Kenali Peribadi Dari Gaya Jalan

http://muhtarsuhaili.files.wordpress.com/2007/07/jalan-lurus-jalan-tegak.jpg
Kenali Peribadi Dari Gaya Jalan

Kenali Peribadi Dari Gaya Jalan


Kenali peribadi dari gaya jalan adalah kesinambungan kisah bahasa badan yang kita telah kongsikan dalam dua siri info santai yang lalu. Kalau ada yang termiss, boleh baca kat sini: 3 Bahasa Badan Kenali Emosi Melalui Bahasa Badan ya. Untuk malam ni kita belajar tentang gaya jalan. Bagaimana gaya jalan seseorang mempengaruhi perwatakannya.

1. Berjalan Dengan Cepat


Orang yang berjalan cepat sukakan persaingan. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya samada dari segi kerjaya maupun peribadi. Beliau juga seorang yang keras hati kerana beliau tau apa yang diinginkan dan tidak suka pada halangan.

2. Berjalan Dengan Lambat


Orang yang berjalan lambat selalunya tidak menganggap masa orang lain atau masa mereka sendiri adalah penting. Mereka tidak suka persaingan tetapi ingin pihak lain mengikut rentaknya. Sukar untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dan biasanya agak mementingkan diri sendiri.

3. Berjalan Dengan Bahu Jatuh Dan Mata Memandang Jalan


Orang yang berjalan dengan bahu yang kelihatan jatuh dan mata memandang jalan ialah orang yang kecewa dengan diri dan kehidupannya. Mereka selalunya tidak memaksa orang lain mengikut rentaknya dan selalunya bergantung hidup kepada orang lain yang dirasakan lebih kuat.

4. Berjalan Dengan Tegak

 
Orang yang berjalan tegak memandang ke hadapan ialah orang yang jelas tentang matlamat hidupnya. Dia akan sentiasa berusaha untuk mencapai cita-citanya dan akan menumpukan semu perhatian ke arah itu. Apa-apa yang mengganggu cita-citanya akan ditolak ketepi. Untuk mencapai cita-citanya dia memerlukan banyak pengorbanan dari pihak lain.

So you all yang mana satu..

Comments

  1. saya tak tahu mcm mana saya berjalan....hihihihihihihi

    ReplyDelete
  2. hehhe..tak sure mana satu...tak taw mcm mna cara sy bejalan..hahahhahaha

    ReplyDelete
  3. Wahh.. ramai ckp sy jln cepat.. cepat tp ada gaya huhu.. :D

    ReplyDelete
  4. tengok keadaan juga, kalau ada salesman atau ejen insuran meluru, mesti jadi yang no 1, punya.

    ReplyDelete
  5. puteri tak tahu cara macam mana puteri berjalan..tapi yang pasti bukan lambat

    ReplyDelete
  6. Camna la liza berjalan. Xpasti lak. Hehe. Raudhah, Liza.masih simpan jadiah u. Rasanya liza takut u salah faham. Liza boleh bg by hand je hadiah u. I akan teeus terkilan kalau u xdpt. Pls msg me kt wechat. Id : norlizayati.

    ReplyDelete
  7. Sebelum menilai orang lain berjalan kenali dulu cara kita berjalan... dan nilailah diri sendiri :)

    ReplyDelete
  8. rasanya empat2 tu ada...ikut mood...hehehe

    ReplyDelete
  9. Alamak..tak tau mcm ne cara kathy berjalan.kena praktis mcm ali baba bujang lapok.hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat