Breaking News

Saturday, May 24, 2014

Sijil Halal Cadbury Di Tarik Balik

 Cadbury Dairy Milk Roast Almond
Sijil Halal Cadbury Dairy Milk Roast Almond Di Tarik Balik

Sijil Halal Cadbury Di Tarik Balik


Isu serius pilihan Blog Santai adalah mengenai penarikan balik Sijil halal bagi dua produk cadbury, i.e Coklat Cadbury Dairy Milk (Hazel Nut) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond yang telah disahkan mengandungi DNA babi. Penggantungan sementara sijil halal ini dilakukan bagi membolehkan pihak JAKIM melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kejadian.

Sememangnya isu kehadiran DNA babi dalam dua produk di atas mengejutkan ramai orang. Sebagai sebuah syarikat yang terkenal serta mendapat sokongan dari pelbagai kaum di Malaysia, pihak Cadbury dilihat tidak sensitif dengan keperluan orang islam. 

Cadbury Cadbury Dairy Milk Chocolate
Cadbury Dairy Milk Chocolate

Produk Cadbury Selamat Dan Suci?


Susulan kejadian ini kita tidak pasti tindakan pihak JAKIM menggantung sijil halal bagi dua produk serta  memberi jaminan bahawa kesemua produk lain adalah selamat dan suci adalah tindakan yang betul. Kita semua tau bahawa produk yang lain belum lagi di analisis kecuali Cadbury Dairy Milk Chocolate yang disahkan tidak mengandungi DNA babi. So kemungkinan DNA babi juga turut ada bukanlah sesuatu yang mustahil. Mungkin ada baiknya sijil tersebut di tarik secara menyeluruh bukan hanya dua produk sebagai pengajaran kepada pihak Cadbury.

8 comments:

  1. timm pun dah boikot..sbb dah ragu2 dgn semua produk dia..

    ReplyDelete
  2. moga Allah ampunkan dosa kita kalau tertelan coklat tu kerana tak tahu...
    membalas tabung sini.. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau was2 dgn produk yg lain....tak yah la makan..

    ReplyDelete
  4. Rasanya dah lama aku tak makan coklat ni, tu baru satu blom jenama coklat lain. mungkin perkara sama berulang.

    ReplyDelete
  5. kalau dah dua tu diharamkan, tak berani dah nak makan yang lain-lain.sebab semua pun buat di kilang yang sama.

    ReplyDelete
  6. Aduiii.. dahlah selalu makan.. hmmmm...

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak beli, tapi mcmn kalauyg dulu pun dah tercemar juga? Tak beli coklat dah lepasni

    ReplyDelete

Designed By