Inilah Status Pendapatan Rakyat Malaysia

Embedded image permalink 
Status Pendapatan Rakyat Malaysia (Source)

Status Pendapatan Rakyat Malaysia


Status Pendapatan Rakyat Malaysia. Yang miskin tetap miskin, yang kaya makin kaya. Mungkin inlah salah satu kesimpulan yang kita boleh ambil daripada graph di atas. Kalau kita tengok, lebih kurang 40 tahun dahulujurang pendapatan antara rakyat miskin dan kaya tidak jauh berbeza. Namun tahun demi tahun, jurang tersebut makin melebar. 

Pendapatan Golongan Kaya Terus Meningkat


Golongan yang berpendapatan tinggi (kaya) terus mara dan meningkat dengan jayanya dalam masa 40 tahun. Golongan berpendapatan menengah (sederhana) juga menunjukkan peningkatan tetapi pada kadar yang agak perlahan. Dan yang paling sedih adalah golongan miskin atau berpendapatan rendah. Peningkatan dari segi pendapatan terlalu rendah. Tidak banyak berbeza walaupun setelah 40 tahun berlalu.

DEB Gagal Mengurangkan Jurang Pendapatan?


Apakah ini bermaksud DEB yang di perkenalkan sejak tahun 1971 yang bertujuan antara lain untuk mengurangkan jurang pendapatan diantara golongan berpendapatan rendah dan berpendapatan tinggi adalah gagal? Atau ada sebab-sebab lain mengapa jurang pendapatan semakin tinggi?

Comments

  1. DEB dari tahun 1971- 2014... dah 43 tahun tu.. takkan tak de perubahan langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita baca graph diatas secara direct perubahan ketara berlaku di bahagian atas bukan bahagian bawah...sebab tu semakin melebar..

      Delete
  2. Dasar Ekonomi yg jelas tak tercapai matlamat.
    Apa lagi bila ekonomi jelas di 'pegang' kuat bukan org Melayu. Mereka terus kaya sedang bangsa kakak ni masih berada di tahap sama. Makan gaji dgn pendapatan yg tak banyak perubahan sedangkan yg berniaga saban tahun mencanak income mereka bertambah... dari satu cawangan bertambah-tambah cawangan mana tak mencanak. Itulah hakikat yg jelas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik... tetapi KENAPA ekonomi JELAS dipegang kuat oleh orang bukan melayu? sedangkan Malaysia negara islam.. dan pemimpin tertinggi malaysia orang islam... 43 tahun... panjang masa tu untuk adakan perubahan...

      Delete
    2. On paper nampak macm senang dan boleh implement WAFA..tapi when it comes to reality, memang susah..persoalan siapa control ekonomi memang jelas. Dari dulu hingga sekarang, sama even macam-macam usaha dilakukan untuk membantu golongan kurang berada. Mungkin gol ni tak punya aset yang kukuh..dan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. So susah nak pergi jauh...sekali gagal dalam business nak bangun balik sukar...capital tak ada...

      Delete
  3. Betul tu. Mobiliti sosial untuk bergerak ke atas semakin lama semakin disukarkan. Peluang-peluang untuk rakyat bawahan memajukan diri disekat secara halus demi terus memperkayakan sebilangan kecil tauke-tauke besar Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yang menarik juga bagi saya :D... SIAPA yang sekat secara HALUS peluang rakyat bawahan? (Siapa yang BOLEH sekat?) Dan kenapa panggil rakyat bawahan... bagaimana boleh ada 'bawahan' atau 'atasan'?

      (dah lama terfikir pasal ni tapi kita bukan orang ekonomi... tak pandai nak cari jawapan)

      Delete
  4. kaya tetap kaya tu betul tu... miskin makin miskin tu pun betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan farah...
      Tetapi nak kata sikap, tak kan dengan kemajuan pendidikan kat negara kita, tak ada kemajuan yang pesat mengenai sikap rakyat Malaysia ni?... hmmm...

      Delete
  5. Boleh tak kita tafsirkan graf di atas sebagai sebenarnya semakin ramai juga orang yang menjadi kaya? berbanding dengan 43 tahun yang lalu? atau sebenarnya mereka yang berpendapatan pertengahan dan miskin kekal pada suatu tahap tersebut?? Ada tak kemungkinan maksud graf tu macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari satu sudut mungkin kita boleh tafsirkan graph tu macam tu, Tapi kalau tengok notes pada graph ia adalah pertumbuhan pendapatan tiga golongan kat Malaysia. Yang bependapatan tinggi mempunyai kelebihan dari segi pulangan. Mungkin mereka ada lebihan aset untuk dilaburkan kembali. Golongan bawahan tidak ada lebihan. Pendapatn hanya cukup untuk menyara keluarga. So pertumbuhan dari segi pulangan aset tak ada. Mungkinlah..that's how I look at things...

