Amaran: Fenomena El Nino Datang Lagi

Fenomena El Nino
Fenomena El Nino

Fenomena El Nino Datang Lagi 


Info serius pilihan Blog Santai adalah berkenaan Fenomena El Nino yang dijangka melanda Asia Tenggara pada pertengahan tahun ini. Pada sesiapa yang kurang pasti, El Nino merujuk kepada fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. 

Ianya menyebabkan perubahan iklim berlaku di seluruh dunia. Akibat perubahan ini, hujan lebat akan berlaku di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain akan berlaku kemarau yang berpanjangan dengan taburan hujan yang amat sedikit.  Kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat.

Fenomena El Nino Terburuk


Fenomena El Nino yang menyebabkan suhu panas yang melampau ini pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali. Yang terakhir dan antara yang terburuk berlaku pada bulan April tahun 1998. Pada ketika itu, suhu tertinggi yang tercatit adalah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis.

Kesan Fenomena El Nino


Fenomena ini akan memberi kesan yang agak membimbangkan kepada alam sekitar dan aktiviti manusia. Sekurang- kurangnya terdapat tiga kesan utama yang bakal dirasai daripada peningkatan suhu semasa fenomena ini. Kesan ini sebenarnya telah dirasai sejak beberapa bulan yang lalu.

Pertama, kesan terhadap kesihatan manusia apabila cuaca panas berterusan akan mengakibatkan penyakit seperti batuk, selsema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas. 

Kedua, keadaan panas mendorong kepada proses sejatan daripada kawasan tadahan air. Ia akan menyebabkan krisis bekalan air. Kawasan tadahan air seperti empangan, tasik dan kolam dibimbangi akan mengalami penyusutan ketara disebabkan kadar sejatan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat.

Ketiga, persekitaran yang kering mendorong berlakunya kebakaran. Biasanya kebakaran berlaku disebabkan oleh tindakan manusia. Kawasan padang yang kering boleh terbakar dengan mudah andainya putung rokok yang masih berapi dibuang ke kawasan tersebut. Tapak pelupusan sampah yang membebaskan gas metana pula berpotensi menyebabkan kebakaran secara spontan. Semasa El-Nino 1997/1998, kualiti udara terjejas teruk akibat jerebu.
 
Biarpun fenomena ini belum pasti melanda Malaysia, kita semua haruslah membuat persediaan yang secukupnya. Penjimatan air contohnya harus dipraktikkan untuk mengelakkan krisis bekalan air yang lebih serius. Apa-apa pun jom sama-sama kita berdoa agar fenomena ini tidak menimpa negara kita.


Comments

  1. Hmm... Redha aje lah.. Sgalanya dlm percaturan Allah jua..

    ReplyDelete
  2. salam. Allah know well :)
    btw sy tag akak dekat sini :)
    http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  3. harap-harap fenomena ni bukan sahaja tidak melanda malaysia je..tapi tidak menlanda dunia... amin

    ReplyDelete
  4. patutlah rasa panas semacam kat sabah ne..huhu

    ReplyDelete
  5. xsempt el-nino timm da demm da pun ni hah..huhu..

    ReplyDelete
  6. tulah kan...harap2 tak kenalah kat Malaysia....tapi kalu dah kena tu redha jelah....

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar berpanas lagilah nampaknye..jangan air takde dan kebarakan hutan sudahlah..pakej tu..

    Risiko Anemia Semasa Mengandung

    ReplyDelete
  8. Memang panas sekarang ni... cuma kat Terengganu ni ada jugak lah hujan sikit2... so masih boleh bertahan.

    ReplyDelete
  9. Memang terasa panasnya sekarang ni..

    ReplyDelete
  10. takut pulak jadinya..memang agak panas,namun dua hari ni hujan gak..

    ReplyDelete
  11. Moga2 tak jadilah... mmg beberapa hari ni klu panas, lain macam je habanya...

    ReplyDelete
  12. Dengar dalam radio bila tak ingat...katanya 70% kemungkinan akan berlaku...

    ReplyDelete
  13. harap ianya tak serius sangat...sama2 la kita berdoa...
    2x downy tuk raudzah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat