Amaran: Fenomena El Nino Datang Lagi
Fenomena El Nino
Fenomena El Nino Datang Lagi
Info serius pilihan Blog Santai adalah berkenaan Fenomena El Nino yang dijangka melanda Asia Tenggara pada pertengahan tahun ini. Pada sesiapa yang kurang pasti, El Nino merujuk kepada fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam
tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur
Lautan Pasifik.
Ianya menyebabkan perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Akibat perubahan ini, hujan lebat akan berlaku di sesetengah kawasan sementara di
kawasan lain akan berlaku kemarau yang berpanjangan dengan taburan hujan yang amat sedikit. Kurang
daripada 50mm bagi sesetengah tempat.
Fenomena El Nino Terburuk
Fenomena El Nino yang menyebabkan suhu panas yang melampau ini pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali. Yang terakhir dan antara yang terburuk berlaku pada bulan April tahun 1998. Pada ketika itu, suhu tertinggi yang tercatit adalah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis.
Kesan Fenomena El Nino
Fenomena ini akan memberi kesan yang agak membimbangkan kepada alam sekitar dan aktiviti manusia. Sekurang- kurangnya terdapat tiga kesan utama yang bakal dirasai daripada peningkatan suhu semasa fenomena ini. Kesan ini sebenarnya telah dirasai sejak beberapa bulan yang lalu.
Pertama, kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan akan mengakibatkan penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas.
Kedua, keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air. Kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam dibimbangi akan mengalami penyusutan ketara disebabkan kadar sejatan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.
Ketiga, persekitaran yang kering mendorong berlakunya kebakaran. Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Kawasan padang yang kering boleh terbakar dengan mudah andainya putung rokok yang masih berapi dibuang ke kawasan tersebut. Tapak pelupusan sampah yang membebaskan gas metana pula berpotensi menyebabkan kebakaran secara spontan. Semasa El-Nino 1997/1998, kualiti udara terjejas teruk akibat jerebu.
Hmm... Redha aje lah.. Sgalanya dlm percaturan Allah jua..
ReplyDeletesalam. Allah know well :)
ReplyDeletebtw sy tag akak dekat sini :)
http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html
harap-harap fenomena ni bukan sahaja tidak melanda malaysia je..tapi tidak menlanda dunia... amin
ReplyDeletepatutlah rasa panas semacam kat sabah ne..huhu
ReplyDeletexsempt el-nino timm da demm da pun ni hah..huhu..
ReplyDeletetulah kan...harap2 tak kenalah kat Malaysia....tapi kalu dah kena tu redha jelah....
ReplyDeleteAllahuakbar berpanas lagilah nampaknye..jangan air takde dan kebarakan hutan sudahlah..pakej tu..
ReplyDeleteRisiko Anemia Semasa Mengandung
Memang panas sekarang ni... cuma kat Terengganu ni ada jugak lah hujan sikit2... so masih boleh bertahan.
ReplyDeleteMemang terasa panasnya sekarang ni..
ReplyDeletetakut pulak jadinya..memang agak panas,namun dua hari ni hujan gak..
ReplyDeleteMoga2 tak jadilah... mmg beberapa hari ni klu panas, lain macam je habanya...
ReplyDeleteDengar dalam radio bila tak ingat...katanya 70% kemungkinan akan berlaku...
ReplyDeleteharap ianya tak serius sangat...sama2 la kita berdoa...
ReplyDelete2x downy tuk raudzah :)