      Delete
    2. Haah.. pertumbuhan dari pulangan aset tu memang satu lah... dorang baru nak bina aset so macamana nak invest. lain lah dorang yang dah dah ada aset atau capital tu..

      Delete
  6. KAT MSIA NI KLU RAJIN LEH LA JADI KAYA..KLU MALAS...MISKIN JER LA SAMPAI KE TUA...SBG CONTOH, CER KORG PERGI TGOK PERKAMPUNGAN INDONESIA JALAN NK KE UIA GOMBAK, SUMA RUMAH BESAR2..DIAORG RAJIN & BERKERJA SAMA, TOLONG MENOLONG..PADAHAL DIAORG DTG X PAYAH GUNA DEGREE PON...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kita rasa ada benarnya kenyataan ni. Mungkin mereka-mereka yang berada dalam golongan berendapatan rendah harus gandakan usaha untuk terus maju. tak boleh terlalu manja dan mengharapkan bantuan sepanjang masa...

      Delete
  7. deb..teringat masa form 4 belajar sejarah. aah jurang masih jauh ketara.

    ReplyDelete
  8. Setuju Raudzah...! Peningkatan kos sara hidup di negara kita nie tidak setara dengan peratus kenaikan pendapatan... itu menyebabkan jurang membesar...
    Lama dah ida perasan hal ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu acik idah..Pendapatan hanya dapat menyara keperluan hariankan..so the earning tak grow..no wonder pertumbuhan pendapatantak ada or very minimal...

      Delete
  9. Mmg betul... selagi acuan kita masih terjurus kpd pengaruh zaman perjanjian magna carta, mmg akan berterusanlah perkara ini terjadi.. wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa perjanjian Magna Carta tu khir..first time dengar ni...

      Delete
  10. Begitu jelas ketara tiada peruabahn. Malah tiada langkah yang diambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Bahrain..memang tak nampak perubahan ketara kat golongan bawahan..mungkin perlu lebih banyak post mortem..

      Delete
  11. Pernahkah kita mengkaji keberkesanan agenda2 dan dasar2 yg tlh dibuat?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is one of the issue Fidah..post mortem perlukan..

      Delete
  12. Sepatutnya kerajaan kena lihat dan cari jalan bagaimana utk merapatkan jurang ini. Tapi masalahnya mereka, pemimpin2 sekarang ni yang berada di garaf atas tu... Tentu sahaja mereka nak makin tinggi menjulang! Tak nampak dah graf kat bawah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin BM..Sebab tu orang tua-tua pesan kalau dah berada di atas jangan lupa kan orang kat bawah tu...

      Delete
  13. aiza setuju dengan komen BM.. seharusnya jurang itu dirapatkan seiring dengan kemajuan negara..

    ReplyDelete
  14. Mmg jelas dh skrg.. Yg kaya terus kaya, yg miskin terus miskin...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun setuju maria..Lot of things need to be done!!!

      Delete
  15. Ketara sangat jurangnya....tapi lagi satu adalah pasal gaji...kenaikan gaji yang diberikan setiap tahun tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan selama setahun..bayangan kenaikan gaji hanya diberi RM100 setahun dan ade yang dapat kurang dari itu dan saya lihat banyak peluang pekerjaan diberikan kepada rakyat asing kerana bayaran lebih murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betu tu Wan.kadar kenaikan gaji Di Malysia tak stara dengan kos sara hidup..tu yang tak ada pertumbuhan dari segi pendapatan untuk golongan bawahan..segalanya hanya cukup untuk belanja haraian aje..

      Delete
  16. Sebab itu kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, jangan lupa juga twett pada P>M. kita, semoga dia meningkatkan bayaran BRIM 650 kepada RM 1,300.00. Biarlah bayaran itu dijadikan bayaran setiap bulan. RM 650 setahun sekali, rasa cukup-cukup makan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh berterusan mengharapkan bantuan. Itu jangka pendek punya solution. Ramai aje yang habis kan duit tu dalam satu hari. So.kena ada plan jangka panjang..Kalau tak forever duduk di bahagian bawah tu...

      Delete
  17. Hmm...teruja baca entri dan komen di atas.

    ReplyDelete
  18. Yang pasti saya sedih melihat graf tu.. rasa tak terdaya pulak... rasa macam apa yang aku buat sedangkan ramai orang yang masih susah... tak boleh bayang generasi cucu cicit... tapi ye lah... tu tuhan lebih mengetahui... x boleh nak kata jugak... hmmm

    ReplyDelete
  19. semakin melebar jurang tu..i wonder what will happen in, say ten years to come

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat