Breaking News

Tuesday, March 4, 2014

Inilah Profil Pendidikan Rakyat Malaysia

Embedded image permalink
Status Pendapatan Rakyat Malaysia (Source)

Status Pendapatan Rakyat Malaysia 


You all ingat lagi tak dengan artikel, Inilah Status Pendapatan Rakyat Malaysia yang kita kongsikan minggu lepas? Pada yang dah lupa, boleh tengok graph kat atas tu ya. Kalau you all tengok 20% daripada rakyat Malaysia berada dalam kelompok yang mempunyai pertumbuhan pendapatan yang tinggi, 40% sederhana dan 40% lagi rendah.

Embedded image permalink
Pendapatan Vs Pendidikan (Source)

Pendapatan Vs Pendidikan


Hari ini kita nak kongsikan dengan you all golongan manakah yang mewakili kelompok 20%,40% dan 40% di atas dari segi pendidikan. Bukan bangsa ya. Berdasarkan graph kat atas, 20% pemilik pendapatan yang berada di kelompok teratas adalah terdiri daripada 63% yang berpendidikan tertiari. (Pendidikan Tertiari adalah merujuk kepada pengajian lepasan menengah yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia atau luar negara).

Manakala 40% pemilik pendapatan yang berada di kelompok terbawah adalah terdiri daripada 96% pemilik SPM atau ke bawah. Hanya 4.5% daripada golongan ini terdiri dari mereka yang mempunyai pendidikan tertiari.

Sebagai kesimpulan secara amnya, pendidikan memainkan peranan yang penting bagi menentukan pendapatan dan harta kita. Rasulullah S.A.W juga menyuruh kita semua menuntut ilmu sehingga ke negara China. So jangan abaikan pelajaran ya. Dan bagi kita belajar ni sebenarnya is a never ending process. 

24 comments:

  1. betul tu...setuju sgt walaupon tak belajar tinggi2,,,huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita memang setuju. Semua orang perlu terus belajar. Kalau boleh lagi tinggi lagi baguskan Wan..

      Delete
  2. hmmm... interesting... 40% yang berpendapatan rendah tu adalah mereka yang tidak tinggi tahap pengajian? lagi 10% dah jadi 50% atau setengah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kalau nak dibuat conclusion, its more than that Wafa..ada fakta yang lebih menarik disebalik graph di atas..

      Delete
  3. Tapi kenyataannya di dunia realiti taraf pendidikan bangsa kita juga lebih rendah berbanding bangsa yg maju ekonominya... itu yg pendapatan mereka jauh lebih tinggi juga. Itu yg selalu kakak tekankan pada anak-anak. Moga dpt menyumbang rating tinggi buat bangsa kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah KZ..kena utamakan pelajaran untuk lebih bersaing. Dan belajar ni tak semestinya disekolah/u aje. Dimana-mana pun kita oleh belajar..

      Delete
  4. ramai jugak lepasan spm yang berjaya dalam bisnes... kaut untung lebih byk dari org kerja makan gaji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nanie..dalam graph tu pun ada tunjuk. Ramai jugak tu..Apa yang kita tulis tu general view aje...apa-apa pun pelajaran pentingkan!!!

      Delete
  5. sad but it's the reality kan dear...

    ReplyDelete
  6. hm.. masalah jugak kan? tengok sekarang dah makin rosak sistem pendidikan. :(
    dulu licha belajar math dgn science in english. lepas tu tukar balik. kan ke dah mcam tikus makmal je student tu? huhuh..
    apa pon, kena jugak la study at least kalau nak kuar dari malaysia boleh cari makan.. hihi

    ReplyDelete
  7. yup education sgt penting. utk meningkatkan taraf kehidupan.

    ReplyDelete
  8. Bila tengok graf tu, terfikir sesuatu yang sangat mengerikan.. Bila ilmu dijadikan sumber pendapatan, ia sudah menjadi sesuatu yang terbalik. Seolah-olah kena belajar / mencari ilmu tinggi untuk mendapat harta. Something wrong kat situ. Mungkin orang lain tak fikir macam saya fikir kot.. emmm

    ReplyDelete
  9. memang realitinya begitukan.. pendidikan sangat penting untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.. tapi ada juga berpendidikan rendah berjaya menajdi usahawan yang berjaya..

    ReplyDelete
  10. sokong....pendidikan itu pnting......:) dgn adanya pendidikn semua jalan...

    ReplyDelete
  11. Pendidikan penting utk kejayaan dan menjamin kesenangan hidup tetapi kaya dalam kesesatan pun tidak berguna juga. Ilmu dunia dan akhirat harus seimbang barulah kaya didunia dan akhirat...
    p/s: ada statistik mengikut kaum tak?

    ReplyDelete
  12. itu lah pentingnya pendidikan untuk masa hadapan kita dan anak2 kita...

    ReplyDelete
  13. tanpa pendidikan siapa lah saya di sini
    thanks sharing info yg bermanfaat...

    ReplyDelete
  14. Ilmu itulah sebaik2 harta yg perlu dituntut secara berterusan selagi bernyawa...

    ReplyDelete
  15. teruskan mencari ilmu selagi mampu..pendidikan memang sangat penting untuk masa depan yang lebih cerah :)

    ReplyDelete
  16. agreed kerana walaupun kita berniat untuk membuka perniagaan sendiri, ilmu tu penting bagi melancarkan perniagaan yang akan diceburi nanti...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. saya setuju... pendidikan amat penting dalam perniagaan... tapi mesti ditambah pengalaman..baru la ianya bertambah maju dalam dunia bisnis.. :-)

    ReplyDelete
  18. harta itu terbatas maka kalau seseorang kaya maka yang lainnya miskin

    ReplyDelete

Designed By