Breaking News

Thursday, March 6, 2014

Suhu Panas Tertinggi Di Malaysia Tarcatat Semalam

http://1.bp.blogspot.com/-d_5pBHN0dGo/UnoTG-YEdtI/AAAAAAAAHBM/uROskobRHcI/s400/winter-in-the-park-16501-1920x1080.jpg
Musim Sejuk

Cuaca Sejuk Di Malaysia


Hampir dua bulan yang lalu rakyat Malaysia gempar apabila Cuaca sejuk "Luar Biasa" Melanda beberapa tempat di Malaysia.  Antara yang mengalami suhu terendah dalam sejarah dalam negara adalah daerah Kuala Krai di Kota Bharu yang mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah CelsiusSelain di kelantan, daerah Besut di Terengganu juga mencatatkan suhu terendah dalam sejarah didaerah tersebut pada bacaan 19 darjah Celsius. Masa tu business sweater booming sekejap. Ramai juga yang Mengharapkan salji akan turun di Malaysia pada ketika itu. 

http://3.bp.blogspot.com/-jI7yfNCn2O8/TsyLzYM5aGI/AAAAAAAAAQU/6Xn8wsAUcQ4/s1600/Indiana+Summer.jpg

Musim Panas

Cuaca Panas Di Malaysia


Tapi semuanya rahsia Allah kan, belum pun sampai dua bulan, Malaysia telah mengalami perubahan cuaca yang amat ketara. Semalam sejarah tercipta apabila Subang Jaya & Alor Setar mencatat antara suhu tertinggi di Malaysia dengan bacaan 38.5 darjah celsius. 
Ini merupakan antara suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia selepas bacaan suhu 41 darjah celsius yang pernah dicatatkan oleh daerah Cuping di perlis pada tahun 1998. 16 tahun dahulu ketika Fenomena El-Nino berlaku.

Kesan Cuaca Panas


Kesan cuaca panas ni sebenarnya amat kritikal. Seseorang yang terdedah kepada suhu panas yang melampau mungkin terdedah kepada risiko keletihan dan strok haba yang disebabkan suhu panas. Dalam sejarah dunia, penyakit yang bersangkut paut dengan cuaca panas telah menyebabkan kematian beribu orang pada dekad-dekad yang lampau.

Pada tahun 1980 contohnya, gelombang panas di Amerika Syarikat telah menyebabkan kematian 1,250 orang manakala 50,000 lagi mati ketika gelombang panas melanda benua Eropah pada tahun 2003. So hati-hati semua. Jangan  over exposed ya!!!


43 comments:

  1. strok haba tu yang bahaya tu dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dear..harap-harap tak sampai tahap gelombang panaskan...

      Delete
  2. Replies
    1. Memang perlu elakkan..panas sangat kat luarkan...

      Delete
  3. Mmg panas.. bila panas, bangunan & rumah2 yg ber aircon mula pasang full blast.. semakin bertambah2 panaslah dunia kta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Khir..full blast pun tak banyak beza..bahang still terasa..

      Delete
  4. risau jugak,sbb kat tempat saya nie langsung xde hujan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Kl pun ..hari tu hujan kejab coz dia orang buat pembenihan awan..sekarang dah tak ada...

      Delete
  5. jangan salahkan siapa2 kecuali manusia

    ReplyDelete
  6. pergh... panas tu kalau dah sampai 38.5...dok rumah jela minggu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang tetiba ramai yang sakit kepala, lesu dan mata berpinar-pinar hari tu...

      Delete
    2. memang panas MC & wafa..

      Delete
  7. rasanya biar sejuk dr panas kot kan... apapun, sederhana is the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun terfikit benda yang sama..tapi sederhana yang terbaikkan ummi..

      Delete
  8. semoga cuaca Malaysia kembali stabil...

    ReplyDelete
  9. hari ini kena keluar pegi site..rasa memang macam panas giler kat luar sana...tapi sebab tugas kena laa pegi jugak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh imagine Stider..kita kelaur kejab aje pun dah berpinar..macam menggigit..

      Delete
  10. panas2 camne rasa nak beli peti besar je.
    pastu tidur dalam tu..huhu
    bangun pagi esok beku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nick... rasanya tak bangun dah tu kalau beku whoahahaahaha :D

      Delete
    2. ha..ha..bolehlah try Nick..maybe letak jari dulu ke..

      Delete
  11. skrg ni pon ramai yang sakit tekak dan selsema.. betul2 tak selesa kalau x duduk dlm bilik ada air cond.. :( uhukk uhukk. licha batuk .hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Licha..sekarang ni macam-macam penyakit ada..dugaan Allahkan,..

      Delete
  12. wahh bahaya juga,, memang kepala sakit + panas .. moga ada hikmah untuk semuanya yang berlaku

    ReplyDelete
  13. wah..mmg panas....kena banyak minum air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena minum banyak air ikhwan..kalau tak bibir jadi kering...

      Delete
  14. cuaca semalam memang panas sampai nak pengsan.

    ReplyDelete
  15. panas betul tu.. kena banyakkan minum air dan duduk dalam rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Aiza..kalau drive pasang aircond full blast pun tak rasa sejuk...

      Delete
  16. Hebat kuasa Allah Taala... mungkinkah ni tanda-tanda akhir zaman ni?...
    btw... gelombang haba tu... bunyi sangat dahsyat... tak boleh bayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru sikitkan wafa..tak boleh bayangkan yang di sana nanti..Semoga dijauhkan Allah...

      Delete
  17. aktiviti luar perlu dikurangkan dan kena banyak minum air. Hari ni pun rasa panas sangat kat luar tu

    ReplyDelete
  18. two blue birds and komli for you :)

    ReplyDelete
  19. bahaya kan...byk2 kan minum air ye kawan2...

    ReplyDelete
  20. semalam memang panas raudah.. tambah lagi dengan jerebu..memang sakit tekak n pening kepala dibuatnya

    ReplyDelete
  21. Bab suhu di Malaysia bukan fenomena bari.. Tpi dulu xde laman sosial org nk kecoh kan...

    ReplyDelete
  22. Bertambah panas lah Malaysia ni, bila semakin banyak pokok yg di tebang, bukit pun dibotakkan untuk digantikan dengan bangunan. Ini terjadi depan rumah saya. Bukit berhampiran flora Damansara dah diratakan. Sayangnya lah. ALLAH jadikan bukit sebagai pasak bumi, benteng angin. Ada manusia yg tak menghargainya.

    ReplyDelete
  23. Bulan2 atau tahun yg mendatang tak mustahil Malaysia mendapat cuaca yg lebih sejuk atau lebih panas lagi. Harap pihak yg uruskan sumber air dapat mencari penyelesaian yg bijak untuk menangani masaalah kekurangan bekalan air mentah. Baru sebulan masaalah musuh panas terjadi, banyak negeri yg terpaksa membuat catuan air. Harap pihak URUS air dapat mencari alternatif untuk memperkayakan sumber bekalan air mentah agar masaalah catuan air tidak berterusan di masa2 hadapan. Kerana pada pendapat saya, Malaysia ni kaya dengan pelbagai sumber air...

    ReplyDelete
  24. Musim panas ni, memang dugaan betul lagi-lagi dibulan puasa, baru2 ni pon ada kes pelajar meninggal kene strok haba kan ....

    ReplyDelete

Designed By