Jalanraya Malaysia Berhantu?

Embedded image permalink
Kemalangan Jalanraya: Malaysia Di Tangga Ke 20 

Jalanraya Malaysia Berhantu?


Info serius pilihan Blog Santai adalah mengenai kisah kemalangan jalanraya yang berlaku di Malaysia. You all tau tak, Malaysia berada ditangga ke 20 di antara negara-negara yang mempunyai jumlah kemalangan yang tinggi yang melibatkan jalanraya. Kemalangan jalanraya juga merupakan sebab utama kematian di Malaysia selain daripada serangan sakit jantung dan juga stroke. Mengapa ya? Jalanraya Malaysia ni berhantu ke atau pengguna jalanraya yang naik hantu?

Berdasarkan kajian, seramai 18 orang rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat kemalangan setiap hari. 60 % daripada kemalangan tersebut adalah melibatkan penunggang motosikal. Biarpun pelbagai kempen dan operasi dijalankan, jumlah kemalangan jalanraya tidak pernah berkurang. Bahkan berdasarkan statistik jumlah ini telah meningkat sebanyak 80% dalam masa 12 tahun. Dari tahun 2001 hingga ke 2013.

Punca Kemalangan Di Malaysia


Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebanyak 85.7 peratus daripada kemalangan yang berlaku di lebuh raya berpunca daripada sikap pemandu. Pemanduan melebihi had laju dan dalam keadaan mengantuk serta keletihan antara faktor menyebabkan kemalangan. Keadaan fizikal jalan raya dan faktor persekitaran turut menyumbang kepada 10.6 peratus punca kemalangan, manakala keadaan kenderaan (3.7 peratus).

Berdasarkan statistik di atas, hanya 10.6% kemalangan yang berpunca dari keadaan fizikal jalanraya. Ini bermakna jalanraya di Malaysia tidak berhantu. Tapi sikap pemandu lah yang menjadi punca sebenar kemalangan.

Memandangkan musim perayaan akan tiba tak lama lagi, eloklah kita semua muhasabah diri. Elakkan diri kita daripada menjadi punca kemalangan jiwa. Pastikan kita mendapat rehat yang secukupnya sebelum balik kampung. Kalau mengantuk, berhenti. Kampung kita masih ada disana, tak akan lari. Kereta juga perlu diservis untuk memastikan keadaannya sempurna. Tip top untuk berjalan jauh.

P/s: Sebenarnya ada beberapa lebuhraya di Malaysia ni yang dianggap bahaya (berhantu). So hati-hati bila melalui jalan ni ya. Nak tau jalan mana, baca kat sini ya:  6 Lebuhraya Paling Bahaya Di Malaysia


Comments

  1. harap buat jalan betul2
    jgn buat jalan utk bisnes jangka pjg =.=

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya memang sikap pemandu tu memang penting bagi mengawal kadar kemalangan di jalanraya...memang ada a few jalan yang merbahaya...tapi kalau kita tau jalan tu merbahaya dan kita extra careful ketika melaluinya insyallah, peratusan untuk mengalami kemalangan tu boleh dielakkan...menabung smart invest sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. salam. sy tak berani bawa kereta..pernah jugak try bawa tapi tak pasal+ terlangar bumper kereta orang huuuu

    nasihat sy kepada pemandu di luar sana..berhati+ bila memandu lagi+ nak dekat raya ni..buat kontraktor yg buat jalan raya tu pulak..buat la jalan raya tu sebaik mungkin..nilai sturktur ini, ini apa semua yg perlu..agar risiko kemalangan dapata dikurangkan..

    ReplyDelete
  4. sebagai orang Islam, kita kena percaya ada alam lain. walaupun ada yang kata tahyul ke apa tapi bab ni konsep macam ni jelah saya pegang. heheh

    ReplyDelete
  5. Ermm..dalam minggu ni pun ramai pesakit datang sebab accident.

    ReplyDelete
  6. Nak tak nak ke tempuhi juga jalan raya yang berhantu ni. (no Choice) lainla kalau kaya macam pemain bola antarabangsa. Memang aku naik helikopter utk jalan dekat-dekat. kalau jauh naik jet!

    ReplyDelete
  7. Elakkan jalan malam. Kalau x leh elak doa agar dipermudah..

    ReplyDelete
  8. Perkara camni buat Sha takut nak driving tau :( tapi teringinnnnnnn sangat !

    ReplyDelete
  9. kdang2 excident jadi depn mta ja..takut jugk..semoga dijauhkan..

    ReplyDelete
  10. masalahnya org yg kepala hantu memandu pun ya jugak...hmmm :(

    ReplyDelete
  11. Gerun pulak tengok statistik PDRM tu...

    ReplyDelete
  12. YUP..sokong..sikap pemandu perlu diubah..lebih bertoleransi sesama sendiri....

    ReplyDelete
  13. baca doa sebelum memandu ... kadang tu kita ok jer tapi keta lain langgar juga .

    ReplyDelete
  14. Hantu syaitan ni kat mana2 pun boleh ada kan.. tp kebanyakkan org kita ni yg jadi hantu bila kat atas jlnraya... sentiasalah kita semua berdoa agar dijauhkan dari sebarang musibah... aamiin
    Promoted content umobile dari cik epal.. :D

    ReplyDelete
  15. betul tu... bila musim perayaan selalu orang yg jarang memandu pun akan memandu... kesabaran kurang... itu yang banyak kemalangan tu...

    ReplyDelete
  16. hantu tak wujud, yg wujud jin dan syaitan... diorg ni makhluk mcm kita gak... tapi dh otak kita yg dimomok kan mcm tu... tu yg dok pcy hntu tu...

    ReplyDelete
  17. pemandu yg jadi hantu...tak pun bawak macam kena kejar dengan hantu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat