Breaking News

Monday, May 5, 2014

4 Perkara Yang Di Sembunyikan Allah


http://3.bp.blogspot.com/-Bq24U9XdvIc/T4kjSRsMo6I/AAAAAAAACFQ/lMLWhuGQPtE/s1600/berdoa-pic%5B1%5D.jpg
Di sembunyikan waktu dikabulkan doa

4 Perkara Yang Di Sembunyikan Allah


Renungan pagi pilihan Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah kisah 4 Perkara Yang Di Sembunyikan Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan:

1. Di sembunyikan redhaNya pada ketaatan hambanya. Maka janganlah kita menghina amal yang remeh dan sedikit. Kemungkinan ada redha pada amal tersebut.

2. Di sembunyikan kemurkaanNya pada kemaksiatan hambanya. Maka janganlah kita memandang ringan dosa yang kecil. Kemungkinan terdapat kemurkaan Allah yang kita tidak ketahui.

3. Di sembunyikan juga waktu dikabulkan doa. Maka janganlah kita malas dan megambil mudah amalan berdoa. Boleh jadi doa tersebut bertepatan dengan waktu dimakbulkan doa. Sedangkan kita tidak mengetahui.

4. Di sembunyikan juga wali dalam khalangan hambanya. Maka janganlah kita memperlekehkan mereka yang berpakaian hodoh dan buruk atau cacat. Barangkali dia adalah wali Allah. Sedangkan kita tidak mengetahui.

Kesimpulannya jangan sesekali kita meremehkan sesuatu dalam kehidupan kita kerana kita tidak tau samada terdapat keberkatan dan kemurkaan Allah dalam setiap perbuatan kita. Dan jangan sesekali kita memandang hina kepada mereka yang miskin atau kurang berkemampuan kerana mungkin amalnya lebih baik daripada kita. Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Beramal.

18 comments:

  1. ye betul tu RDZ Z, setiap sesuatu dari Allah ada rahsia yg tidak kita ketahui...
    ribena dan INTI utk RDZ Z :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum RDZ Z, betul tu...Allah sahaja mengetahui dan kita sebagai manusia harus terus berusaha membaiki diri kita sendiri

    ReplyDelete
  3. Insyaallah... semoga kita berada dalam lindungan Allah sentiasa...

    ReplyDelete
  4. rasa malu sebab Maha Sembunyikan

    ReplyDelete
  5. kita pun hamba, kenapa nak pandang hina pada org lain kan...nice reminder

    ReplyDelete
  6. Betul tu kerana kita sebagai hambaNya buat apa yg diperintah dan tinggal segala laranganNya. DIA maha tahu apa yg terbaik buat kita

    ReplyDelete
  7. betul tu kak RDZ Z..ramai yang tidak tahu sebenarnya...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih RDZ, peringatan untuk diri sendiri juga..

    ReplyDelete
  9. muhasabah diri kathy..tqvm sis..

    ReplyDelete
  10. peringatan buat kita bersama...>_<

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang bagus..teruskan melakukan kebaikkan walaupun tak nampak ganjaran...

    ReplyDelete
  12. Allah tahu apa yg kita tak tahu... Allh nk yg terbaik utk kita..

    ReplyDelete
  13. Bukan hak kita menilai sesorang hanya dari pandangan...Lebih baik menilai diri sendiri, dimanakah kita disisi Allah swt.

    ReplyDelete
  14. Peringatan yg sgt baik bagi kita sebgai hambanya.. muhasabah & senantiasa melihat diri sendiri dari menilai orang lain... subhanallah...

    ReplyDelete

Designed By