Breaking News

Tuesday, June 3, 2014

Misteri Kemunculan Rama-Rama Gergasi

Misteri Kemunculan Rama-Rama Gergasi 
 Rama-Rama Gergasi Muncul Di Stadium Darul Makmur

Fenomena Rama-Rama Gergasi


Keywords paling popular di Blog Santai minggu ni adalah Fenomena rama-rama gergasi. (Ada yang kata ini kupu-kupu bukan rama). Apa-apa pun misteri kemunculan jutaan kupu-kupu (rama-rama) gergasi di Stadium Darul makmur Kuantan dan kebanyakan tempat di negara kita sememangnya menimbulkan banyak tanda tanya. Bagi kita sendiri inilah kali pertama kita melihat fenomena rama-rama gergasi ni.

Mengikut kajian, rama-rama gergasi yang dilihat berterbangan tersebut dikenali sebagai Lyssa Zampa Docile. Rama-rama ni sangat aktif pada waktu malam dan sering muncul dikawasan cahaya lampu terang. Pada siang hari, selalunya ia akan berehat di kawasan -kawasan yang teduh dan sejuk.

 Misteri Kemunculan Rama-Rama Gergasi
Ribuan Rama-Rama Gergasi (Source)

Kenapa Rama-Rama Gergasi Muncul?


Ramai yang tertanya, apakah petanda kehadiran jutaan rama-rama gergasi ni. Ada yang mengaitkannya dengan kedatangan El-Nino yang serius. Ada juga yang mengaitkan dengan khabar gembira. Kita sendiri pun tak pasti. Namun ada pelbagai teori yang boleh dikaitkan dengan kemunculannya. Antaranya faktor perubahan cuaca. Cuaca panas yang melanda Malaysia sedikit masa dulu mengakibatkan banyak sumber makanan mereka dikawasan pedalaman/tanah tinggi musnah. So keadaan ini memaksa mereka keluar ke bandar-bandar untuk mencari port baru.


Rama-Rama Gergasi

Kesan Terkena Rama-Rama Gergasi


Bahaya ke kalau terkena rama-rama gergasi ni? Mengikut kajian rama-rama gergasi ni tidak beracun, namun ia boleh menyebabkan kegatalan pada kulit jika disentuh. Bulu pada kepak serangga ini juga boleh mengganggu penafasan dan amat sensitif terhadap penghidap penyakit lelah. So hati-hati semua.

21 comments:

  1. dah musim sekarang nie...kalau berwarna warni ok jugak kan..

    ReplyDelete
  2. menariknya, tahun lepas kita ada tetamu si comel yang `membuang' kat atas padang stadium ni. hehehee...

    ReplyDelete
  3. di porch kereta umah sy penuh dgn sayap kelkatu apabila bangkit tidur pagi semalam...kalau ada rerama gergasi kan best?

    ReplyDelete
  4. yang penting tak beracun, so biarlah diorang nak explore bumi Allah yang luas ni
    p/s : kalau warna-warni macam pelangi mesti lagi cantik!

    ReplyDelete
  5. salam. wahhh..nak tengok depan+ :))

    ReplyDelete
  6. mesti best dikelilingi rama rama ni haha

    ReplyDelete
  7. mgkin ada hikmahnya.. tpi kita sendri tak tahu...

    ReplyDelete
  8. ada perasan gak rama-rama nie dalam TV aritu..kalau seekor dua nampak okay tapi kalau ade beribu-ribu macam tu, boleh meremang jugak bulu roma...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. dah lama tak tengok rama2 besar ni...dulu masa kecik ada juga rama2 besar ni masuk dalam rumah...dulu tengok sekor pun dah gerun....klu banyak...is...tambah gerun tengok

    ReplyDelete
  10. Hari tu ada nampak..banyak sangat.

    ReplyDelete
  11. Banyak ya kupu-kupu, mau bermigrasi seperti kebiasaan burung barangkali.

    ReplyDelete
  12. dekat kampung saya pon ada byk rama-rama camni...kenapa erk?

    ReplyDelete
  13. kalau yang warna warni mesti nampak meriah dan cantik kan :)

    ReplyDelete
  14. Mudah2an adalah kebaikan.. jngn membawa hama sudahlah...
    3x nestum.. :)

    ReplyDelete
  15. dia msok bilik sy. sumpah xseindah yg disangka. tkot tngk, sbb besa sgt.

    ReplyDelete

Designed By