Skip to main content

Insentif Menarik Untuk Pelabur ASB2


Foto
PM Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2

Amanah Saham Bumiputera 2


Berita baik untuk semua pelabur-pelabur ASB di Malaysia. Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dah dilancarkan semalam dengan peruntukan sebanyak 10 bilion unit. So kalau you all dah cukup quota ASB1, inilah peluang untuk menambah pelaburan. 

Selain daripada peruntukan 10 billion unit, kerjaaan juga turut memperuntukkan 10 juta sebagai insentif untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam ASB2. Di bawah peruntukan ini, pelabur yang mendaftar sebagai pemegang unit ASB2 bermula 1 April 2014 sehingga 31 Disember 2014, akan mendapat 10 unit ASB2 percuma.

Seperti ASB1, pelaburan maksimum untuk Akaun Dewasa yang berusia 18 tahun ke atas adalah 200,000 unit manakala 50,000 unit untuk Akaun Bijak bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga 18 tahun. 
http://www.hargaemas.com.my/terkini/wp-content/uploads/2013/01/Bonus-ASB.jpg 
Dividen ASB (Source)

Sejujurnya ASB adalah antara pelaburan yang selamat dan berbaloi. Dividen dia masih kompetitif walaupun dah semakin berkurangan, tahun demi tahun. Tapi masih belum boleh challenge unit trust untuk beberapa dana terpilih. So kalau you all ada extra duit tak tau nak buat apa, Jom semua tambah pelaburan.

1. Rahsia Wanita 

Comments

  1. Info menarik ni! Thanks Raudzah :)

    ReplyDelete
  2. Masih belum yakin dgn status hukum syariat pelaburan ASN dan ASB ini...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tak apa naniey..bnanti bukak ya..RM10 aje untuk pelaburan awal..

      Delete
  4. saya ade simpanan kat tabung haji je masa sekarang ne.
    asb mungkin menyusul kemudian.
    planning gak nak wat..huhu

    ReplyDelete
  5. menarik...tp adik ipar cakap haram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ker..Ada perndapat yang berlainankan Ema...its ok. Buat apa yang kita yakin..tanpa was-was..

      Delete
  6. wah untung sapa ada akaun ni saya wajib ada anak2 mesti ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada extra duit baik juga melabur dalam ASB ni suri..

      Delete
  7. nufff tidur saya kilk KOMLI 2x boleh ker?

    ReplyDelete
  8. insyaALLAH nak buat asb nanti..heee

    ReplyDelete
  9. saya pun dah buka akaun asb utk anak2 gak.

    ReplyDelete
  10. msh dlm proses nak buat akaun...info yg menarik..thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome Wan..nanti alau baru join beli ASB1 tau...dividen dia mungkin lebih tinggi..

      Delete
  11. saya pun sama mcm tuan BM ni. memang la ada keinginan tapi entahla masih terasa belum mampu buat keputusan berkenaan ASB ni. Btw insyaAllah, nak juga buka akaun nanti

    ReplyDelete
  12. tak rugi kalau kita buat pelaburan.. memang bagus untuk perancangan pada masa hadapan kan... :)

    ReplyDelete
  13. aiza sudah ada akaun asb.. duit pula tak menambah, hehe..

    ReplyDelete
  14. klu nk keuntungan lebih sikit elok ambik unit trust..tp klu tuk pelaburan selamat...ASB n tabung haji dh bagus sangat tu...

    ReplyDelete
  15. Info menarik.. Saya masih was-was ttg status sebenar asb ni.. thanks sharing Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  16. info menarik ni..

    ReplyDelete
  17. yang was2 x perlu paksakan pendapat mereka pada orang2 lain. Lakukan menurut pendapat ulama mana yang anda yakini. Isu halal haram ASB masing2 ada pendapat masing2. Hormati perbezaan pendapat orang lain jika ingin pendapat anda juga dihormati. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. masih belum kesempatan lagi nak tambah pelaburan

    ReplyDelete
  19. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat