Gengster Remaja Semakin Serius
Gengster Remaja Meningkat
Gengster Remaja Semakin Serius
Slot info serius Blog Santai hari ni, ingin berkongsi cerita tentang penglibatan serius adik-adik remaja kita dalam alam kongsi gelap. Mungkin ramai yang tak tau berdasarkan statistik penglibatan adik-adik remaja kita khususnya yang masih bersekolah dalam kes-kes jenayah di Malaysia sudah semakin serius.
Antara kes-kes utama yang membabitkan golongan remaja adalah samun berkumpulan bersenjata api, curi kenderaan, bunuh dan juga rogol. Daripada 4 kes ini, curi kenderaan melibatkan jumlah remaja yang paling besar. Namun dari segi peningkatan peratusan samun berkumpulan bersenjata api, menunjukkan peningkatan ketara. Dari 24 kes pada tahun 2012 kepada 101 kes pada tahun 2013.
Remaja, Gengsterisme & Kongsi Gelap
Berdasarkan rekod, adik-adik remaja kita yang masih bersekolah seawal usia 11 tahun sering terperangkap dengan jenayah yang melibatkan
gengsterisme dan kongsi gelap. Kumpulan kongsi gelap biasanya merekrut remaja termasuk yang masih di bawah umur untuk dijadikan pengedar dadah dan melakukan jenayah lain.
Sebagai tarikan, kumpulan kongsi gelap berkenaan menjadikan sistem hierarki yang digunakan dalam kegiatan mereka seperti gelaran `abang kawasan’ diserahkan kepada adik-adik ni.
Sebagai tarikan, kumpulan kongsi gelap berkenaan menjadikan sistem hierarki yang digunakan dalam kegiatan mereka seperti gelaran `abang kawasan’ diserahkan kepada adik-adik ni.
Remaja Perempuan Yang Berani
Statistik Gengster Remaja
Dari segi statistik, kebanyakan jenayah melibatkan remaja lelaki. Namun, remaja perempuan juga tidak ketinggalan. Meskipun tidak ramai remaja perempuan yang menjadi ahli kumpulan haram,
pembabitan mereka adalah secara tidak langsung apabila diambil menjadi
teman wanita samseng kongsi gelap, sekali gus hamba seks.
Bayangkan penjenayah-penjenayah ini adalah adik-adik remaja kita. Mereka-mereka ni yang berusia belasan tahun sepatutnya berada di bangku sekolah bukan di lorong-lorong gelap atau sekolah Henry Gurney. So di mana silapnya? Dimanakah peranan kita sebagai kakak atau pun abang atau mungkin ibu bapa kepada adik-adik remaja ni?
bimbang baca semua ni...erm..mungkin cara yang bermula dengan ibu bapa kan...bgi didikan agama yg sempurna disamping pantau dengan siapa mereka berkawan..
ReplyDeleteSebab diorg terikut dgn apa yg diorg lihat dan dipertontonkan...
ReplyDeleteTak de keluarga yg mahu anak anak kita jadi macam tu kan Raudzah....pengaruh rakan sebaya dan media hiburan mmg cukup kuat....sepatutnya kena ada jati diri dalam diri mereka sendiri yg boleh menyekat mereka dpd terpengaruh...Emak abah selain nasihat sentiasa berdamping dengan mereka, berdoa ajelah kot
ReplyDeleteMudahnya sekarang nak dapatkan senjata api...
ReplyDeletesalah satu nya faktornya, pengaruh media masa, seperti movie...
ReplyDeletemudah-mudahan mereka menjd ank yg baik
ReplyDeletedoakan yg terbaik
itulah yg membimbangkan bila anak2 dah menigkat remaja ni !
ReplyDeleteAssalamualaikum.. risaunya tengok zaman sekarang. dugaan nak didik anak tu.. Allahuakbar
ReplyDeleterisau bila semakin teruk menular dikalangan remaja kita..
ReplyDeleteBudak2 skrg ni senang terpengaruh
ReplyDeleteAsasnya bermula dari institusi kekeluargaan, kejiranan & ditambah lagi dgn media2 yg cenderung ke arah itu... budak2 sekolah ni kena bayar wang perlindungan kpd pihak luar. Polis pula sukar nak kesan sbb sekolah sendiri pun kdg2 tak tahu.. budak2 tak berani nak cakap termasuk dgn ibu bapa mereka sekali pun... Pihak luar ni mmg tak takut polis sbb klu bergaduh setakat masuk jel tu apa ada hal...
ReplyDeleteSemoga kita semua dilindungi..
Ya! Saudara Khir paling layak dan berpengalaman membicarakan isu ini... :)
DeleteDengan paparan statistik yang ada, nampak masalah itu semakin membimbangkan. Kita tak perlu menyalahkan orang lain, semua bermula dari kita. Tanya pada diri kita sendiri, kalau nampak jenayah, maksiat atau perlakuan tak senonoh adik2 kita, adakah kita berani tegur. Saya merasakan masyarakat perlu bersatu dalam hal ni untuk membendung gejala ini.
ReplyDeletenauzubillah...takut dengan keadaan ini..
ReplyDeleteInstitusi kekeluargaan yang paling penting dalam mencorak dan mendidik anak2 supaya tidak terjebak dengan kegiatan jenayah dan tak bermoral..
ReplyDeletepada puteri, media massa dan institusi kekeluargaan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk karakter seseorang remaja
ReplyDeletebyk faktor yg menyebabkan mereka jadi begitu...tak boleh nak salahkan mereka 100%...
ReplyDelete