Kebaikan Solat Berjemaah


 
Kebaikan Solat Berjemaah

Solat Berjemaah


Renungan pagi Jumaat pilihan Blog Santai adalah tentang kebaikan solat berjemaah. Semasa hidupnya Rasulullah S.A.W sangat menitikberatkan pelaksanaan solat fardu secara berjemaah di kalangan umatnya. Bahkan dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.  

Hukum Solat Berjemaah


Solat berjemaah sangat dituntut dalam islam. Samada dirumah mahupun di masjid. Antara  pendapat yang termasyhur tentang solat berjemaah adalah dari daripada Imam Nawawi. Menurut beliau, solat berjemaah pada lima waktu yang fardu (selain solat Jumaat) hukumnya adalah fardu kifayah, yang mana diwajibkan bagi individu lelaki yang berakal, telah baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak uzur syarii. Hukum fardu kifayah ini bermaksud apabila ada sekumpulan orang di sesebuah mukim atau kampung mendirikan solat berjemaah di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang di situ yang tidak menunaikan solat berjemaah. Namun jika tidak ada seorang pun di dalam mukim atau kampung tersebut yang menunaikan solat berjemaah, maka semua penduduk di situ mendapat dosa.

Kebaikan Solat Berjemaahِ


Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seorang muslim keluar menuju masjid, maka Allah akan menulis baginya untuk setiap langkah yang diayunkan satu kebaikan dan menghapuskan darinya satu kesalahan hingga ia sampai di safnya.

Daripada  Abu Hurairah r.a katanya: “Rasululaah S.A.W bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”

Sesiapa yang menghadiri setiap Jemaah di surau, Allah akan menyediakan tempat di Jannah untuknya (Hadis Bukhari)

Solat berjemaah itu akan digandakan kelebihannya apabila bertambah bilangan orang yang turut serta dalam solat berjemaah tersebut. Ada suatu hadis daripada Ubay bin Kaab r.a, daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Sesungguhnya solat lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih afdal (di sisi Allah) daripada solatnya secara bersendirian. (Begitu juga) solatnya bersama dua orang lelaki lebih afdal (di sisi Allah) daripada solat yang dilakukan bersama seorang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan ahli jemaah maka ia semakin disukai di sisi Allah.” 

1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014

Comments

  1. lelaki kena rajin pergi jemaah... kalaulah anak2 muda kita rajin jemaah tentu aman sket...

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. Allah Zidka Khaira

    ReplyDelete
  3. antara langkah utama nak satukan hati umat Islam

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah, akan selalu utk amalkan berjemaah... t kasih atas peringatan Raudzah..
    promoted content, kisah budak sekolah hisap rokok huh...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah...sama2 kita amalkan...
    promoted content lg :)

    ReplyDelete
  6. besar pahal solat berjemaah..berbanding bsendirin..
    tq sharing sis...
    klik :P

    ReplyDelete
  7. Nak dapatkan imam tu 'mengelat' je.
    Padahal ganjaran berlipat ganda.

    ReplyDelete
  8. Pahala berganda begitu mudah tapi kita tetap juga 'berat' melakukannya.

    ReplyDelete
  9. Pahala bergnda sbb yg tu lah ssh nak buat kn...

    ReplyDelete
  10. jarang dapat peluang solat berjemaah..:(

    ReplyDelete
  11. jarang dapat peluang solat berjemaah..:(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat