Breaking News

Friday, April 4, 2014

Ngeri: Kelar Leher Rakan Hingga Mati Ketika Solat Berjemaah

 
Jenazah mangsa diiringi isteri dikebumikan

Kelar Leher Rakan Hingga Mati Ketika Solat 


Ngeri. Kelar leher rakan ketika sama-sama solat berjemaah. Bunyinya agak pelik. Tapi itulah kenyataannya apabila seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila mengelar leher rakannya hingga mati ketika sedang berjemaah Maghrib di sebuah masjid di Tampoi, Johor. 

Pada ketika kejadian, kedua-dua mereka berada di saf yang paling belakang. Jadi tiada siapa yang menyedari perbuatan tersebut. Dan yang menjadi lebih kejam, si pembunuh sempat sempat mencuci tangan berlumuran darah selepas mengelar rakannya sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.  Kedua-dua mangsa dan si pembunuh dipercayai adalah bekas pesakit mental di Hospital Permai di Tampoi, Johor.

Syaitan Uji Ketika Solat


Ngerikan bila jadi macam ni. Dalam solat pun Allah masih menguji kita. Dan pastinya semua ni dorongan syaitan. Bukan pesakit mental pun mungkin akan bertindak melakukan perkara yang sama jika kita kalah kepada hasutan syaitan. Ingat lagi tak kes bapa sembelih tiga anak di Shah Alam. Beliau juga baru sahaja selesai menunaikan solat Asar dan bukan pesakit mental. Semoga Allah menjauhi kita semua dari godaan syaitan yang melampau.

11 comments:

  1. dalam masjid pun nak buat onar..aduhai..

    ReplyDelete
  2. subhanallah..pendek betul akal mereka nie

    ReplyDelete
  3. Sukar ditafsirkan...kenapa mereka boleh bertindak sampai sedemikian. Wajar dilakukan kajian dan didedahkan untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  4. Sampai macam tu sekali nak solat pun sanggup membunuh. Pesakit mental kena waspada selalu.

    ReplyDelete
  5. Ngeri nya...apa perasaan dia agaknya...tak dapat nk bayangkan...

    ReplyDelete
  6. Astagfirullah... semoga ia menjadi tiket kpd mangsa utk terus ke syurga... Al Fatihah... aamiin..

    ReplyDelete
  7. Ngerinya...semoga dijauhkan dari segala bala...

    ReplyDelete
  8. Semoga sholat kita selalu bisa terhindar dari godaan syetan yang terkutuk ya mizz.

    ReplyDelete
  9. ngerinya.. semoga dijauhkan dari gangguan syaitan.. nuff semua keluar churp2.. aiza klik 3 kali komli..

    ReplyDelete
  10. Kedua2 pesakit mental.. Klu siuman mmg de something wrong la tu..

    ReplyDelete

Designed By