Pesawat MAS Ke India Mendarat Cemas DI KLIA

mh192
Boeing 737-800 Melakukan Pendaratan Cemas di KLIA 

Pesawat MAS Ke India Mendarat Cemas


Kemalangan terbaru pesawat MAS (MH192) yang mendarat cemas di KLIA pagi tadi adalah info serius pilihan Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua. Setelah kejadian kehilangan Pesawat MH370, MAS mengalami beberapa kejadian kemalangan yang agak menakutkan. Dalam masa 42 hari ada tiga kejadian besar yang melibatkan pesawat MAS akibat daripada masalah teknikal.

Pesawat MAS Alami Masalah Teknikal 


Kejadian pertama yang berlaku pada 23 March melibatkan masalah teknikal pesawat MH066 dari Kuala Lumpur ke Incheon yang terpaksa dilencongkan ke Hong Kong kerana kegagalan generator pesawat yang menjana bekalan elektrik. Kejadian kedua pula berlaku apabila pesawat yang dijadualkan berlepas ke London pada 17 April terpaksa ditangguhkan selama 11 jam akibat masalah teknikal yang berlaku pada enjin pesawat Boeing 747. Kedua-dua pesawat berjaya membuat pendaratan cemas dengan selamat.

Tayar Pesawat MH192 Meletup Di Udara


Dan pagi tadi pesawat MH192 ke Bangalore, India terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tayar hadapan pesawat dilaporkan meletup ketika berlepas. Menurut penumpang pesawat tersebut terpaksa berlegar-legar selama empat jam di Perairan Selat Melaka sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.

Pesawat MAS Perlu Tingkatkan Pemeriksaan Keselamatan


Ketiga-tiga kejadian kemalangan di atas adalah berpunca daripada masalah teknikal. Sebagai sebuah Syarikat Penerbangan Nasional Negara, kita mengharapkan pihak MAS mengambil langkah yang lebih serius mengenai tahap keselamatan semua penumpang. Kondisi pesawat perlu disahkan berada didalam keadaan yang benar-benar baik sebelum berlepas. Betul malang tak berbau, tapi boleh dielakkan jika kita melakukan apa yang perlu kita lakukan dengan sebaiknya. 

Comments

  1. Aduhai dik buat kakak takut pulak. Itulah juga yg hati tak senang bila anak-anak buah pulak kerjanya dok naik flight. Takut kan..

    Akhir bulan ini satu anak buah kakak nak ke London, sorang lagi praktical di China. Kena naik Mas pulak tu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tulah mama..agak menyeramkan...macam dah jadi trend pulak..

      Delete
  3. semuga tak ada lagi kejadian buruk berlaku...

    ReplyDelete
  4. mungkin jangka hayat kapal terbang dah sampai...banyak berlaku kerosakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak Ema..cuma bila berturut-turut tu agak menyeramkan..

      Delete
  5. betol tu patut buat pemeriksaan yang lebih

    ReplyDelete
  6. yang peliknya kenapa MAS je... =..="
    sepatutnya perkara macam ni diambil serius oleh MAS dan mereka yang terlibat...kalau kerap terjadi macam ni, pengangkutan udara bukan lagi pengangkutan yang paling selamat untuk kita semua...orang ramai pun jadi takut nak naik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Iqa..kita selalu membayangkan pengangkutan udara paling selamat tapi bila dah jadi macam ni memang menakutkan..

      Delete
  7. Janganlah sampai dunia hilang kepercayaan kepada MAS pulak .....harapnya itu adalah kes yg terakhir .....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa direkodkan...sebenarnya susah nak kawal benda2 mcm nie sbb accident happens..sedangkan kereta/motor kita sendiri pun meragam inikan pula kapal terbang..apa-apa pun harap MAS mengambil ikhtibar daripada incident ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Takutnyaa.. Nasib baik selamat mendarat..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah semuanya selamat...takut juga dngr semua ini...

    ReplyDelete
  11. Errmmm MAS nie kena bayar zakat lebih2 skit nie... :D

    ReplyDelete
  12. Dugaan bertimpa-timpa... Hmm... Kan muhasabah diri...

    ReplyDelete
  13. lepas satu..satu..reputasi MAS makin merudum la lepas ni...

    ReplyDelete
  14. Dinegara kita, sesuatu kejadian buruk selalunya berlaku berturut-turut dalam jangkamasa terdekat... Hmmm, kebetulan yang sungguh menakjubkan, ketentuan Allah swt.

    ReplyDelete
  15. mujurlah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku dan berjaya mendarat dengan selamat

    ReplyDelete
  16. Nasib baik tiada yg buruk berlaku.. nk naik local flight pun dah risau dah ni..
    3x digi.. :)

    ReplyDelete
  17. Ujian buat MAS.. jika benar ada yg tak kena..siasatlah sampai ke akar umbi...

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah semuanya selamat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat