6 Sebab Mengapa Perlu Ketawa Setiap Hari

http://westernrifleshooters.files.wordpress.com/2012/03/laff.gif
Ketawa

Ketawa Baik Untuk Kesihatan


You all perasan tak bila kita ketawa atau senyum, mood kita selalunya akan turut sama berubah. Dari sedih boleh jadi ceria. Dari marah boleh jadi cool. Rasa sakit juga boleh berkurangan. Mengapa boleh jadi macam tu ya? Kalau you all nak tau, antara sebab-sebab utama adalah:

1. Otot-otot Bersenam Ketika Ketawa


Mengikut kajian, tubuh badan kita bekerja seperti sedang bersenam apabila kita ketawa. 80 jenis otot tubuh akan mengecut dan berehat secara berirama. Kebanyakannya adalah otot-otot di bahagian perut, belakang badan dan muka. Ketawa bukan sekadar penawar duka bahkan merangsang ketenangan jiwa dan melegakan ketegangan otot, sekurang-kurangnya untuk tempoh 45 minit.

2. Ketawa Melancarkan Perjalanan Darah


Tekanan darah, pernafasan dan kadar denyutan jantung akan meningkat semasa ketawa dan melancarkan perjalanan darah. Selepas ketawa berhenti, tekanan darah akan kembali normal. Proses ini boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi penderita darah tinggi.

3. Ketawa Meningkatkan Paras Oksigen


Kita menghela udara dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa ketika ketawa. Ini akan meningkatkan paras oksigen dalam darah seterusnya mengairi sel dan saraf otak. Tindak balas fisiologi ini akan membantu menyegarkan minda dan meningkatkan daya tumpuan.

4. Ketawa Meningkatkan Imuniti Daya Tahan Terhadap Deria Sakit


Hormon gembira endorfin dikeluarkan ketika ketawa. Endorfin meningkatkan imuniti dan daya tahan terhadap deria sakit. Justeru, apabila melawat orang sakit, rangsanglah mereka ketawa dengan berbual sesuatu yang lucu.

5. Ketawa Mengelakkan Serangan Jantung


Penyelidik dari Universiti Maryland melaporkan seseorang yang selalu ketawa lebih susah mendapat serangan jantung. Jadi setiap orang disaran bersenam 30 minit tiga kali seminggu dan ketawa 15 minit sehari bagi mengelakkan risiko itu.

6. Ketawa Memperbaiki Hubungan Sesama Manusia


Kajian juga menunjukkan seseorang yang suka berjenaka lebih sihat dan berpeluang hidup lebih lama. Selain itu, ketawa boleh memperbaiki hubungan sosial bermasyarakat. Individu yang mudah membuat orang ketawa biasanya lebih disenangi.

So jangan stress-stress ya. Pastikan kita ketawa sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik k.

Comments

  1. emm..jadi tak slah la saya ketawa pepagi nie..hehehe

    ReplyDelete
  2. baik untuk kesihatan tapi tak boleh berlebih-lebihan..nanti jadi pelupa

    ReplyDelete
  3. I love to laugh... I am not good at making a joke.. but I like to twist things so it would sound a little funny and people would have a little laugh... :D
    "Don't take things TOO seriously... "

    ReplyDelete
  4. Jgn sampai terbahak-bahak pulak ye:)
    Ketawa boleh jadi terapi bila susah hati..

    ReplyDelete
  5. Ketaww bt sy jadi muda hiiii

    ReplyDelete
  6. Hurm...visa dan ubat gigi seketol

    ReplyDelete
  7. mmg hobi suka gelak..lgi best klu ada kwan yg mmg suka buat lawak ;)

    ReplyDelete
  8. ketawa boleh hilangkan stress...

    ReplyDelete
  9. tapi jangan ketawa tak tentu hala kat mana2 saja, nanti orang ingat lain pula... *_^ morning dear...

    ReplyDelete
  10. Ketawa boleh buat awet muda tau

    ReplyDelete
  11. banyak manfaat ketawa.. itulah juga rahsia awet muda.. asalkan jangan berlebihan.. komli dan education uk..

    ReplyDelete
  12. salam..
    ktwa mmg baik..tp xboleh terlalu kerap sgt.. =)

    ReplyDelete
  13. saya seorang yang mudah terhibur..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. ketawa jugak lah even hati didalam sakit kdg2 hehehe

    ReplyDelete
  15. betul tu....jom ketawa ramai-ramai...hehehe

    ReplyDelete
  16. Jom kita semua ketawa hahahahaa.. nice sharing Raudzah.. :D

    ReplyDelete
  17. ketawa memang elok untuk kesihatan dan hilangkan stress :)

    ReplyDelete
  18. Jgn ketawa sorang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ketawa sorang2.. dah lain da tu kak.. hihihi

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat