Breaking News

Sunday, May 11, 2014

Fakta Kes Wanita Bunuh Diri Di Centre Point KK

 
Status Terakhir

Wanita Bunuh Diri Di Centre Point KK


Info serius pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah kisah wanita yang membunuh diri Diri di Centre Point KK. Kita rasa ramai yang dah baca mengenai kes nikan. Cuma semalam bila kita terbaca biodata wanita tersebut dari sebuah Blog, kita jadi sedih dan rasa terpanggil untuk berkongsi pandangan kita mengenai kes ini. Pertamanya kerana beliau seorang wanita yang berugama Islam. Keduanya beliau adalah pelajar sebuah Pusat Pendidikan Tinggi Negara, ketiganya kematian beliau dikaitkan dengan tekanan emosi hanya kerana seorang lelaki dan yang terakhir adalah 10 "likes" di status beliau.

http://2.bp.blogspot.com/-cOUsEEtOLUk/T7fcWXU5OzI/AAAAAAAAAfo/pqXHMrwKBcY/s1600/bunuh+diri+haram+dan+dosa+besar.jpeg 
Bunuh Diri Haram & Berdosa Besar

Bunuh Diri Untuk Selesaikan Masalah?


Amat malang bagi seorang wanita Islam yang terpelajar mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah. Dan kita pasti mungkin ramai lagi rakan-rakan kita diluar sana yang mempunyai dilema yang hampir sama. Membayangkan kematian adalah penyelesaian terakhir. Sedangkan kita semua tau bunuh diri adalah haram dan berdosa besar. Kematian cara ini juga adalah detik permulaan kepada "masalah/penyiksaan" yang lebih besar. 

Penyelesaian yang sebenar adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah. Mengadulah dengan Allah jika ada masalah. Jika manusia tidak menyayangi kita, Allah pasti ada untuk kita. Dan sebagai kawan jika ada diantara rakan-rakan kita yang taksub dengan cinta manusia, dan mula menunjukkan tanda-tanda luarbiasa di Tweeter atau Facebook atau mana-mana laman sosial, dekatilah mereka. Tindakan segera kita mungkin dapat menyelamatkan mereka. Bukannya "Likes" di status mereka. Seolah-olah merestui tindakannya.

P/s: Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan juga dosa-dosa kita semua yang lalai. Dan pada rakan-rakan diluar sana, berpada-pada lah jika bercinta. Jangan sampai menjadi korban cinta. Ingatlah, jika dia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti ada yang lebih baik menanti.

34 comments:

  1. salam. semoga rohnya ditempatkan disisi orang+ yang beriman..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukar nak pinta yang baik2 kalau cara tu dah tak halal atau tak betul..semoga menjadi tauladan kepada semua umat manusia yang bergelar Islam...

      Delete
  2. semoga Allah mengampuni dosa-dosanya ... tak sampai hati nak bunuh vanish n whisper kat sini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan Sis Ve... Thanks ya..

      Delete
  3. ermm...tsk tshu nsk kata apa.......malang rasa bila memikirkan org bunuh diri terutama Islam.....bagaimana nasib selepas mati itu adakah mereka tak tahu kan....

    ReplyDelete
  4. ermm...tsk tshu nsk kata apa.......malang rasa bila memikirkan org bunuh diri terutama Islam.....bagaimana nasib selepas mati itu adakah mereka tak tahu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah wan..Semoga kita semua dijauhkan dari tindakan macam ni...

      Delete
  5. Dah lama saya tak singgah sini. Blog pun dah berwajah baru.

    Janganlah ambil jalan mudah macam ni.

    ReplyDelete
  6. sgt scary..alhmdulillah klu iman kita kuat, kita xakan penh terfkir bnda mcm ni..bg timm klu da msalah mcm ni, time ni lah kita dekt kan diri dgn Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Tim..jangan bagi jiwa kita kosong..nanti banyak elemen lain masuk..

      Delete
  7. Replies
    1. Semoga kita semua dilindungi Allah..

      Delete
  8. YA Allah betapa singkatnya pemikiran dier... bukan cara ni selesaikan masalah kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang berfikir macam ni sebenarnya KA...

      Delete
  9. Kesian bila baca pasal berita ini...saya pernah jugak buat entry pasal kes bunuh diri ini..

    http://www.striderbuzz.com/2013/02/1069-anda-mungkin-bunuh-diri.html?m=0

    jadi memang saya setuju dengan akak jika Penyelesaian yang sebenar adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah..dan kita yang masih hidup ini harap dapat mengambil ikhtibar...

    Regards,
    -Strider-



    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua tak terpesong jauh kan.& yang penting.jangan bagi jiwa kita kosong...

      Delete
  10. Zaman sekarang ramai orang yang pendek akal dan cepat putus asa. Harap harap ini jadi pengajaran kepada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan ramai yang ambil iktibar FN..

      Delete
  11. ada masalah mengadu kat allah pas solat.
    jangan mengadu kat facebook.
    berat mana mslh kita, allah tetap tolong hambanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nik...Allah sentiasa ada untuk kita..Dia tempat kita mengadu...

      Delete
  12. Bunuh diri short cut utk ke neraka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak dijauhkan Allah kan Maria..

      Delete
  13. lama x pergi ke centre point. dulu masa study selalu lepak situ. rindu nak ke kk lg
    parah kes ni, kerana cinta...

    ReplyDelete
  14. Aamiin.. semoga Allah jua yg mengampunkan dosa2 mereka.. nauzubillah.. mohon dijauhkan dari kita semua...

    ReplyDelete
  15. ada terbaca tentang ni kat FB..its sad bila ada yang memilih jalan singkat bila berdepan dengan dugaan

    ReplyDelete
  16. hmm...tak tahu nak komen apa..centerpoint,memang banyak kes terjun bunuh diri kat situ...

    ReplyDelete
  17. pasal lelaki pon nak akhiri hayat camni.....hmmm....tak selesai masalah pon...kat SANA lg bermasalah....semoga kita dikuatkan iman...

    ReplyDelete
  18. X sangka sampai bunuh diri.Salah satu faktor sbb ade 10 likes kat fb.FB boleh jd penyebab bunuh diri?

    ReplyDelete

Designed By