Tol Naik Ikut Struktur Baru?

 
Tol Naik Ikut Struktur Baru?

Tol Naik Ikut Struktur Baru?


Info serius pilihan Blog Santai untuk kita kongsikan dengan semua pada hujung minggu ini adalah cadangan kenaikan kadar tol mengikut struktur baru. Rasanya ramai yang tau, baru-baru ni, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof ada menyatakan PLUS akan menstruktur semula kadar kenaikan tol diseluruh negara. Katanya lagi penstrukturan semula perjanjian di antara kerajaan dan konsesi kali ini, dijangka lebih memihak kepada rakyat. Alhamdulillah...

Tol Naik Secara Automatik


Berdasarkan kandungan perjanjian sekarang, tol akan naik secara automatik setiap tiga atau lima tahun. Tak ada pengecualian. Kadar pula ditetapkan oleh mereka. Namun berdasarkan perjanjian penstukturan yang baru, setiap kenaikan kadar tol akan dikemukakan kepada pihak kerajaan. Jika kerajaan bersetuju maka kadar tol akan dinaikkan.

Kerajaan Lulus Kadar Kenaikan Tol


Kalau dilihat kepada perjanjian baru ini, ianya kelihatan lebih baik. Sekurang-kurangnya taklah secara automatik. Namun semuanya bergantung kepada kerajaan. Samada mahu meluluskan atau tidak sebarang cadangan kenaikan tol dari pihak konsesi. Jadi kita tengoklah apa yang akan jadi nanti.

Comments

  1. "Demi negara... yang ter...cinta, ku curahkan, bakti sepenuhnya..."...
    Tak apa... biar perbelanjaan kita kurang sikit, asal mereka yang bersusah payah merealisasikan impian negara membangun dan moden dapat increment income setiap tahun... bukan senang nak bagi rakyat malaysia senang dengan kemudahan lebuhraya ni... uhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. erkk...takkan naik lagi kot..hurmm

    ReplyDelete
  3. harap2 tol naik, tahap efficiency diorang pon naik lah..

    husna singgah dari blog mselim..:)

    ReplyDelete
  4. tunggu dan lihat dulu ... libresse tetap naik di hujung minggu .

    ReplyDelete
  5. naik lg ke.. ini yg malas nk beli kreta.. huhu

    ReplyDelete
  6. hopefully ada good news tuk kita semua...

    ReplyDelete
  7. tggu dan lihat.. ini baru cadangan....

    ReplyDelete
  8. Ya...tunggu dan lihat, tapi hati tetap kuat menyatakan...tol akan naik.

    ReplyDelete
  9. Pasti naik.. dulu, kini & selamanya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat