Skip to main content

Skim MyHome Bagi Subsidi Sehingga RM30,000

Skim MyHome Sedia Subsidi Sebanyak RM30,000 

Skim My Home


Skim MyHome atau Skim Perumahan Mampu Milik Swasta adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. 

Di bawah skim ini, Kerajaan menyediakan bantuan kewangan sehingga RM30,000 untuk membeli rumah pertama pada harga rumah kos rendah, bermula 1 April depan.

Fakta Mengenai Skim MyHome


1. Dana RM300 juta diperuntukkan untuk Skim MyHome
2. Maksimum subsidi kepada pembeli adalah sebanyak RM30,000
3. Rumah tidak boleh dijual selama 10 tahun.
4. Terhad kepada 10,000 unit. Walau bagaimanapun menurut PM, jika sekiranya skim ni mendapat sambutan, mungkin lebih banyak unit rumah akan dibina.

Syarat Kelayakan Skim MyHome


1. Warganegara Malaysia
2. Terbuka kepada pembeli rumah pertama
3. Pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM3,000

Menerusi skim MyHome itu, mereka yang layak hanya perlu membayar harga rumah kos rendah yang ditetapkan di setiap negeri. Bakinya adalah subsidi dari kerajaan dan akan dibayar terus kepada pemaju.

Contoh Cara Pemberian Subsidi MyHome


1. Harga rumah kos rendah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri adalah RM30,000
2. Harga yang ditetapkan oleh pemaju adalah RM60,000
3. Jika sekiranya pemaju dan pembeli layak mengambil bahagian dalam skim ini maka rumah yang bernilai RM60,000 akan dijual pada harga RM30,000. Baki RM30,000 adalah subsidi dari kerajaan dan akan dibayar terus kepada pemaju.

Borang Permohonan Skim MyHome


Borang permohonan untuk Skim MyHome boleh didapati dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mulai 1 April 2014. Tiada permohonan secara online disediakan.

p.s: Pada sesiapa yang layak bolehlah mencuba nasib ya. Mana tau ada rezeki boleh lah dapat subsidi RM30,000 tu..

Comments

  1. mlm td tgk berita pasal isu ini..mcm menarik ja..nnt nak try la apply

    ReplyDelete
  2. Harap orang melayu terutamanya mengambil peluang ini dengan sebaiknya sebelum orang cina dan india guna skim ini

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Wasalam ita...memang banyak tu..kalau dapat Alhamdulillah...

      Delete
  4. rugilah dah tak boleh nak apply untuk skim nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its ok aida..tunggu skim lain pulak ya...banyak lagi rasanya tu!!!

      Delete
  5. mahal uik wah 30,oo itu sema nak bayar sampai ada cucu cicit nanti heee

    ReplyDelete
  6. macam menarik jer skim nie..sy pun belum membeli rumah lagi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Menarik.. mudah2an perlaksanaannya benar2 membantu rakyat yg memerlukan.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  8. macam nak try mohon lah..

    ReplyDelete
  9. rasanya nak juga try mohon skim my home ni :)

    ReplyDelete
  10. rumah kos sederhana boleh apply x??

    ReplyDelete
  11. rumah kos sederhana boleh apply x??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat