MH370 : Inilah Harapan Baru Rakyat Malaysia

 https://pbs.twimg.com/media/BjpTq4kCIAENW93.jpg
 122 Objek Baru Dikesan Di kesan Satellite Perancis 

MH370 : Harapan Baru Rakyat Malaysia


Kehilangan misteri MH370 masuk hari ke 20 hari ini. Hari demi hari, sudah banyak image yang dikesan oleh satelite didedahkan. Bermula dengan Australia (16/3), China (18/3) dan yang yang terbaru adalah Perancis (23/3). Namun sehingga kini, tiada debris yang benar-benar dijumpai secara physical. Apa yang ada hanyalah objek-objek yang dikesan oleh satellite. 

 Embedded image permalink
Lokasi Penemuan 122 "Debris"

Jika sebelum ini, objek yang temui agak kecil dari segi jumlah, imej terbaru yang dikesan oleh satellite Perancis pada 23/3 memberi sinar yang lebih besar kerana ada 122 objek yang berukuran 1 m to 23 meter ditemui tidak jauh dari lokasi dimana objek yang dikesan Oleh Australia & China. Objek ini menjadi petunjuk terbaru kepada pasukan SAR.

 
The Towed Pinger Locator

MH370: Towed Pinger Locator


Dalam usaha mengesan kotak hitam milik MH370, Tentera laut Amerika Syarikat (AS) telah menghantar alat pengesan kotak hitam (Towed Pinger Locator) ke Perth. Alat seberat 35 kilogram ini mampu mengenal pasti isyarat kotak hitam sehingga kedalaman 6,000 meter.

 http://i.cbc.ca/1.2585020.1395713630!/fileImage/httpImage/image.jpg_gen/derivatives/original_460/si-submersible-852-jpg.jpg
Bluefin-21

MH370: Bluefin-21


Selain daripada Towed Ping Locator, Amerika Syarikat (AS) turut menghantar sebuah drone penyelam milik Tentera Laut negara itu yang berkeupayaan menyelam sehingga hampir 4,572 meter di dasar laut bagi membantu mengesan serpihan pesawat MH370. Drone yang dilengkapi sonar ini dikenali sebagai Bluefin-21. Alat yang berukuran lima meter panjang dan 800 kilogram boleh beroperasi lebih daripada sehari dengan kelajuan rendah pada kedalaman 4,500 meter dan berkeupayaan membezakan objek yang bertaburan di dasar laut.

 http://www.eca-robotics.com/photo/ecatalogue/593-1.jpg 
Remotely Operated Vehicles (ROV) 

Remotely Operated Vehicles (ROV)


Remotely Operated Vehicles (ROV) atau Autonomi Kenderaan Underwater (AUV) akan ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja penyelamatan bangkai setelah ia ditemui dan dikenalpasti kerana pada kedalaman 4,000 m 7,000 m ianya adalah terlalu dalam untuk mana-mana penyelam.

Semoga penggunaan alat-alat yang berteknologi tinggi di atas mampu mempermudahkan kerja-kerja pencarian serpihan dan juga kotak kitam MH370. Doa kita mengiringi misi SAR.

Comments

  1. iolss teringin nak tengok dari dekat imej 122 objek tu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat dan kotak hitamnya dengan izin Allah Taala....

    ReplyDelete
  3. Semoga di permudahkan dlm segala urusan mereka....aamiin....

    ReplyDelete
  4. Semoga di permudahkan dlm segala urusan mereka....aamiin....

    ReplyDelete
  5. semoga dengan penggunaan peralatan berteknologi canggih ini dapat melancarkan urusan pencarian..

    ReplyDelete
  6. Canggih sekarang. Diharap urusan pencarian semakin cepat.

    ReplyDelete
  7. salam. alhamdulillah..semoga semuanya dipermudahkan..amin..
    btw isi tabung :)

    ReplyDelete
  8. Ingin jana pendapatan lumayan dgn mudah dan cepat tanpa modal,tiada penipuan??? click - http://tasks4job.com/?refer=57311

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan segalan urusan dan semoga cepatlah berakhirnya tragedi ini....amin...kesian kan famly mereka kan..

    ReplyDelete
  10. Pelik juga kan.. imej satelit dah banyak tapi satu pun masih belum dijumpai. Sungguh sukar sekali nampaknya operasi di Lautan Hindi.

    ReplyDelete
  11. hanya Allah jua yang lebih mengetahui..

    ReplyDelete
  12. moga dipermudahkan segala urusan.. teruskan berdoa utk mereka yg terlibat dalam misi ini...

    ReplyDelete
  13. bukan senang nk dptkan debris tu semua...semoga dipermudahkan segala urusan SAR

    ReplyDelete
  14. Masih diteruskan usaha pencarianan saki bakinya tu. Moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  15. hari ni terbaca tentang 300 imej baru plak...harap akan dipermudahkan misi mencari

    ReplyDelete
  16. Semoga dipermudahkan segala usaha & dikurniakan keselamatan kpd mereka yg terlibat... aamiin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat