Inilah Cara Tidur Penghuni Neraka

 cara tidur penghuni neraka
Cara Tidur Penghuni Neraka

Inilah Cara Tidur Penghuni Neraka 


Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Slot Renungan Pagi pilihan Blog Santai untuk kita kongsikan dengan semua adalah mengenai cara tidur penghuni neraka.

Dari Abu Dzar ra, beliau berkata "Suatu hari Nabi S.A.W sedang berjalan melewati ku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka Baginda membangunkan ku menggunakan kakinya dan berkata, "Hai Junaida (Panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka. (HR. Ibnu Majah)


Tidur Meniarap Dari Sudut Kesihatan


Dari sudut kesihatan, seseorang yang tidur dalam keadaan meniarap boleh menyebabkan sesak nafas. Ini adalah kerana beban tulang belakang punggung yang menghalangi dada untuk bernafas dengan sempurna.

Di samping itu, keadaan tidur si penghuni neraka ini juga boleh melemahkan jantung dan otak. Kajian di Australia membuktikan bahawa angka kematian mengejut di kalangan kanak-kanak berlaku lebih kerap kepada anak-anak yang suka tidur meniarap dengan kadar 3 kali ganda berbanding kematian mengejut dikalangan anak-anak yang suka tidur mengiring. 

Cara Tidur Rasulullah S.A.W 


cara tidur Rasulullah s.a.w
Cara Tidur Rasulullah S.A.W

"Al-Barra bin Azib RA berkata; Adalah Rasulullah S.A.W jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca doa yang (Maksudnya); "Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan."

Comments

  1. salam. nasib baik tak amalkan cara tidur begitu..tak selesa..sy lebih selesa tidur mengiring :)
    btw menabung darlie dan kfc :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian maklumat, rasanya lebih selesa kalau tidur mengiring dari meniarap...:)

    ReplyDelete
  3. selalu juga lagu tu hee...tidur nyenyak.kalau tak de bantal pkai alas tangan je

    ReplyDelete
  4. nice sharing... x tidur meniarap dh sejak lpas khwin... hehe...

    ReplyDelete
  5. Kalau kita berpandukan dengan amalan yang betul.. nk tido pun boleh amalkan sunnah dan dapat pahala :D

    ReplyDelete
  6. sy x suka tdo meniarap sbb susah nak bernafas. suka terlentang atau mengiring...

    ReplyDelete
  7. tidur meniarap tu paling selesa sebenarnya tapi jangan buat ... jumpa derlie .

    ReplyDelete
  8. saya mudah nyenyak kalau tidur meniarap.... tapi jarang amalkan..dah tahu tak elok..hihi..klik darlie

    ReplyDelete
  9. jadi bingung ada yang mengatakan bagus tuk kesehatan

    ReplyDelete
  10. tapi yang saya rasakan memang ketika bangun suka nyeri dada

    ReplyDelete
  11. anak saya suka sekali tengkurap bagaimana ya..

    ReplyDelete
  12. nasib baik saya jenis suka tido mengiring sambul peluk bantal..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. nasib iolss bukan jenis tidur macam ni...

    ReplyDelete
  14. kathy memang tak suka tidur meniarap..sakit dada..hehehehe...

    ReplyDelete
  15. masa muda remaja dulu suka tidur meniarap...skang dah x boleh...sakit belakang klu tidur macam tu...tak elok upanya...thanks for the info raudzah

    ReplyDelete
  16. menabung libresse kt sini..itu je yg ada :)

    ReplyDelete
  17. T kasih atas peringatan & perkongsian ini.. Salam Jumaat Raudzah..

    ReplyDelete
  18. Sebelum terlena memang mengiring...tapi bila dah lena, xtaulah posisi apa. Macam2 gaya jadinye... Salam Jumaat yg mulia RZ

    ReplyDelete
  19. nasib baik puteri tak tidur macam tu..memang tak selesa :)

    ReplyDelete
  20. Kalau tidur atas tilam yang empuk memang nak meniarap... tapi kalau tidur atas toto jer... tak boleh meniarap.. sakit belakang semua ada... automatik terlentang :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat