Dua Coklat Cadbury HALAL. Tiada DNA Babi - Jamil Khir
Tiada DNA Babi Dalam Dua Coklat Cadbury
Tiada DNA Babi Dalam Coklat Cadbury
Info serius pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua masih mengenai isu sensasi kehadiran DNA Babi dalam dua produk cadbury, Coklat Cadbury Dairy Milk (Hazel Nut) & Cadbury Dairy Milk Roast Almond minggu lepas.
Nampaknya hari ni, kes ni dah jadi lain apabila Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat U-Turn mengatakan TIADA DNA Babi dalam kedua-dua coklat cadbury tersebut. Ianya Halal serta selamat dimakan. Hmmm..Another U-Turn ya..Sama seperti MH370.
Sample Cadbury KKM Tercemar
Menurut beliau bagi menentukan kesahihan laporan KKM, pihak JAKIM telah mengambil beberapa jenis sample dari kilang Cadbury untuk dibuat analisis. Berdasarkan analisis yang dijalankan mereka mendapati DNA Babi tidak wujud dalam kedua-dua produk tersebut seperti yang dilaporkan oleh KKM minggu lepas. Beliau turut mengesahkan sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini
sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan.
Tiada DNA Babi Untuk Lindungi Cadbury?
Beliau juga turut menolak spekulasi bahawa pengumuman yang dibuat bertujuan untuk melindungi
syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd. Hmm...Sungguh suspicious...Tak tau nak komen apa lagi..Yang pasti no more Cadbury...
p/s: Kita tunggu komen KKM pulak ya..Dari mana sample cadbury tersebut diambil serta bagaimana ianya boleh tercemar? Dan siapakah yang bakal menjadi "Scape Goat"?
Kenapa mesti ada u-turn? Berani kerana benar...ingat! hukum halal dan haram bukan buat mainan... Kini masih dalam keraguan, jika ragu2 timbul syubahah...baik jangan makan.
ReplyDeleteTulah masalahnya BM...Jangan sampai kita semau hilang kepercayaan..
Deleteemm tak tau nak komen apa...kalau betol tak ada DNA babi, kesian cadbury difitnah.
ReplyDeleteKita tak pasti part fitnah tu KB..sebab minggu lepas isu ni dah confirm. Cadbury pun dah setuju untuk tarik balik produk mereka dari pasaran...Hmmm..
Deletedah agak dah pak menteri akan ckp camtu...rasanya umat islam tak yah makan dah coklat cadbury tu..mesti menjadi syak wasangka..jap ada..jap tak ada..ada kepentingan la tu..:)
ReplyDeleteHmmm..Tulah yang merisaukan sura...
Deletesalam. huhuhu no komen ...
ReplyDeleteWaalaikumsalam cik ta...
Deletekalau betul halal, saya nak tengok jamil khir sama JAKIM makan secara "langsung" depan tv, orang ramai. kalau tak berani makan, jangan cakap!
ReplyDeleteAku setuju..!!!
DeleteStaff JAKIM dah setuju untuk makan k..
Deletelately nie jarang dah nak makan coklat
ReplyDeleteElok sangat tu..dah haru biru dibuatnya..
Deletetakkan soal halal haram pun nak berdrama juga..ish.. senang cerita kalau kita dah was was better stop mkn terus... pening2...!!
ReplyDeleteTulah yang memeningkan naniey...
DeleteMati hidup balik pun idah tak akan percaya cakap mamat nie...!!!!
ReplyDeleteStatement lebih kepada nak selamatkan pemegang saham jerr... haishh
Wah Acik Idah dah berpatah arang ..he..he
Deleteboleh pulak soal halal dan haram di buat main2.... kejap ada, kejap takda.. ingat chipsmore ker? dah lah tak suka sangat makan coklat.. lepas kes macam nie lagi lah tak makan coklat nie.... siapa yang was2 tak payah lah makan.. bnyk lagi coklat lain...
ReplyDelete"KEMPEN BOIKOT CADBURY" takde cadbury banyak lagi coklat lain yang sedap dan halal..halal tu yang paling penting !!!!!
ReplyDelete"BOIKOT CADBURY" kuasa pengguna "like"
ReplyDeleteBOIKOT CADBURY
ReplyDeleteKalau cadbury ada dna babi, percaya pula. Tp bilajakim sendiri cakap takde, tak percaya pulak. Mungkin sampel yg kkm ambil tu dah tcemar. Nak boikot konon, korang nak boikot pun tak effect dgn cadbury. Poyo! Yakk puiihhh!
ReplyDeleteko tu la poyo x reti agama..
Deletekitaorang boikot xde effect? hang budak skolah kelas E kot?? yak puihhhh!
DeleteKo sorg je lah yg makan.....
DeleteNi apa cerita ni. Be good k..jangan gaduh-gaduh kat sini..
Deletekuasa pembeli ada hak setiap dari kita.wahulam
ReplyDeleteBetul tu Suri..
DeleteHmm... Tak yah makan je la kan... Banyak lagi coklat lain ada...
ReplyDeleteMakan cokelat keluaran org islam..banyak kat halal mart..
ReplyDeletePulak dah..
ReplyDeleteKalau was2 baik jgn mkn
Halal haram dh jdi brg dagangn,agama
ReplyDeletepn mcm mainan,meluat aku tgk ckp org yg nk mbela umat islam,mana islamnya asyk nk bpolitik aje..entahlh aku pon x phm???
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.
ReplyDeleteJamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.
Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.
Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.
Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia.
Pengumuman hari ini selepas 10 hari Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kandungan dalam dua produk Cadbury, iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mempunyai DNA babi.
Malah Jakim juga menggantung lesen halal syarikat tersebut.
"Contoh yang dihantar ke makmal kimia adalah produk yang sama, tetapi yang ini diambil terus daripada kilang dan dihantar ke makmal.
Jakim menghantar 11 contoh daripada dua jenis produk tersebut, keputusan ujian diperoleh hari ini seperti dijanjikan dan kesemuanya disahkan tidak memiliki DNA babi.
"Kami putuskan untuk umumkan secepat mungkin bagi meredakan isu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam," kata Jamil.
Beliau juga berkata hanya Jakim mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu halal.
"Hanya Jakim berkuasa untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu halal," kata beliau.
Susulan tekanan daripada banyak pihak minggu lepas, pihak berkuasa meredakan kemarahan terhadap Cadbury dengan mengatakan ia masih tidak jelas sama ada pencemaran tersebut berpunca daripada syarikat tersebut.
coklat punya pasal..
ReplyDeleteKejap ada, kejap takde.. kdg2 mcm tak percaya bila kemusykilan mcm ni dtg dari badan2 yg besar2. Huru hara jadinya semoa org.. x payah makan lah.. makan van houten je.. :)
ReplyDeletefeninglah....kejap ada..kejap xde....
ReplyDeleteadidas yeezy
ReplyDeleterussell westbrook shoes
balenciaga sneakers
kyrie 6 shoes
nike huarache
bape hoodie
hermes
adidas yeezy
curry 7
fitflops sale clearance