat ke lima dengan kekayaan berjumlah RM13.12 bilion.

6. Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion. Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia. Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.


7. Ketua Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, mengekalkan kedudukan mereka, masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion manakala Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.

http://www.upstreamonline.com/incoming/article1345920.ece/ALTERNATES/article_main/Dato+Mokhzani+Mahathir.jpg
Datuk Mokhzani Mahathir

9. Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lalu. Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, Sapura Kencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.


10. Tokoh perbankan Tan Sri Azman Hashim melalui Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion.

p/s: Untuk Tan Sri Syed Mokhtar, apakata turunkan harga gula dan beras sebagai hadiah kepada rakyat malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada kekayaan Tan Sri?

Comments

  1. Alahh.. saya no 21 lah pulak.. kena kerja kuatlah lagi utk tersenarai lepas ni huhu.. :D

    ReplyDelete
  2. Takut sy nk.jadi kaya.. Risau sbb penyangak bnyk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlampau kaya boleh gajikan penyangak utk tak samun kita pn Maria hahaa.. :D

      Delete
    2. Betul--betull..ada duit macam-macam boleh buatkan Khir...

      Delete
  3. xde napa sayer yek.. ok ! singgah ptg ari ni!

    ReplyDelete
  4. salam singgah. kalau aku kayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. saya kaya tak bernombor....hahahaha....

    ReplyDelete
  6. alamak mana acik nie ^_^ hehehhee kaya betul mereka nie

    ReplyDelete
  7. bila la saya nk masuk list. heheh

    ReplyDelete
  8. bila la saya nak kaya kan...
    insyaallah satu hari nanti mana lah tahukan
    thanks

    ReplyDelete
  9. lagi byk harta , lagi lama hisab harta , lagi lambat masuk syurga ...

    ReplyDelete
  10. hm.. harapnya yg kaya ni tak lupa orang yg miskin :)

    ReplyDelete
  11. info menarik akak....:)
    ad jgk org melayu rupanya..:)

    ReplyDelete
  12. kejayaan mereka memberi inspirasi
    tan sri syed mokhtar....

    ReplyDelete
  13. Tan Sri Syed Mokhtar...tak ade nak ambik anak angkat ke?.. :D

    ReplyDelete
  14. Psss.. kalau turun harga beras dan gula, camana saya nak maintain tempat ke-6 dalam senarai 10 individu terkaya di Malaysia... saya dah jatuh satu tangga dari tempat ke-5, nanti jatuh lagi satu tangga ke tempat ke-7 pulak... :D

    Lagi pon 'apanama' tu Dato' Mokhzan tu nanti silap haribulan potong saya plak :)

    Ke camne tu Pn RDZ Z... huhuhu

    and psss... apa kata kalau saya naikkan sikit saja lagi, boleh anda anda semua bantu saya naik rangking lagi... :D

    (Salah satu kemungkinan jawapan yang boleh diberikan oleh Tan Sri Syed Mokhtar)

    ReplyDelete
  15. Eh...macam mana nama ku tercicir ni? Lain kali buat list dari bawah...barulah tersenarai, hehe

    ReplyDelete
  16. ada terdengar semalam....selain Tan Sri Syed Mokhtar tu...kena mintak juga dari Robert Kuok tu...raja segala gula tu...dah berdekad2 dia bisnes gula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gula sekarang ni dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Noe..Rasanya sejak tahun 2010..

      Delete
  17. Bos paling besar kami no. 4.. banyak nye duit dia..

    ReplyDelete
  18. kaya itu juga satu ujian.. tahniah kepada orang melayu kerana tersenarai antara 10 individu terkaya.. :D churp2..

    ReplyDelete
  19. Hmmm...hebat diorang ni.

    ReplyDelete
  20. la raudzah lupa nak senaraikan nama puteri yer...hahaha. ;)

    ReplyDelete
  21. no.8 dia kat mana??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat