Awas: 40% Kereta Terpakai Adalah Kereta Potong

 Modus Operandi Kereta Potong 
 Modus Operandi Kereta Potong

Kereta Potong


Info serius pilihan Blog Santai adalah kisah modus operandi kereta potong. Kita pasti ramai yang selalu dengar perkataan ini kan.  Kita bukanlah pakar mengenai kereta potong ni cuma bila kita baca mengenai modus operandi kereta potong, memang mengerikan.

Mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kira-kira 40 peratus daripada kenderaan terpakai di Malaysia termasuk dalam kategori kereta curi, kereta potong serta sudah terlibat dalam kemalangan.

Malangnya kebanyakan pembeli kereta terpakai tidak mengetahui keadaan kenderaan tersebut ketika membelinya. Pengeluar kereta terpakai ni agak licik. Apa yang mereka lakukan adalah menukar nombor casis serta memalsukan dokumen jual beli kenderaan. Keadaan sebenar kereta tersebut hanya disedari setelah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM. Hmmm..
 

Elak Jadi Mangsa Kereta Potong


Kalau dilihat kepada senario diatas, pemeriksaan PUSPAKOM hanya dilakukan setelah pembelian dilakukan. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan pemeriksaan PUSPAKOM di lakukan ke atas semua kereta terpakai sebelum ianya di jual kepada orang ramai. 

Laporan dari PUSPAKOM perlu diberi kepada pengguna sebagai panduan. Ini penting untuk melindungi pembeli kerana kereta potong amat berbahaya. Struktur kenderaan yang tidak stabil boleh menyebabkan kemalangan. 

p/s: Kalau you all berhajat nak beli secondhand car, hati-hati ya!!!

Comments

  1. bahaya jgk kan kalau nak beli tapi tak de knowledge. takut kena tipu

    ReplyDelete
  2. haa tu la,, abah una selalu pesan kalau nak beli kereta suruh die buat puspakom dulu baru beli..

    ReplyDelete
  3. Bila ada golongan nak cepat kaya dan mudah yg jadi mangsa pengguna.
    Sebaiknya beli kereta baru - beli 2nd hand inilah risikonya..

    ReplyDelete
  4. Salam ukhuwah..kita perlulah sentiasa berwaspada apabila membeli kereta ni & ketatkan undang2..kak RDZ Z ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

    ReplyDelete
  5. susah lah mcm nie kan... kalau nak beli kereta 2nd hand kena bawak kenalan yang tau pasal selok belok kereta pula...

    ReplyDelete
  6. tu yang risau kalau beli kereta 2nd...harus kena tipu

    ReplyDelete
  7. kena berhati - hati nak membeli nih ... klu tak pakar , mudah kena tipu . tapi jetta ni new dalam sarong lagi . siap promoted content nih .

    ReplyDelete
  8. betul tu RDZ..sepatutnya laporan dari puspakom harus dibuat oleh pengeluar kereta sebelum ia dibenarkan menjual kepada orang..kalau penjual palsukan dokumen puspakom sekurang kurangnya pembeli boleh amik tindakkan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni Puspakom dah ada sediakan servis ke rumah untuk cek kenderaan sebelum dijual kan? Kawan saya mcm pernah panggil orang puspakom tu. Sekarang ni kereta 2nd hand susah nak dipercayai.

    ReplyDelete
  10. Betul demi keselamatan .. kene berhati2 dalam membeli kereta terpakai nie.. moga kita semua tak terkena la..

    ReplyDelete
  11. Nak beli kereta 2nd hand nie kena bijak... kalau tak pun minta lah nasihat dari mereka2 yang berpengetahuan...

    ReplyDelete
  12. kalau kereta baru. ada tak risiko terbeli yang potong??

    ReplyDelete
  13. Mmg kena sentiasa berhati2 bila nak beli kereta potong ni kan... kena check betul2 termasuk enjin.. takut2 dah pernah tenggelam banjir pun ye jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh... nak beli kereta terpakai.. tersalah, beli kereta potong pulak.. :D :D

      Delete
  14. need to find a trustworthy seller.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... Tak terkena...rezeki dpt yg terbaik wpun thun lama... Siap kena puji lagi dgn mekanik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat