Skip to main content

MH370: Rakaman Audio Komunikasi Adalah Palsu?

http://e-tiketpesawat.com/wp-content/uploads/2011/04/malaysia-airlines.jpg
Rakaman Audio Komunikasi Adalah Palsu?

MH370: Rakaman Audio Adalah Palsu?


Kisah misteri MH370, seakan tiada henti. Satu persatu, persoalan muncul yang menambah kepada koleksi kehilangan misteri MH370. Sehingga kini serpihan MH370 masih menjadi tandatanya. Setelah hampir dua bulan pencarian intensif dilakukan, tiada satu serpihan yang ditemui walaupun semua pihak mengesahkan ianya hilang di Lautan Hindi. Begitu juga dengan kisah Manggis Misteri yang terdapat didalam cargo yang masih menjadi tandatanya. Tiada sapa tahu dari mana manggis itu datang dan apakah ianya benar-benar manggis atau sebaliknya.

Dan kini yang terbaru muncul apabila beberapa pakar siasatan forensik, mendakwa bahawa rakaman audio perbualan di antara juruterbang MH370 dan pegawai menara kawalan trafik udara yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia adalah palsu kerana:

1. Telah diubahsuai oleh seseorang,
2. Sumbernya diperolehi daripada dua rakaman kaset yang berbeza.
3. Terdapat empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.
4. Rakaman pada minit ke 1.14 dibuat menggunakan perakam suara digital yang dipadankan ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

 

Rakaman Audio Telah Di Ubah Suai?


Berdasarkan penemuan di atas mereka percaya, bahawa data tersebut telah diubah suai untuk mengelakkan perkara sebenar yang berlaku di dalam cokpit diketahui umum. Biarpun pihak DCA telah menafikannya, namun bolehkah persepsi ini lenyap begitu sahaja kerana terlalu banyak percanggahan yang melibatkan transkrip itu sebelum ini.  Ianya bermula dari Good Day menjadi Alright Good Night dan yang terakhir Good Night Malaysian 370. Asalnya diucapkan oleh pilot, kapten Zahari, kemudian bertukar kepada co-pilot, kapten Fariq dan kini kembali semula kepada kepada kapten Zahari. Hmm.. 

Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia juga nampaknya tidak banyak membantu menyelesaikan masalah kehilangan misteri MH370. Malah ianya menimbulkan lebih banyak prasangka. Apa yang sebenarnya terjadi dan siapa yang bertanggungjawab hanya Allah yang mengetahui. Simpati untuk semua keluarga yang terlibat. Kebenaran mungkin tidak akan muncul dan misteri akan tinggal misteri untuk selama-lamanya. Walau apa pun, jangan berhenti berdoa kerana Allah maha mengasihani.

Bermula dari Good Day, Alright Good Night dan sekarang Good Night Malaysian 370. - See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2014/03/goodnight-malaysian-370-bukan-good.html#sthash.V0DryDeW.dpuf

Comments

  1. memang dah diubahsuai, sebab tak de sebutan Allright Goodnight!, Opsss rahsia beb!

    ReplyDelete
  2. Hmmm..misteri takkan terjawab.

    ReplyDelete
  3. Sedihnya bila teringat perasaan saudara mara mereka yang berada dalam MH370 tu... kalau saya pasti setiap malam mengigau... sedihnya... sedih juga bila, keadaan nampak maklumat yang diberi macam semua tu sia-sia... macam tak membantu langsung. Sedih juga bila tengok billboard besar-besar dan banyak 'Doa Untuk MH370"... !!!!!

    ReplyDelete
  4. susah nak kata saya harap masalah akan terungaki nnti

    ReplyDelete
  5. tak nak percya dh sebarang tanda ne..asyik2 palsu...kerajaan2x, x habis2.huhhh

    ReplyDelete
  6. Macam semakin rumit sekarang ni..

    ReplyDelete
  7. boleh jumpa lagi ker to ???????????

    ReplyDelete
  8. malas dh layan mcm2 cerita dah skang ni !

    ReplyDelete
  9. Mcm2 spekulasi dh timbul srmula..

    ReplyDelete
  10. Aikk... boleh pulak... ermm... something wrong somewhere

    ReplyDelete
  11. Itu belum lagi pasal kargo yang akhirnya dikatakan manggis dan bateri kedua2nya ada... Ntahlah, semakin sukar nak mempercayai... Apa pun, doakan yang terbaik dan terbongkarlah kebenaran.

    ReplyDelete
  12. Mmg pelik & bnyk yg tersembunyi... Semoga Allah bukakan hijab... aamiin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat