Suhu Panas Tertinggi Di Malaysia Tarcatat Semalam
Musim Sejuk
Cuaca Sejuk Di Malaysia
Hampir dua bulan yang lalu rakyat Malaysia gempar apabila Cuaca sejuk "Luar Biasa" Melanda beberapa tempat di Malaysia. Antara yang mengalami suhu terendah dalam sejarah dalam negara adalah daerah Kuala Krai di Kota Bharu yang mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius. Selain di kelantan, daerah Besut di Terengganu juga mencatatkan suhu terendah dalam sejarah didaerah tersebut pada bacaan 19 darjah Celsius. Masa tu business sweater booming sekejap. Ramai juga yang Mengharapkan salji akan turun di Malaysia pada ketika itu.
Musim Panas
Cuaca Panas Di Malaysia
Tapi semuanya rahsia Allah kan, belum pun sampai dua bulan, Malaysia telah mengalami perubahan cuaca yang amat ketara. Semalam sejarah tercipta apabila Subang Jaya & Alor Setar mencatat antara suhu tertinggi di Malaysia dengan bacaan 38.5 darjah celsius. Ini merupakan antara suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Malaysia selepas bacaan suhu 41 darjah celsius yang pernah dicatatkan oleh daerah Cuping di perlis pada tahun 1998. 16 tahun dahulu ketika Fenomena El-Nino berlaku.
Kesan Cuaca Panas
Kesan cuaca panas ni sebenarnya amat kritikal. Seseorang yang terdedah kepada suhu panas yang melampau mungkin terdedah kepada risiko
keletihan dan strok haba yang disebabkan suhu panas. Dalam sejarah dunia, penyakit yang bersangkut paut dengan cuaca panas telah menyebabkan kematian
beribu orang pada dekad-dekad yang lampau.
Pada tahun 1980 contohnya, gelombang panas di Amerika Syarikat telah menyebabkan
kematian 1,250 orang manakala 50,000 lagi mati ketika gelombang panas
melanda benua Eropah pada tahun 2003. So hati-hati semua. Jangan over exposed ya!!!
strok haba tu yang bahaya tu dear...
ReplyDeleteBetul tu Dear..harap-harap tak sampai tahap gelombang panaskan...
Deletekena kurangkan aktiviti luar...
ReplyDeleteMemang perlu elakkan..panas sangat kat luarkan...
DeleteMmg panas.. bila panas, bangunan & rumah2 yg ber aircon mula pasang full blast.. semakin bertambah2 panaslah dunia kta...
ReplyDeleteBetul tu Khir..full blast pun tak banyak beza..bahang still terasa..
Deleterisau jugak,sbb kat tempat saya nie langsung xde hujan..
ReplyDeleteKat Kl pun ..hari tu hujan kejab coz dia orang buat pembenihan awan..sekarang dah tak ada...
Deletejangan salahkan siapa2 kecuali manusia
ReplyDeletebetul tu WSC..
Deletepergh... panas tu kalau dah sampai 38.5...dok rumah jela minggu ni..
ReplyDeleteTu yang tetiba ramai yang sakit kepala, lesu dan mata berpinar-pinar hari tu...
Deletememang panas MC & wafa..
Deleterasanya biar sejuk dr panas kot kan... apapun, sederhana is the best
ReplyDeleteKita pun terfikit benda yang sama..tapi sederhana yang terbaikkan ummi..
Deletesemoga cuaca Malaysia kembali stabil...
ReplyDeleteDoakan macam tu anis..
Deletehari ini kena keluar pegi site..rasa memang macam panas giler kat luar sana...tapi sebab tugas kena laa pegi jugak..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Boleh imagine Stider..kita kelaur kejab aje pun dah berpinar..macam menggigit..
Deletepanas2 camne rasa nak beli peti besar je.
ReplyDeletepastu tidur dalam tu..huhu
bangun pagi esok beku.
Salam Nick... rasanya tak bangun dah tu kalau beku whoahahaahaha :D
Deleteha..ha..bolehlah try Nick..maybe letak jari dulu ke..
Deleteskrg ni pon ramai yang sakit tekak dan selsema.. betul2 tak selesa kalau x duduk dlm bilik ada air cond.. :( uhukk uhukk. licha batuk .hihi
ReplyDeleteTulah Licha..sekarang ni macam-macam penyakit ada..dugaan Allahkan,..
Deletewahh bahaya juga,, memang kepala sakit + panas .. moga ada hikmah untuk semuanya yang berlaku
ReplyDeleteDoakan yang terbaik kan acik..
Deletewah..mmg panas....kena banyak minum air...
ReplyDeleteMemang kena minum banyak air ikhwan..kalau tak bibir jadi kering...
Deletecuaca semalam memang panas sampai nak pengsan.
ReplyDeleteTerasakan Dhia...
Deletepanas betul tu.. kena banyakkan minum air dan duduk dalam rumah..
ReplyDeleteTulah Aiza..kalau drive pasang aircond full blast pun tak rasa sejuk...
DeleteHebat kuasa Allah Taala... mungkinkah ni tanda-tanda akhir zaman ni?...
ReplyDeletebtw... gelombang haba tu... bunyi sangat dahsyat... tak boleh bayang...
Itu baru sikitkan wafa..tak boleh bayangkan yang di sana nanti..Semoga dijauhkan Allah...
DeleteBahaya ni..
ReplyDeleteaktiviti luar perlu dikurangkan dan kena banyak minum air. Hari ni pun rasa panas sangat kat luar tu
ReplyDeletetwo blue birds and komli for you :)
ReplyDeletebahaya kan...byk2 kan minum air ye kawan2...
ReplyDeletesemalam memang panas raudah.. tambah lagi dengan jerebu..memang sakit tekak n pening kepala dibuatnya
ReplyDeleteBab suhu di Malaysia bukan fenomena bari.. Tpi dulu xde laman sosial org nk kecoh kan...
ReplyDeleteBertambah panas lah Malaysia ni, bila semakin banyak pokok yg di tebang, bukit pun dibotakkan untuk digantikan dengan bangunan. Ini terjadi depan rumah saya. Bukit berhampiran flora Damansara dah diratakan. Sayangnya lah. ALLAH jadikan bukit sebagai pasak bumi, benteng angin. Ada manusia yg tak menghargainya.
ReplyDeleteBulan2 atau tahun yg mendatang tak mustahil Malaysia mendapat cuaca yg lebih sejuk atau lebih panas lagi. Harap pihak yg uruskan sumber air dapat mencari penyelesaian yg bijak untuk menangani masaalah kekurangan bekalan air mentah. Baru sebulan masaalah musuh panas terjadi, banyak negeri yg terpaksa membuat catuan air. Harap pihak URUS air dapat mencari alternatif untuk memperkayakan sumber bekalan air mentah agar masaalah catuan air tidak berterusan di masa2 hadapan. Kerana pada pendapat saya, Malaysia ni kaya dengan pelbagai sumber air...
ReplyDeleteMusim panas ni, memang dugaan betul lagi-lagi dibulan puasa, baru2 ni pon ada kes pelajar meninggal kene strok haba kan ....
ReplyDelete