Breaking News

Monday, May 5, 2014

Menara Kawalan Tertinggi Di Dunia

 http://www.suaragenerasibaru.com/wp-content/uploads/2014/04/klia2tower1.jpg
Menara Kawalan Tertinggi Di Dunia

Menara Kawalan Tertinggi Di Dunia


Info menarik pilihan  Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai KLIA2. You all tau tak, selain daripada Menara Berkembar Petronas yang pernah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia pada suatu ketika dahulu, Malaysia kini mempunyai satu lagi mercu tanda kebanggan negara. Mercu Tanda Kedua yang dimaksudkan adalah Menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang terletak di terminal penerbangan kos rendah KLIA2. Ianya telah diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai menara kawalan tertinggi di dunia. 

Menara ini yang mula dibina pada 1 Mei 2012 telah siap sepenuhnya pada 1 Mac 2013. Ianya telah mula digunakan secara rasmi pada 4 April yang lepas. 


http://2.bp.blogspot.com/-oD3iLcsFHq0/U1iNIVROUTI/AAAAAAAB6hA/DODzU8-fQeI/s1600/20140107KLIA2011_840_559_100.JPG 
Menara Kawalan Tertinggi Di Dunia
 

Menara Kawalan Beroperasi 24 Jam


Berdasarkan rekod, Menara yang mempunyai ketinggian 141.3 meter serta 33 tingkat ini, telah mengatasi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhune, Thailand yang berketinggian 132.2 meter.

Menara ini beroperasi selama 24 jam dan mampu mengawal sekurang-kurangnya lapan Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) di bilik kawalan utamanya dalam satu masa. Untuk memberikan perkhimatan yang efektif, Menara ini dilengkapi antena surface movement radar (SMR) di bahagian bumbung. Pengggunaan SMR mampu memberikan gambaran jelas setiap pergerakan yang berlaku di terminal mahupun kawasan persekitaran biarpun dalam keadaan cuaca buruk. Setiap pergerakan objek direkod secara jelas dan tepat. 

Tahniah Malaysia, semoga menara ni mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan pengiktirafan yang diberikan.

12 comments:

  1. semlm pun timm dok godek lman web klia2..mmg cm best..interior design dia pun lawa..ni yg tringin nak pi nieh..

    ReplyDelete
  2. Betul tu Raudzah.. tak gune cipta rekod klu apa yang disajikan tidak seindah kabar..

    ReplyDelete
  3. good entry memng menambah pngathuan..
    x sngka ya kat klia2 ada menara kwalan tertingi..
    klik2 :P

    ReplyDelete
  4. memang tinggi harap ianya berfungsi dengan baik..jangan bina menara tinggi-tinggi hanya nak melawan ketinggian dengan negara lain pula.

    ReplyDelete
  5. Semoga ketinggian nya setaraf dgn fungsinya. Jangan pula ada lagi kes k/terbang yang hilang dan menjadi misteri...

    ReplyDelete
  6. Semoga ia dpt berfungsi dgn baik & dpt memulihkan imej penerbangan negara...
    3x whisper.. :D

    ReplyDelete
  7. tak kisahlah tertinggi ke tak tinggi ke....yang penting mutu perkhidmatan

    ReplyDelete

Designed By