Kamilah Pejuang Jihad Sebenar Syria

 
Kamilah Pejuang Jihad Sebenar

Kamilah Pejuang Jihad Sebenar


Info menarik pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah sebuah kisah dari Syria yang menarik pehatian kita. Kisah meeka yang menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Jihad Sebenar yang bebas dari mana-mana kumpulan pengganas, Al-Qaeda atau mana-mana kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil). 

Biarpun sebelum ini, kita agak sangsi dengan pergerakan mereka kerana rakaman video yang dibuat sebelum ini, namun kita agak tesentuh dengan pengakuan salah seoang ahli kumpulan Pejuang Jihad Sebenar ni. Mereka mengakui bergerak besendirian, hidup bersendirian dan memperolehi senjata dengan cara mereka sendiri.


Ahmad Salman


Menurut mereka, kehadiran mereka ke Syria bukan untuk mengganas atau membunuh orang yang tidak bersalah tetapi mempertahankan saudara sesama Islam dari penindasan yang beleluasa dari angkatan tentera Presiden Syria, Bashar Assad.

 

Kamilah Pejuang Jihad Sebenar

Pejuang Jihad Syria


Bagi mereka suasana berpuasa selama16 jam sehari di bawah suhu sehingga 40°C tidak sedikit pun melemahkan semangat jihad mereka. Mereka akur jalan yang dipilih itu adalah yang tebaik kerana membawa mereka lebih dekat kepada Allah.
Kehidupan saya di sini (di Syria) adalah luar biasa. Saya berasa lebih dekat dengan Allah. Apabila kembali ke Malaysia, saya mudah terpengaruh untuk melakukan dosa, mengabaikan solat dan tidak membaca Al-Quran - Ahmad Salman.
Kita kagum  dengan semangat dia orang ni. Kalau dilihat dari gambar-gambar yang di update di Facebook, kita pasti mereka tesangat bepuas hati dengan apa yang sedang mereka lakukan. Tak ada tekanan biarpun sedar mereka sebenarnya sedang beperang. Kita pasti tak ramai diantara kita yang bersedia untuk memilih jalan ini.

Kegiatan Militan Tidak Boleh Ditafsir Jihad, Berdosa


Kita juga tertarik dengan ulasan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin yang meluahkan rasa kesal beliau dengan pengakuan Pejuang Jihad Sebenar ni. Bagi beliau maksud jihad mereka telah terpesong. 
Perbuatan mencederakan saudara sesama Islam termasuk melalui kegiatan militan tidak boleh ditafsir sebagai jihad kerana tindakan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan hukumnya berdosa. Kalau kita pergi berjihad mempertahankan agama kita itu baru jihad, tapi kalau kita pergi berjihad dan berperang sesama saudara Islam itu yang salah.
Kita bukanlah pakar mengenai maksud jihad yang sebenar. Namun kita pasti jika niat mereka benar-benar ikhlas ingin berjihad, Allah pasti akan mempemudahkan kehidupan mereka di sana. Jika sebaliknya kita pasti Allah lebih tau apa yang terbaik untuk mereka.

Source

Comments

  1. Syukur dengan apa kita ada dan terima nikmatnya

    ReplyDelete
  2. kesian Prof tu kata 'perang islam sama islam'. bermakna dia masih tk faham siapa itu syiah? sampai hati kata makna jihad dh diselewengkan. perang demi agama itu jihad lah. lain2 usaha kearah keislaman pun jihad juga.

    keadaan disyria umat islam dibunuh kejam, dirogol, disembelih dgn penuh dendam oleh tentera kafir syiah.... takkan nk jihad ekonomi atau jihad ilmu semata2 kat sana?

    hati jenis apa kita ini yg boleh tidor lena dn bergembira dng kesenangan sedang disaat yg sama umat islam dirogol, dibunuh, kanak2 dicncang dan disembelih. doa tidak seberapa, derma dua tiga ringgit, tiba2 memandang negatif org yg diberi hidayah utk menjual diri berperang dijalan Allah.

    bagi hamba senang saja. Allah tidak lihat pangkat dan darjat duniawi. Allah tidak pilih semua org utk membuat perniagaan dgn Nya iaitu dgn menjual darah dan nyawa kerana Allah utk mendapat keuntungan sgt besar di akhirat.

    kalau mereka penganas dan membahayakan negara, buat apa pergi syria, dok malaysia dan buatlah keganasan, tk perlu pergi ke negara lain. mereka pun tidak harapkan balik utk disumbat ke penjara dan dianggap penganas. pemergian ke medan perang sana adalah sain mati.... syahid.

    ReplyDelete
  3. Terjemahan niat adalah perbuatan. Dan tafsiran jihad bagi setiap seseorang manusia itu pula berbeza- hanya Allah yang lebih mengetahui. Jika nawaitu kita betul, jangan peduli apa yang orang. Cuma setahu saya di ME propaganda barat memang terlalu hebat sehingga kita sukar nak membezakan mana kah saudara yang perlu dilindungi, mana kah musuh yang
    perlu diperangi.

    ReplyDelete
  4. isu sensistip ni.. hehee.. wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan Ahmad Salman... kalau kita berada di sana... tumpuan kita hanya untuk jihad mendapatkan keredhaan allah... tapi bila kita berada dalam keadaan selesa kita jadi lalai... ;(

    ReplyDelete
  6. hmm...hanya Allah berhak memutuskan kerana DIA lebih tahu apa nawaitu setiap hambaNYA.

    ReplyDelete
  7. sentitif kan issue ni..hihihihihihi...Hanya Allah yang tahu segala kebenarannya....

    ReplyDelete
  8. berjihad hanya kerana Allah... insyaALLAH dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  9. Setiap mereka yg berjiwa kental walau apa pun tafsiran diberikan tentang jihad bila pada pandangan dia sebenarnya berada dipihak benar tidak takut mati malah berundur tidak sekali... Allah jua yg tahu. Apa pun bertindak demi memusnahkan yg zalim juga dituntut..

    ReplyDelete
  10. mereke jihad untuk perkara yang betul... hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

    ReplyDelete
  11. nak berjihad tak semesti ke sana, sekarang ni pun kat myanmar berlakunya pertempuran Islam dengan buddha. kat sini pun boleh join berjihad kalau berani.

    ReplyDelete
  12. Niat mereka ni bukan semua org sanggup memikulnya.. semoga Allah membantu mereka mencapai keredhaan perjuangan sebenar... aamiin.
    promoted content.. :)

    ReplyDelete
  13. biarlah kalau itu jalan yang mereka pilih, Allah lebih tahu niat mereka.Jangan sekadar tau 'mengutuk serangan puak blablabla ke atas blablabla', tapi once camera dah cut, duduk balik dalam dunia lagha. semoga orang-orang Islam di sana akan terbela nasib mereka.wallahu'alam.

    ReplyDelete
  14. Moga Allah beri kejayaan pada pejuang2 Islam sebenar.

    ReplyDelete
  15. Jihad demi Allah dan agama Allah... Itulah jihad fissabilillah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat