Catuan Air Gagal?

 
Paras Air Di Empangan Semakin Kritikal Coz Pengguna Guna Lebih Air?

Catuan Air Gagal?


Catuan Air Gagal. Pengguna masih guna banyak air. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Kesimpulan ini dibuat kerana empangan air semakin kritikal.

Sebenarnya kita agak keliru dengan kenyataan ni. Secara logic bila catuan air dilakukan, pengguna hanya menggunakan air berdasarkan jumlah yang dibenarkan. Sememangnya berlaku penjimatan air kan,  coz apabila air dicatu, air memang tak ada untuk tempoh dua hari sekali berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh Syabas. So air yang digunakan sudah pasti berkurangan. Tak mungkin ada yang akan menggunakan air seperti biasa atau lebih daripada biasa coz air memang tak ada. 

Air Di Empangan Berkurangan


Isunya disini, paras air diempangan semakin berkurangan. Apa yang pasti jika musim kemarau berterusan dan tak ada hujan, sudah semestinya jumlah air di empangan juga berkurangan. Bukan disebabkan pengguna menggunakan lebih air.

Naik Tariff Air Untuk  Kurangkan Penggunan Air


Memandangkan usaha catuan air dianggap gagal, pihak kerajaan kini sedang memikirkan untuk menaikkan tarif air untuk mengelakkan pengguna mengunakan air yang banyak. Hmmm..penyelesaian yang agak pelik lagi misteri. Dah lah air tak ada. Sekarang tarif air pulak nak dinaikkan. Kesian pengguna. Dua kali didenda tu. 

Selain daripada kenaikan tarif air, kerajaan juga mungkin akan mengisytiharkan darurat air. Kita tak pasti apa implikasi darurat air untuk semua. Kalau curfue tak boleh keluar rumah, kalau darurat air camne tu ya? Bukan catuan ke? Mungkin lebih dahsyat daripada sekarang kot. Air cuma ada seminggu/sebulan sekali mungkin. hmmm..

Jadual Catuan Air Peringkat Ke Empat


Sebelum ni, pihak Syabas telah mengeluarkan notis berhubung catuan air peringkat keempat yang telah berlansung mulai dari 1 April hingga ke 30 April 2014. 

Klik SINI untuk mendapatkan Jadual Catuan Air ya!!!

Comments

  1. Kesian lah untuk rakyat yang terlibat... bersyukurlah KN kat sini belum sampai ke tahap air kena catu.

    ReplyDelete
  2. Tempat bunda ni pun belum sampai catuan lagi...tapi bunda tetap simpan air..

    ReplyDelete
  3. kesian jugak pada mereka yang kena catuan air nie,Harap-harap masalah nie takkan lama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan hujan turun dengan lebatkan...supaya empangan air naik kembali..

      Delete
  4. ya Allah... apakah semua ini.. nk nangis baca.. huhu

    ReplyDelete
  5. Sedihnye baca artikel ni.. dah lah air takde, dicatu, nak naikkan tariff lagi?? memang tak patut!

    ReplyDelete
  6. berat je bunyinya... kalau naik tariff air bule setel masalah ke?

    ReplyDelete
  7. masalahnya kesian betul pada mereka yg terlibat dgn catuan air ni..

    ReplyDelete
  8. Kenapa mesti nak letakkan kesalahan kpd pengguna.. nak naikkan harga air pulak ke.. wallahualam. Semoga hujan dpt turunlah dgn secukupnya... aamiin..

    ReplyDelete
  9. erm....mcm2....moga masalah dapat diselesaikan.....hujan turun...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah Kedah tak kena catu air. risau jugak sebenarnya

    ReplyDelete
  11. Bagi pendapat saya, catuan air sekurang2nya adalah langkah penjimatan yg dapat dilakukan. Bukan bermakna semakin catu semakin banyak air digunakan tetapi paras empangan tidak naik sebab tiadanya hujan. Catuan hanya dapat melambatkan penyusutan air diempangan. Mungkin sekarang ini hujan mulai turun tapi adakah kawasan tadahan air ini juga hujan, jika tiada...tidak akan bertambah air diempangan. Teruskan berdoa...semoga masalah ini selesai segera.
    Tapi bab kenaikan tarif air saya tidak setuju, itu bukan langkah penjimatan yg bijak... tapi ambil kesempatan namanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul BM..Tu yang kita confuse sikit tu..Conclussion tu macam tak kena aje..Hmm. Doa kan ajelah supaya hujan turunkan...

      Delete
  12. haaaaa naikkan tarif air??naik lagi... ok lah... **ayat pasrah..haha

    ReplyDelete
  13. singgah kejap pas ni nak tutup pc sb ujan lebat...eh ipoh baru hujan..harap mereka sabar dalam ujian ini

    ReplyDelete
  14. kalau dinaikkan tarif tu memang tak setuju..

    ReplyDelete
  15. kalau dah dibuat catuan...sah2 la pengguna tak ada air nak digunakan....apa logiknya yg dikatakan pengguna masih banyak guna air...tak faham...naikkan tarif air...bukan solution...cari solution tuk jangka panjang....kita kena buat telaga kt umah ni..raudzah...hehehe...mcm org zaman2 dulu

    ReplyDelete
  16. rasanya tak perlulah sampai kena naikkan tarif

    ReplyDelete
  17. only komli and blue birds...yang lain takde

    ReplyDelete
  18. risau nengoknyer..

    ReplyDelete
  19. naikkan tarif air spy org tak guna utk bende yg xpenting. mcm aritu aku nmpk sorg india bile time giliran dpt air dia gi basuhkete,sementara tgh sabun dia biar je air tu mengalir membuak2 kuar. ape slh tutup skjp. tp basuh kete tu penting sgt ke? kurang2 bile tarif air naik, kurang la org nk guna utk bende yg tak penting.

    btw, aku hrp langat dua dpt dipercepatkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat