Breaking News

Saturday, March 1, 2014

Dia Mungkin Peminta Sedekah, Tapi...

Dia Mungkin Peminta Sedekah, Tapi...

Bagi kita yang pertama kali melihat beliau, pastinya ia tidak berbeza dengan peminta-peminta sedekah yang lain. Apa yang kita bayangkan seperti peminta-peminta sedekah yang lain pastinya beliau melakukan semuanya untuk menyara kehidupan hariannya.

Tapi bagi penduduk Sofia, Bulgaria, Dobri Dobrev bukan peminta sedekah biasa. Beliau adalah "Angel".
Dobrev telah kehilangan pendengaran semasa perang dunia ke dua. Dia tinggal 15 batu jauh dari bandar, tapi sanggup datang ke bandar setiap hari untuk mendapatkan sedikit sumbangan. Kalau dulu beliau terpaksa berjalan kaki untuk ke bandar, kini disebabkan faktor usia beliau menaiki bus.
Yang pasti dia menghabiskan masanya setiap hari meminta sumbangan, tetapi bukan untuk dirinya.
Insan yang bernama Dobri ini sebenarnya mendermakan keseluruhan pencen bulanannya yang berjumlah 80 euros (about RM362) serta wang yang didermakan oleh orang ramai ke rumah anak-anak yatim dan juga gereja. Baru-baru ini beliau telah diiktiraf sebagai penderma terbanyak bagi sebuah gereja dengan jumlah derma sebanyak 20,000 Euros (RM 90,610).
Beliau melakukan segalanya untuk menebus segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Dan "Dyado Dobri" bertekad untuk terus berbakti selagi termampu. Salute untuk "Grandpa Dobri". Peminta sedekah luar biasa...Semangat yang kita semua harus contohi...


25 comments:

  1. This is such a good guy! Angel on earth!

    ReplyDelete
  2. Nampak macam sempoi aje..tapi banyak jasa pada manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Fidah..entah-entah kat Malaysia ni pun ada macam ni kot..nampak sempoi tapi sumbangannya memang besar..

      Delete
  3. buat baik untuk tebus kesalahan silam...
    banyak jasa dia...

    ReplyDelete
  4. Besar jasanya.. mmg tersgt ikhlas tu. Semoga apa yg baik dijadikan contoh buat msykt kita...

    ReplyDelete
  5. org kafir pun berhati mulia . org islam lak takut miskin ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena didik hati kita macam Grandpa nikan sis vee..

      Delete
  6. really nice people.......ptut ambik pengajaran buat kita kan..:D

    ReplyDelete
  7. baiknya hati grandpa ni..boleh dijadikan contoh kepada kita agar sentiasa bersedia memberi dan bukan meminta semata mata :)

    ReplyDelete
  8. hebat beliau.. alangkah bagusnya kalau beliau org islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak pahala diakan kalau dia Islam..mana tau mungkin terbuka hati dia one day..

      Delete
  9. Kalau kita tak mampu walaupun sedikit semasa susah, adakah kita mampu untuk berikan banyak bila kita senang? Tapi sumbangan kita tak semestinya dalam bentuk wang. Boleh jadi masa, tenaga, sokongan moral. Insha Allah, sama-sama niat untuk menyumbangkan kepada sesiapa saja terutama sekali kepada Islam.

    Terima kasih, post ini memberi inspirasi kepada saya.

    ReplyDelete
  10. semangat yang luar biasa.semoga jadi ikutan semua.yang baik jadikan teladan.yang kurang baik jadikan sempadan.in shaa allah.

    ReplyDelete
  11. Mudahan beliau mendapat hidayah untuk masuk Islam dan teruskan usaha untuk orang Islam pula.

    ReplyDelete
  12. sikap baik beliau wajar dicontohi oleh semua manusia yang lain..

    ReplyDelete
  13. susah nak cari insan sebegitu lagi..

    ReplyDelete
  14. Bila sampai satu tahap, duit tu tak bermakna nak dibandingkan dengan ketenangan yang diperolehi dalam hidup... betapa Allah itu maha pemurah dan maha mengasihani... tinggal lagi kalau Allah hendak berikan hidayah jer kepada Grandpa ni...

    ReplyDelete
  15. ini saja cara untuk menenangkan hati dan menebus kesilapan masa lalu...

    ReplyDelete
  16. mungkin itu cara dia untuk menebus kesalahan yg telah dibuat masa lalu..

    ReplyDelete
  17. semasa perang dunia dulu memasing hanya mempunyai dua pilihan dan ianya amat pahit lagi memedihkan samada membunuh atau dibunuh ketika kita tak mengenal siapa kawan dan siapa lawan. Namun ada ketikanya Allah tunjukkan jalan untuk membuat pilihan yang tepat. Dalam kesah si Dobri ni hanya dia yang tahu makna "menebus kesalahan yang pernah dibuat pada masa lalu".
    sememangnya kita manusia tak terlepas dari berbuat silap dan salah cuma kesan dan akibat yang datang dari salah laku kita akan mendatangkan kesan yang buruk atau baik kepada diri kita lebih-lebih lagi kepada orang lain itu yang akan kekal di hati kita.

    ReplyDelete

Designed By