Amalan Yang Cacat Kerana Sehelai Baju

http://bajubolaoriginal.com/wp-content/uploads/2013/02/spain-euro-2012-away-shirt.jpg 
Amalan Yang Cacat Kerana Sehelai Baju

Amalan Yang Cacat Kerana Sehelai Baju


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah amalan yang cacat hanya kerana sehelai baju.

Pada suatu hari Imamat-Tamimi seorang ulama zuhud yang bekerja sebagai tukang jahit menjahit sehelai baju. Setelah siap baju itu dijual kepada seorang pembeli. Namun tanpa disedari ada sedikit bahagian daripada baju tersebut yang terkoyak. Baju tersebut kemudiannya dipulangkan kembali oleh si pembeli.

Menyedari hal tersebut, Imamat-Tamimi menangis teresak-esak. Lalu si pembeli berkata, jangan bersedih tuan, biarpun aku kembalikan baju ini, harga baju ini tetap akan aku bayar. 

Mendengar kata-kata tersebut, Imanat-Tamimi segera menjawab, wahai saudara, aku bukan menangis kerana baju aku dikembalikan, namun aku menangis kerana teringatkan amalan-amalan ku sejak empat puluh tahun yang lalu. Aku amat takut, segala amalan ku tidak lagi diterima Allah hanya kerana baju tersebut.

Inilah contoh yang terbaik seorang yang zuhud kepada Allah. Bayangkan kita yang berada ditempat Imamat-Tarmimi. Rasa-rasanya ada ke yang akan menangis kalau terjadi sesuatu perkara yang seperti di atas. Pernahkah kita terfikir segala amalan baik yang pernah kita lakukan bakal hilang kerana "kesalahan" yang pernah kita lakukan. Ianya mungkin berkait dengan barang jualan kita (tak kiralah jualan di internet atau secara lansung) atau kerja-kerja dipejabat yang dibuat secara sambil lewa atau laporan-laporan yang di sediakan yang mengandungi fakta yang salah. Semoga kisah ini menjadi renungan untuk kita semua..

1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya

Comments

  1. Utk renungan dan peringatan bersama...thanks Raudzah

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang menarik di pagi hari

    ReplyDelete
  3. Salam... Singgah pagi kat sini.....

    ReplyDelete
  4. Morning Raudzah.. Perkongsian yang membuatkan flashback semula apa yg kita lakukan sehari2

    ReplyDelete
  5. Kalau kita kan, mesti cepat2 kita tak mengaku.. Ramai tak jujur dalam kehidupan. Kesannya sangat besar, tapi tu la... Bukan senang nak menyedarkan manusia. Sendiri-sendiri la sedar diri..

    ReplyDelete
  6. thanx raudz..kadang-kadang benda kecik boleh cacatkan amalan kan

    ReplyDelete
  7. singgah pagi... kdg2 kita memang susah nak ingat kesalahan yang kita buat..biasanya main biar macam tu je..hehe

    ReplyDelete
  8. peringatan buat diri ini dan kita semua, kadang-kadang tak perasan benda-benda kecik dan boleh beri impak besar pada amalan kita.

    ReplyDelete
  9. terima kasih berkongsi dan menasihat...^_^

    ReplyDelete
  10. peringatan untuk diri sendiri jugak ..

    ReplyDelete
  11. Mmg betul tu... t kasih atas peringatan Raudzah..

    ReplyDelete
  12. salam. muhasabah diri untuk kita semua :)

    ReplyDelete
  13. Muhasabah diri sendiri... Thanks Raudzah.

    ReplyDelete
  14. Masyaallah....Entah mampu ke tidak kita menjadi zuhud mcm tukan Raudzah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat