Sekolah Percuma Di Bawah Jambatan!!!

Embedded image permalink
Sekolah Percuma Di Bawah Jambatan Di India

Sekolah Percuma Di Bawah Jambatan


Seorang lelaki di India telah di angkat menjadi hero apabila beliau telah berjaya mengendalikan sekolah percuma di bawah sebuah jambatan untuk anak-anak dari keluarga miskin di New Delhi.

http://media.sacbee.com/static/weblogs/photos/images/2013/may13/school_under_bridge_sm/school_under_bridge_06.jpg
Sesi Persekolahan
http://static.guim.co.uk/sys-images/Guardian/Pix/pictures/2012/11/8/1352374280664/93de9e6b-1acb-4a16-89f1-6d12084e05cb-620.jpeg
Tekun Belajar

Menurut NBC News, Rajesh Kumar Sharma mengajar sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak dari keluarga miskin ini datang dari kampung-kampung yang berdekatan. Selama dua jam setiap hari minggu, Sharma akan memperuntukkan masanya mengajar kanak-kanak tersebut.

http://gulfnews.com/polopoly_fs/1.1178140!/image/84812503.jpg_gen/derivatives/box_640/84812503.jpg
Sesi Pembelajaran

Sekolah Untuk Penduduk Miskin


Sharma, seorang bapa berusia 43 tahun dari Aligarh, terpaksa berhenti dari kolej di tahun ketiga kerana masalah kewangan. Apabila dia membuat keputusan untuk memulakan sekolah secara percuma, dia bertekad tidak mahu anak-anak di New Delhi yang lain menghadapi masalah yang sama seperti beliau. Tidak dapat melanjutkan pelajaran hanya kerana keluarga mereka miskin.

Biarpun sekolah tersebut hanya di bawah jambatan, tapi beliau puas kerana mampu berbakti kepada masyarakat di kampungnya. Sekurang-kurangnya dia mampu memberi ilmu kepada anak-anak yang tidak berkemampuan dari keluarga yang miskin.

p/s: Kudos to Rajesh Kumar Sharma, the Hero!!!!

Comments

  1. Semoga orang Ni mendapat kemuliaan..

    ReplyDelete
  2. Murni sungguh usaha beliau. Semoga ada yg beri peruntukan utk kemudahan beliau.

    ReplyDelete
  3. Moga ramai yang akan tampil untuk membantunya nanti. Education is everything :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alagkah bagusnya kan Puuteri..usaha yang murni harus dibantu..and totally agreed..Education is everything..

      Delete
  4. semoga usaha murni beliau akan menerima sokongan dari semua lapisan masyarakat.

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Assalam
    Sanggup korbankan masa depan beliau sendiri - demi kecerahan masa depan anak - anak miskin . Hebat.

    ReplyDelete
  6. niat yang baik..semoga pihak tetentu membuka mata betapa pentingnya ilmu..

    ReplyDelete
  7. beliau memang layak digelar sebagai hero.. mulia sungguh hati beliau mengorbankan masa dan tenaganya demi mendidik anak bangsanya.. wajar kita contohi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat