Breaking News

Sunday, March 2, 2014

Terapi Pontianak Tagih Darah Manusia

Dubai haram 'terapi puntianak'
Terapi Pontianak

Terapi Pontianak Untuk Kelihatan Cantik


Terapi Pontianak Untuk Kelihatan Cantik. Wah bunyinya aje sudah menggerunkan. Cuma bezanya yang ni bukan minum darah manusia tau. Namun masih ada kaitan dengan darah manusia.

Terapi Pontianak ni merujuk kepada Rawatan Platelet Kaya Plasma (PRP). Posedur Rawatan ni memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah. Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit untuk kekal remaja.

Dubai Mengharamkan Terapi Pontianak


Baru-baru ni,  Pihak berkuasa Dubai telah mengharamkan terapi Pontianak ni yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah. Walaupun keberkesanan terapi ni masih dipersoalkan, namun ia sangat popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya tersebut. Harga purata bagi satu sesi PRP yang memakan masa satu hingga ke dua jam adalah di antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469). 

P/s: Ada yang menyamakan terapi ni dengan rawatan berbekam. Hmm..setau kita rawatan berbekam bertujuan membuang darah yang kurang bersih/baik dari badan untuk mengelakkan penyakit. Tapi yang ni untuk kecantikan...Hmmm.. Mungkin tak sama kot. Tapi yang pasti kita tak akan buat rawatan ni. Ngeri whoooo...


19 comments:

  1. macam-macam orang sanggup buat semata-mata nak cantik..dengar nama terapi ni pun dah menyeramkan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul puteri..nama aje dah menyeramkan ya..tak sanggup den..he..he

      Delete
  2. Eeeiii rasa nak muntah hish.
    Pelik manusia sekarang haih

    ReplyDelete
  3. amboi pelik dan bahaya sepertinya..manusia nie macam-macam

    ReplyDelete
  4. nak cantik punya pasal kan...mcm2 terapi pulak eh....singgah sini...ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..Azie thanks ya sudi singgah sini..

      Delete
  5. sangat membantu sist, salam kenal :D

    ReplyDelete
  6. plik..geli pun tgk...mcm2 skrg ni....

    ReplyDelete
  7. bahaya kalau terlalu obses kepada kecantikan.. demi nak cantik manusia sanggup buat apa sahaja walaupun ianya perkara terlarang..

    ReplyDelete
  8. Main2 dgn darah.. mmg geng pontianak lah tu.. :D

    ReplyDelete
  9. memang tak akan buat... biarlah rupa yg ada ni je...

    ReplyDelete
  10. Dubai... hmmm patutlah... syurga dunia untuk orang-orang kaya yang duit tak tahu untuk buat apa lagi dah...

    ReplyDelete
  11. aish dunia neh pelik2 lah... nak cantik punya pasal..perkara xpelik pon sanggup buat.. datang terjah sini... hihi

    ReplyDelete
  12. sbb nak cantik...sanggup lakukan apa saja...tak sama kut bekam ngan terapi ni...sama la kita Raudzah...takkan buat...ngeri

    ReplyDelete
  13. pelik-pelik lah dorang ni...dok sedut2 darah tu nnti takde effect ke...

    ReplyDelete

Designed By