Jom Megembara Ke Sungai Nil
Kembara ke Sungai Nil
Kembara virtual Blog Santai malam ni singgah di Sungai Nil. Pastinya ramai yang pernah belayar mengelilingi Sungai Nil kan. Kita belum sampai ke sini lagi. Tapi kita dah masukkan Sungai Nil dalam list tempat untuk kita mesti lawat one fine day.
Dalam perjalanan Isra' dan Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w melihat empat batang sungai di Sidratul Muntaha, dua batang sungai di syurga dan dua batang lagi terlihat di langit dunia. Baginda bertanya kepada Jibril sungai apakah itu, Jibril berkata dua batang sungai di syurga dan dua lagi adalah Sungai Nil dan Furat. Asalnya kedua-dua sungai itu adalah di Surga yang kemudiannya mengalir ke bumi dan keluar daripada mataair bumi.
Sungai Nil Terpanjang Di Dunia
Dari segi geography, Sungai Nil ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara Afrika. Umumnya Sungai Nil dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia. Sungai Nil mempunyai dua cabang yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih.
Sungai Nil Biru ialah sumber air utama bagi Mesir. Sungai Nil Biru berasal dari Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Tanah disepanjang Sungai Nil Biru sangat subur dan sesuai untuk pertanian. Manakala Sungai Nil Putih berasal dari kawasan Tasik-tasik Besar di Afrika Tengah dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan.
Pelayaran Sungai Nil adalah cara yang sangat popular untuk pelancong mengenali Mesir. Sungai Nil telah menjadi talian hayat Mesir sejak zaman purba dan tidak ada cara yang lebih baik untuk mengesan peninggalan sejarah Mesir selain daripada melayari Sungai Nil. So kalau you all nak mengembara ke Asia Barat, pastikan singgah di Egypt dan melayari Sungai Nil tau...
cik akak pun teringin gak nak pergi..insyaAllah :)
ReplyDeleteJom cik akak...
Deletekita belum sampai lagi kat sini.... memang bagus simpan angan2 untuk pergi ke sini kan... dapat tengok sendiri... :)
ReplyDeleteTak pernah sampai lagi & mmg teringin nk pergi.. harap2 bumi mesir cpt aman... aamiin..
ReplyDeleteSubhanallah..cantiknya..nampak biru aje air tu
ReplyDeletebaru taw..tringinnya nk g..
ReplyDeleteMasa kecik2 selalu dgr pasal sungai Nil ni.. dah besar baca sendiri serta baru lah faham
ReplyDeleteIstimewanya sungai ini mengalir merentasi padang pasir dan tanah tandus lalu membawa rahmat utk kehidupan.
ReplyDeletekalau lah dapat ke sana kan.... !
ReplyDeleteantara tempat yang kathy idam nak pergi..
ReplyDeleteCantik gambar di waktu senja tu.
ReplyDeletebest kalau dapat ke sana kan raudzah :)
ReplyDeleteIndahnya pemandangan disana
ReplyDeleteinsyallah kalau ada rezeki kita pun boleh ke sanakan
best jika dapat pergi ke sana.. cantik air sungai nil itu..
ReplyDelete