Apa Yang Ada Dalam Fikiran Seorang Blogger

Embedded image permalink 
Apakah Yang Ada Dalam Fikiran Seorang Blogger

Apa Yang Seorang Blogger Fikirkan?


Salam Pagi Ahad untuk semua pembaca Blog Santai. Slot info menarik, pilihan Blog Santai hari ni ingin berkongsi tentang apa yang seorang blogger fikirkan. Biarpun hakikatnya banyak blog yang muncul seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, tapi menjadi seorang blogger bukanlah semudah yang disangka. Seorang blogger yang serius berblog harus sentiasa berfikir. Antaranya:

1. Isi kandungan Blog yang menarik, 
2. Blog template yang ringan dan tak menyusahkan pembaca, 
3. Blog SEO
4. Blog Trafik
5. Blog Ranking
6. Dan juga cara untuk menjana Pendapatan melalui Blog

Bukan perkara senangkan. Dan bagi kita, daripada enam yang diatas, isi kandungan Blog adalah yang paling penting. Sejujurnya kita sendiri kadang-kadang merasa tertekan untuk menghasilkan entry-entry yang terbaik dan berguna untuk semua tatapan pembaca Blog Santai. Menerbitkan empat entry setiap hari bukanlah kerja mudah. Dan yang lagi menyukarkan kita bukanlah blogger sepenuh masa. So kena pandai cari peluang dan juga ruang. So maafkan kita ya, jika ada diantara entry-entry yang diterbitkan bukanlah yang terbaik..he..he

Blogger Dan Trafik


Kerja Blogger akan bertambah sukar apabila ada yang menjadikan Blog sebagai mata pencarian. Perkara pertama yang harus difikir adalah trafik. Bagaimana untuk mendapatkan trafik yang tinggi pada setiap hari. Alhamdulillah kita belum sampai ke tahap ini. Kalau tak tekanan nya pasti semakin tinggi. Namun sebenarnya bagi kita untuk mendapatkan trafik yang tinggi, bukanlah sesuatu yang sukar jika kita tau caranya. 

Selain daripada memaksimakan teknik SEO sepenuhnya, pemilihan entry-entry yang bersifat hiburan seperti gossip artis dan rantaian drama yang disiarkan di tv sudah cukup untuk memberikan PV dan UV yang tinggi pada setiap hari. Ini kerana menurut kajian ramai penduduk Malaysia sukakan hiburan dan gosip.

Selain daripada dua topik tersebut, pemilihan niche yang sesuai juga membantu. Pilihlah niche yang kurang persaingan seperti Blog  Cik Mat Gebu atau Blog Paultan.org. Blog seperti ini selalunya mempunyai ramai pengikut setia.

Blogger Dan Ranking


Ramai yang kata Ranking bukanlah segalanya untuk blogger. Tapi kalau kita serius untuk menjadi Blogger, mau atau tidak kita harus berfikir bagaimana caranya untuk mendapatkan ranking yang baik. Samada Alexa ranking maupun Page Ranking. 

Kalau kita berjaya memperolehi ranking yang baik, itulah antara kepuasan berblog sebenarnya. Ranking adalah ibarat seperti exam. Setelah kita berusaha memberikan yang terbaik untuk Blog kita, pastinya kita juga mahukan pengiktirafan. Bukan untuk bermegah tapi untuk kepuasan diri kan. 

Walaupun apa cabaran dan halangan, bagi kita menjadi seorang Blogger amatlah menyeronokkan. Banyak perkara yang kita belajar dan akan terus belajar. So selamat berjaya untuk semua rakan-rakan blogger.

Comments

  1. betul tu :D
    In a way, really respect you for being able to come out with good entries everyday consistently... especially when you are running his blog as a part timer... I was wondering why you haven't had a banner for ads or advertorials...
    Actually whats more important PV or UV?
    Alexa ranking is not that important (I believe) compared to number of visitors on the site... but alexa ranking in a way like u said, give satisfaction... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Wafa..You make me stress..he..he..Nway I was offered a few. Tapi belum terfikir nak terima lagi kot..sebab tanggungjawabnya besar. Nway PV and UV are equally important. If you managed to get both its like a blessing. And Alexa ranking as I said more to satisfaction. But of course you have to do plenty of things to be in the top. PR might contribute more. Those Blog with good ranking are normally being viewed as good and attract more advertisers.

      Delete
  2. Hmm... susah jugak nak jadi blogger yang best. KN cuma buat setakat yang terdaya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its OK KN. Kita buat setakat yang termampukan...

      Delete
  3. satu perkongsian ilmu yang menarik..

    ReplyDelete
  4. nak dapatkan niche dan identiti sendiri tu yang susah sebenarnya tapi saya berblogging sebab suka-suka :D

    ReplyDelete
  5. Good info Raudzah..jauh lg perjalanan sy nampaknya...hehe

    ReplyDelete
  6. Banyak yang saya perlu pelajari lagi..

    ReplyDelete
  7. Duk fikir nak tulis kandungan blogpost berkualiti yang boleh bantu ummah. Chewahh.. tapi akhir-akhir ni memang serius, itu yang saya fikirkan.

    ReplyDelete
  8. Buat masa ni apa yg saya rasa perlu tulis, saya tulis hehee.. kdg2 2 hari 1 entri je yg smpt.. apa pun selagi boleh tulis, saya tulis.. tak de strategi yg spesifik utk kejar ranking lagi.. tp klu ranking naik, siapa tak suka kan.. semoga kita semua sukses.. :)
    3× digi.. :D

    ReplyDelete
  9. kalau nak diikutkan banyak nak kena fikir kan...but the main thing is the article itself. Bila dah fokus pada entri...yang lain akan menyusul :)

    ReplyDelete
  10. banyak tu raudzah 4 entry sehari...noe mmg x mampu la...noe buat pun ikut kemampuan...entry pun lebih bersifat personal jer....nk kejar ranking atau tingkat SEO...mmg tak terbuat ... apa2 pun thx for the info raudzah...

    ReplyDelete
  11. nice sharing....saya suke2 je...

    ReplyDelete
  12. entri menarik ni sis..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat