Belajar Emosi Melalui Bahasa Badan (S2)

http://harshad.files.wordpress.com/2008/11/bored_man.gif
Emosi Jemu/Bosan!!!

Belajar Emosi Melalui Bahasa Badan (S2)


Seperti dijanjikan hari ni Blog Santai akan berkongsi kisah selanjutnya mengenai bahasa badan. Kalau sebelum ni kita belajar tiga pergerakan utama, bahasa badan, hari ni info santai akan berkongsi lagi dua emosi yang boleh dibaca melalui pergerakan bahasa badan.

Emosi Bosan


Seseorang yang bosan, jemu dan tidak berminat dengan apa yang diperkatakan akan menunjukkan reaksi berikut:

1. Tangannya sibuk memegang itu dan ini.
2. Memegang kuku
3. Enggan bertentang mata
4. Memandang pintu, jam, dinding atau luar tingkap
5. Mengetuk-ngetuk meja
6. Kaki bergoyang-goyang
7. Mata kosong

Kalau kita sedang bercakap dengan seseorang yang menunjukkan reaksi di atas, pandai-pandailah bawa diri ya..he..he. Samaada tukar tajuk perbincangan atau hentikan perbincangan untuk hari tu...Emosi tahap bosan tu!!!

http://truegif.com/pictures/gif/1825.gif
Emosi Tak Suka

Seseorang yang tidak setuju atau benci dengan apa yang sedang diperkatakan, mungkin akan menunjukkan reaksi berikut:

Emosi Benci/Tak Setuju


1. Membuka cermin mata
2. Menggeleng-geleng
3. Menuding jari
4. Mengetapkan bibir
5. Mengecilkan mata
6. Mengerutkan dahi
7. Mencondongkan badan dari kita

Ciri-ciri ni, harus kita hindari apabila bercakap dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Walaupun mulut kita tidak berkata benci atau tak setuju, tapi bahasa badan kita menunjukkan sebaliknya.

Walaupun ciri-ciri bahasa badan di atas mungkin tak benar 100% namun, ianya dirumuskan berdasakan kajian secara am. So peratus kebenaran tu mungkin lebih daripada 70%.

1. Pilihan Blogger Malaysia
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Comments

  1. Biasa kita sebut body language tapi bila alihbahasa bahasa badan kakak macam tersenyum - betul juga sebenarnya tak salah. Kena faham-faham sudahlah kan. Kalau tak faham juga payahlah...

    ReplyDelete
  2. kawal sedaya yang mampu kalau tak mampu istifar sahaja.keting2 dua tabung selamat petang ya.

    ReplyDelete
  3. body languange speaks louder than words sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. eheheh..hanya body language yang berkata....

    ReplyDelete
  5. Saya klu bosan mmg suka buat yg no 4 tu... protes.. :D :D

    ReplyDelete
  6. body language sangat penting sekali ^_^ terima kasih beri ilmunya

    ReplyDelete
  7. Bahasa badan....hehehe...tanpa sedar kdg2 kite pon camtu..

    ReplyDelete
  8. Nice sharing.. Mng kna tahu terutama yg dh khwin.. Hehe

    ReplyDelete
  9. bagus jgk ni... nanti boleh nak observe orang sekeliling.. hihi.. licha so far kalau jemu memang buat benda lain la..

    ReplyDelete
  10. hehehe...ada juga yg kena dengan kathy tu sis..

    ReplyDelete
  11. not all body languages fae faham hehe

    ReplyDelete
  12. Ya tak semuanya benar...tapi tidak dinafikan dari reaksi dah tahu seseorang itu bosan atau tidak, maka ada kebenarannya...

    ReplyDelete
  13. dari body language seseorang kita dapat baca apa yang ada dalam hati dan fikirannya :)

    ReplyDelete
  14. singapore airlines di klik!!!.... naniey kalau bosan pon..tetap buat2 fokus... sebab nak jg air muka orag yang tengah bercakap..hehe

    ReplyDelete
  15. tapi kalau ada orang telefon dan rasa bosan nak buat macam mana pulak? nak buat body language tak boleh.. bukan dia nampak kan.. jadi sy jawab mcm nie .. 'hmm...' 'aaa....' 'oooo...' ekekeke.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat