Virus MERS-Cov Serius, Visa Umrah & Haji Di Batal?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBnq3kQxfyQyl64K7d6hD9eaHep2Sr4qWIUvUsKjZgguY6a5PtZgKov7vMDa74kORN99qtpgq19az4yd2hdpr2CutDdatkwRpR3JflN_lwUnO051GJAZKAzAJCv_Gt1MNGLE3hyphenhyphensxUyEm7/s1600/index.jpg
Visa UmRah & Haji Batal Kerana Virus MERS-Cov

MERS-Cov: Visa Umrah & Haji Di Batal?


Info serius pilihan Blog Santai adalah mengenai pembatalan visa umrah dan haji akibat dari penularan virus jangkitan MERS-Cov yang semakin serius.

Sehingga kini, seramai 111 orang telah dijangkiti virus ini di Mekah. 38 kes kematian telah direkodkan. Penyebaran virus ini ke wilayah barat Arab Saudi khususnya Mekah, Madinah dan Jeddah telah mendorong beberapa agensi perkhidmatan haji dan umrah di Arab Saudi mengambil keputusan untuk membatalkan permohonan visa bagi umrah dan haji untuk jemaah kanak-kanak serta individu berusia lebih 60 tahun ke atas. 

Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi berkenaan pembatalan ini hanya akan diketahui  dua bulan selepas bulan Ramadan.

Tangguh Ibadah Kerana MERS-COV


Beberapa negara termasuk Palestin juga turut menasihatkan rakyat mereka yang ingin menunaikan haji atau umrah pada tahun ini supaya menangguhkan ibadah itu berikutan jangkitan MERS-CoV. Gesaan itu dibuat terutamanya bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, wanita mengandung, warga emas melebihi 65 tahun serta individu yang menghidap penyakit kronik.

Kepada warga Malaysia yang akan menunaikan umrah atau haji, pastikan langkah-langkah pengcegahan dan keselamatan telah/akan diambil. Boleh rujuk disini untuk langkah-langkah pencegahan Virus MERS-Cov:  Awas Jangkitan Mers-Cov. Banyakkan berdoa semoga dilindungi daripada ujian Allah ini serta berkesempatan untuk menunaikan ibadah umrah dan haji dengan sempurna.

 

Comments

  1. bahaya juga ni...guru mengaji anak kathy baru je pergi beberapa hari lepas menunaikan umrah..risau pulak..

    ReplyDelete
  2. MC ni mula kat belah Arab sana ker?

    ReplyDelete
  3. sekarang banyak penyakit yang peli pelik tapi itulah kebenarannya..

    ReplyDelete
  4. libress nd libress untuk my sis :) selamat petang ceria selalu

    ReplyDelete
  5. memang virus MerS-Cov ni bahaya kannn dear???

    ReplyDelete
  6. virus nie tak diketahui puncanya..

    ReplyDelete
  7. Btw, cemana nak buat popular post kaler2 tu? cam cantik plak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai MA...boleh visit sini ya & follow dia punya instruction. Senang aje .good luck k..

      http://warnarozack.blogspot.com/2013/06/cara-membuat-popular-post-warna-warni.html

      Delete
  8. semakin banyak penyakit yang pelik sekarang ni

    ReplyDelete
  9. semoga wabak itu akan segera hilang sebelum musim haji bermula...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Virus dtg dr sana... Utk keselamatn mmg ptt la kot kn...tkut berjgkit semua nnt..

    ReplyDelete
  11. Virus datang tanpa diduga....bila allah mengkhendaki, mak terjadilah. Takutnya !! Moga dijauhkan dpd penyakit ini

    ReplyDelete
  12. Risau juga... bertawakkal jelah..Semoga Allah swt jua yg melindungi kita semua... aamiin..

    ReplyDelete
  13. macam2 penyakit skang ni...moga kita semua dilindungi olehNYA

    ReplyDelete
  14. macam-macam wabak sekarang ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat