Obesiti Di Malaysia Semakin Serius


http://aridz.com/wp-content/uploads/2012/08/malaysia-gemuk-obesiti-kurus-langsing-wanita-lelaki-gebu-sihat-boroi.jpg  
Obesiti Di Malaysia

Obesiti  Di Malaysia


Info serius pilihan Blog Santai adalah kisah Obesiti yang melanda Malaysia. Rasanya ramai yang dah tau, obesiti adalah salah satu fenomena yang semakin serius yang dialami oleh rakyat Malaysia. Kalau pada tahun 1996, kadarnya hanya 44.4 peratus, peratusannya kini telah meningkat melebihi 60 peratus. Peningkatan ini antara lain berpunca daripada sikap rakyat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam. hmmm..macam selalu dengar ya...

10 Kesan Obesiti Kepada Tubuh Manusia
10 Kesan Obesiti Kepada Tubuh Manusia

Kesan Obesiti Kepada Tubuh Manusia


Obesiti boleh memberikan kesan yang buruk kepada tubuh Manusia. Antaranya:

1. Menyekat saluran pernafasan.
2. Merosakkan fungsi hati
3. Menyebabkan kemurungan dan kurang keyakinan
4. Meningkatkan risiko sakit jantung
5. Merosakan buah pinggang 
6. Menyebabkan diabetes

Risiko Obesiti


Umur. Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. 
Gender. Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. 
Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.

Cara Mengatasi Obesiti


Kesimpulannya, amalan pemakanan amat penting untuk mengatasi masalah obesiti. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar serat yang tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, bergula serta mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi. Dan pastikan juga kita melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu.

1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014

Comments

  1. jom banyakkan aktiviti fizikal...

    ReplyDelete
  2. 1 lagi... rakyat msia nie suka makan gula... teh tarik... agar2... kuih muih... mcm2 laagi yang manis2... tu sebab rakyat msia nie manis2 orang nyer... hik3x...

    ReplyDelete
  3. Macam tak gitu, Nabi makan sebiji kurma, umatnya makan 2-3 pinggan tak cukup2..

    ReplyDelete
  4. makanan terlalu sedap sangat susah nak tolak ini uh...

    ReplyDelete
  5. u mobile dan jetta hoyehhhh!!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih banyak.
    Sis telah memudahkan kerja doktor :)

    ReplyDelete
  7. sebab orang Malaysia ni suka makan lewat malam
    share tips kuruskan badan kat sini : tips kuruskan badan

    ReplyDelete
  8. ehem ehem... tengah berusaha ni... hehehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah setakat ni masih maintain lagi... tp mmg selalu kene berjaga2 bab kesihatan ni...

    ReplyDelete
  10. Ada betulnya... Tgk aje lah bulan puasa nnt...

    ReplyDelete
  11. Beringat sebelum kena...makan sikit-sikit tapi kerap...elakkan obesiti untuk kesihatan diri kita jugak

    ReplyDelete
  12. obesiti memang bahaya, jadi beringatlah semua, sentiasa amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat