Ngeri: Tusukan Kayu Menembusi Dada

 
Tusukan Kayu Menembusi Dada Dan Kerusi

Tusukan Kayu Menembusi Dada


Info ngeri yang kita ingin kongsikan dengan semua pembaca Blog Santai hari ni adalah kisah tusukan kayu yang menembusi dada seorang pemandu kenderaan berat di China. 

Kisah ngeri ni, berlaku apabila kenderaan berat yang dipandu Li Feng, 40 tahun merempuh sebuah lori yang membawa ratusan batang pokok pine yang baru ditebang. Akibat rempuhan tersebut, sebatang pohon pine yang berukuran 6 meter menusuk dada beliau. huh..sakitnya!!!

    
Tusukan Kayu Tidak jauh Dari Jantung

Tusukan Kayu Tidak jauh Dari Jantung

 
Namun Feng bernasib baik kerana tusukan kayu tersebut tidak menembusi jantung beliau. Hanya beberapa inci sahaja dari jantungnya. Kalau tidak, beliau pasti kehilangan nyawanya serta merta.

Pihak hospital yang merawat beliau juga menghadpai kesukaran pada awalnya kerana tusukan kayu tersebut turut menembusi kerusi kenderaan berat tersebut. Pihak doktor pakar mengambil masa selama empat jam untuk memisahkan tubuh Li Feng dengan kerusi tersebut. Dan akhirnya mereka berjaya melakukannya serta menyelamatkan nyawa Li Feng. 

Ini yang dikatakan pantang maut sebelum ajal. Baca kisah ni pun dah ngeri plus ngilukan. Belum tengok real lagi...

Comments

  1. ini sekali tengok ingatkan dah maut dahh...rupanya hidup lagi....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Aduhh dik ngerinya kakak tengok. Memula kakak ingatkan filem sekali baca betul-betul terjadi. Macam-macamlah kat negara China ni..

    ReplyDelete
  3. Iskhh.. ngerinyaa... lemah lutut tengoknya...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. panjang umur Li Feng ni, pasni trauma kalau nampak lori angkut batang pine..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah tak sanggu untuk melihat...

    ReplyDelete
  6. naik bulu roma. semoga dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. Yakin dan percayalah! Jika belum sampai ajalnya...apa pun petaka, tetap hidup!

    ReplyDelete
  8. Mmg mengerikan.. berpantang maut sblm ajal...

    ReplyDelete
  9. ngerinya.. rasa ngilu pula rasanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat