Saat Doa Di Makbul Di Hari Jumaat

Doa DiMakbul Di Hari Jumaat
Saat Doa Di Makbul Di Hari Jumaat 

Saat Hebat Di Hari Jumaat


Salam jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Di pagi Jumaat yang mulia ini, kita ingin kongsikan satu hadis tentang hebatnya hari Jumaat untuk renungan semua.

"Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim berdiri berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia akan mengkabulkannya." Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, yang kami fahami, untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat)." (Muttafaq 'Alaih) 

Berdasarkan riwayat di atas, saat yang dimaksudkan adalah selepas Asar hingga sebelum Maghrib. Namun ramai juga ulamak yang berpendapat bahawa saat makbulnya doa yang dimaksudkan adalah di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Doa Di Hari Jumaat


Daripada Muhammad bin Al-Munkadir katanya, aku mendengar Jabir Bain Abdullah berkata: Aku pernah memperlihatkan doa ini kepada Rasulullah S.A.W lalu beliau bersabda: "Sekiranya doa ini digunakan untuk memeperolehi sesuatu yang ada di antara Timur dan Barat dalam satu saat dari Hari Jumaat nescaya dimakbulkan oleh Allah untuk orang yang berdoa itu."

Doa Agong Di Hari Jumaat

Jom sama-sama kita perbanyakkan berdoa di hari Jumaat semoga kita bertemu satu saat yang hebat itu dan doa-doa kita di makbulkan Allah. Aminn!!!

Comments

  1. terima kasih kerana berkongsi....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongai ilmu bermanfaat ni

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah..info bermanfaat utk hari jumaat

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian raudzah...good info :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... t.kasih sudi berkongsi ilmu di pagi jumaat yang mulia...

    ReplyDelete
  6. Semoga doa-doa dimakbulkan..terima kasih perkongsian RDZ..

    ReplyDelete
  7. salam jumaat sis raudzah..

    ReplyDelete
  8. Ameen..!
    Selamat berhujung minggu... ;)

    ReplyDelete
  9. Jom Banyakkan berdoa... Salam jumaat...

    ReplyDelete
  10. Antara dua khutbah tu mmg betul.. bnyk tazkirah megenainya yg saya dengar... subhanallah...

    ReplyDelete
  11. Sekiranya doa tidak dimakbulkan, maka berjela Ustaz2 akan berhujah tentang pendoa...mungkin dia pendosa, atau pelbagai lagi....Bagaimana nak diulaskan doa untuk MH370....kerana yang berdoa berjuta-juta orang...ulamak ,Pak Habib dsb...Mohon pencerahan...selain dari jawapan redho, ada hikmah, sabar, ujian ada jawapan yang lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat