Peringatan Diri: Jauhi Empat Sifat Ini

peringatan diri 
4 Pesanan Untuk Peringatan Diri

4 Sifat Yang Perlu Di Jauhi


Peringatan diri pilihan Blog Santai untuk kita kongsikan dengan semua adalah 4 sifat yang perlu kita jauhi. Empat sifat ini mungkin ada pada diri kita yang kita terlepas pandang. Ianya berlaku kerana kelebihan yang di anugerahkan Allah kepada kita. Empat sifat yang kita maksudkan adalah:

1. Sombong bila kita kaya.
2. Perasan bila kita cantik. 
3. Bongkak bila kita bijak. 
4. Lupa daratan bila kita berjaya. 

Jadi kita kena sentiasa muhasabah diri. Tak perlu sombong kerana kekayaan itu anugerah Allah, tak perlu perasan kerana kecantikan itu hak milik Allah, tak perlu bongkak kerana kebijakan itu dipinjamkan Allah dan jangan sesekali lupa daratan kerana kejayaan itu berlaku dengan izin Allah. 

Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan kita bahawa setiap keistimewaan yang ada pada kita adalah hak milik Allah. Hanya dipinjamkan buat sementara kepada kita. Jika kita lalai atau tersalah langkah, ia mungkin hilang dalam sekelip mata.   Jaga diri, hiasi peribadi & Selamat beramal.

Comments

  1. takde sebab kita nak sombong kan? semuanya, semua milik Allah...

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang sgt bagus.. minta2 kita semua dijauhkan dari sifat ini..amin...

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa kaya pun sampai bila-bila, sebab itu semua pinjaman, dan kita hanyalah mentadbir, harta yang dipinjamkan.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian menarik..

    ReplyDelete
  5. Tuhan tak bagi kaya raya sebab takut kita lupa dan jadi sombong kut... Sekarang boleh lah kata ..kalau kaya nanti nak sedekah banyak-banyak... takutnya bila kaya, syaitan jadi raja... kalau sedekah pon ...tunjuk kat orang. Yang tak berapa pandai ni pon dah rasa memandai... astaghfirullahalazim... dan sebab tu tuhan buat makin tua... sebab makin tua, makin kurang cantik atau hensem... dah kurang glamer, kurang berlagak sikit... ALhamdulillah, cukuplah apa yang tuhan bagi, walaupon orang lain dok compare kita tak semewah, sepandai, sekerja besar orang lain :D. Mintak jauh lah Allah tak pelihara dari riak sebab pandai buat blog... huhuhu...hmmmm...

    ReplyDelete
  6. gd sharing ni tq yer

    ReplyDelete
  7. Thanks...saling mengingati sesama kita

    ReplyDelete
  8. In shaa Allah.. mmg sentiasa beringat & dijauhkan dari semua tu...
    3x libresse..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat