Breaking News

Thursday, May 22, 2014

Unta Bercakap Kerana Selawat Nabi

 http://4.bp.blogspot.com/-IdVSivdxTjA/UP8Vjt1MUnI/AAAAAAAAD0k/7IGZWkOHcEI/s640/4.jpg
Unta Bercakap Kerana Selawat Nabi

Unta Bercakap Kerana Selawat Nabi


Renungan pagi pilhan Blog Santai adalah kisah unta yang bercakap kerana kebesaran selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW ini, bermula apabila seorang Yahudi menuduh seorang lelaki Muslim mencuri seekor unta. Tuduhan itu dibenarkan oleh empat orang saksi dari orang-orang munafik. Maka Nabi SAW pun memutuskan unta itu menjadi milik Yahudi dan lelaki Muslim harus dipotong tangannya.

Lelaki Muslim itu kebingungan lalu diangkatnya kepalanya kelangit seraya berkata, "Ya Tuhanku dan jungjungan ku, Engkau maha mengetahui bahawa aku tidak mencuri unta ini."

Kemudian dia berkata lagi, "Ya Rasulullah, keputusanmu adalah benar. Tapi bertanyalah kepada unta ini mengenai aku."

Bersabdalah Nabi Muhammad SAW kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini?" Maka berkatalah unta dengan kata-kata yang fasih, "Ya Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan saksi-saksi itu telah berbohong".

Bersabdalah Nabi Muhammad SAW, "Hai hamba Allah, ceritalah kepada kuapa sahaja yang engkau kerjakan sehingga Allah SWT membuat unta ini dapat berbicara mengenai engkau?"

Lelaki itu menjawab, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tidak pernah tidur pada malam hari kecuali sebelumnya aku membaca selawat kepadamu sepuluh kali."

Nabi Muhammad SAW bersabda, "Engkau selamat dari potong tangan di dunia dan engkau pun selamat dari azab akhirat kelak di kemudian hari berkat selawatmu kepada ku." 

http://4.bp.blogspot.com/-rIYvSvlA2wY/UG5MiMG3raI/AAAAAAAABC8/RM3mEfN2kiQ/s1600/425587_10150522423888063_34163753062_9164769_1022273184_n.jpg 
Kebesaran Selawat  Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW

Jom Semua. Perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua akan memperolehi syafaat darinya.


Google+   

12 comments:

  1. salam. subhanallah ..salam jumaat sis

    p/s menabung lenovo :)

    ReplyDelete
  2. allahuakbar..subhanallah...pentignya berselawat keats nabi

    ReplyDelete
  3. jadikan selawat sebagai bacaan lazim selepas solat ...

    ReplyDelete
  4. Subahanallah...menarik kisah ini kak.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian raudzah...whisper lagi :)

    ReplyDelete
  6. thanks info...insyaallah akan dilaksanakan..

    ReplyDelete
  7. Maha Besar Allah...salam jumaat sis..

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg menarik.. banyak fadhilat berselawat ni..

    ReplyDelete

Designed By