4 Perkara Yang Di Sembunyikan Allah
Di sembunyikan waktu dikabulkan doa
4 Perkara Yang Di Sembunyikan Allah
Renungan pagi pilihan Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah kisah 4 Perkara Yang Di Sembunyikan Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan:
1. Di sembunyikan redhaNya pada ketaatan hambanya. Maka
janganlah kita menghina amal yang remeh dan sedikit. Kemungkinan ada redha pada
amal tersebut.
2. Di sembunyikan kemurkaanNya pada kemaksiatan hambanya. Maka
janganlah kita memandang ringan dosa yang kecil. Kemungkinan terdapat kemurkaan Allah yang kita tidak ketahui.
3. Di sembunyikan juga waktu dikabulkan doa. Maka
janganlah kita malas dan megambil mudah amalan berdoa. Boleh jadi doa tersebut bertepatan dengan waktu dimakbulkan doa. Sedangkan kita tidak mengetahui.
4. Di sembunyikan juga wali dalam khalangan hambanya. Maka janganlah kita memperlekehkan mereka yang berpakaian hodoh dan buruk atau cacat. Barangkali dia adalah wali Allah. Sedangkan kita tidak mengetahui.
Kesimpulannya jangan sesekali kita meremehkan sesuatu dalam kehidupan kita kerana kita tidak tau samada terdapat keberkatan dan kemurkaan Allah dalam setiap perbuatan kita. Dan jangan sesekali kita memandang hina kepada mereka yang miskin atau kurang berkemampuan kerana mungkin amalnya lebih baik daripada kita. Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Beramal.
ye betul tu RDZ Z, setiap sesuatu dari Allah ada rahsia yg tidak kita ketahui...
ReplyDeleteribena dan INTI utk RDZ Z :)
Assalamualaikum RDZ Z, betul tu...Allah sahaja mengetahui dan kita sebagai manusia harus terus berusaha membaiki diri kita sendiri
ReplyDeleteInsyaallah... semoga kita berada dalam lindungan Allah sentiasa...
ReplyDeleterasa malu sebab Maha Sembunyikan
ReplyDeletekita pun hamba, kenapa nak pandang hina pada org lain kan...nice reminder
ReplyDeleteSalam Selasa Raudzah :)
ReplyDeleteBetul tu kerana kita sebagai hambaNya buat apa yg diperintah dan tinggal segala laranganNya. DIA maha tahu apa yg terbaik buat kita
ReplyDeletebetul tu kak RDZ Z..ramai yang tidak tahu sebenarnya...
ReplyDeletetq berkongsi ilmu lagi yer !
ReplyDeleteTerima kasih RDZ, peringatan untuk diri sendiri juga..
ReplyDeletemuhasabah diri kathy..tqvm sis..
ReplyDeleteperingatan buat kita bersama...>_<
ReplyDeleteperkongsian yang bagus..teruskan melakukan kebaikkan walaupun tak nampak ganjaran...
ReplyDeleteAllah tahu apa yg kita tak tahu... Allh nk yg terbaik utk kita..
ReplyDeleteBukan hak kita menilai sesorang hanya dari pandangan...Lebih baik menilai diri sendiri, dimanakah kita disisi Allah swt.
ReplyDeletePeringatan yg sgt baik bagi kita sebgai hambanya.. muhasabah & senantiasa melihat diri sendiri dari menilai orang lain... subhanallah...
ReplyDeletethank for sharing....
ReplyDelete