Ngeri: Kelar Ibu Gara-Gara Telepon Pintar

Anak disyaki bunuh ibu kerana telefon pintar
Kelar Dan Tikam Ibu Gara-Gara Telepon Pintar

Kelar Ibu Gara-Gara Telepon Pintar


Koleksi Ngeri Blog Santai hari ni berkongsi satu lagi kisah ngeri akhir zaman. Kalau semalam,  seorang lelaki mengelar leher rakannnya ketika sembahyang berjemaah, gara-gara tidak puas hati, hari ni seorang Ibu malang dikelar lehernya oleh si anak gara-gara telepon pintar.

Kejadian sedih dan ngeri ni berlaku di Miri. Difahamkan, pertelingkahan si ibu, dan si anak yang berusia 18 tahun bermula apabila si ibu enggan membelikan telepon pintar untuk si anak yang tidak bekerja. Berang dengan tindakan dan leteran si ibu, si anak derhaka mengambil keputusan untuk mengelar leher ibunya sehingga mati menggunakan pisau pemotong sayur sebelum menghilangkan diri. 

Mayat si ibu dijumpai berlumuran darah didalam kereta miliknya petang semalam. Mangsa dipercayai dikelar dan ditikam selepas bertengkar dengan suspek di dalam kereta tersebut. Pisau pemotong sayur yang digunakan untuk mengelar si ibu turut ditemui didalam kereta tersebut. 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiylb2n0BIVKfazN-MeKn5phUiIraDUC6h4k1hbVdOtmQBURmD4dI4tgff_0TFdOVngq_G7mf8YcizyydN6rPooxG4IqP8S1bXTVnuNuEjKrX_2a02XYDbxgs0Km_Kz4WzRoyEzhNuTMN8/s1600/doa+perlindungan+diri.jpg
 Doa Di Jauhi Ganguan Syaitan (Source)

Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kecangggihan teknologi yang membawa padah. Yang pasti semua ni berlaku kerana hasutan syaitankan. Amalkan bacaan doa di atas setiap hari ya. Semoga Allah melindungi kita semua dari hasutan syaitan..

- See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2014/04/ngeri-kelar-leher-rakan-hingga-mati.html#sthash.8QhhCUdU.dpuf

Comments

  1. timm dlu, kumpul duit blnja sekolh semta2 nk beli enpon..budk zman skng ni larr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah masalah dia orang cik tim..tak ada duit tapi nak bergaya..

      Delete
  2. Memang hasutan syaitan... jahat manusia akan terlampau bila dengar bisikan syaitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaitan akan gembira bila manusia kalahkan Wafa...

      Delete
  3. menakutkan...lebih berharga ke telefon pintar berbanding ibu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja malas..nak harapkan mak beli henfon,nanti nak topup kena minta jugak ker?ish...(geram ni...)

      Delete
  4. haiwan pun nak bunuh ibu sendiri. apa masalah sebenarnya budak ni sampai sanggup kelar ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah DH..Ramai yang dah hilang pertimbangan sebagai manusiakan. memang betul, haiwan pun tak ada yang bunuh ibu sendiri.

      Delete
  5. sungguh kejam anaknya.. memang di bawah pengaruh syaitan tu..

    ReplyDelete
  6. Astagfirullah.. tak cium bau syurga buat mcm tu... nauzubillah...

    ReplyDelete
  7. Baca juga kisah ni semalam... memang xboleh nak difahami, kenapa boleh sanggup bertindak sedemikian rupa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat