Masjid Sunyi Tanpa Penghuni Di Myanmar

Masjid Di Bakar
Masjid Di Bakar 

Masjid Sunyi Tanpa Penghuni Di Myanmar


Info serius pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua di hujung minggu ini adalah satu lagi kisah sedih yang menimpa saudara seislam kita di Myanmar.  Kisah masjid yang sunyi tanpa penghuni. 

Sama seperti di GAZA, umat Islam di Myanmar juga turut diuji di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jika bedilan peluru yang berterusan ditujukan oleh Israel keatas penduduk Palestin di minggu kedua Ramadhan, serangan demi serangan juga turut dilakukan oleh pihak pelampau Buddha ke atas penduduk Islam di Myanmar bermula awal Ramadhan. Yang berbeza hanya senjata yang digunakan dan juga jumlah kematian. 


Penduduk Myanmar melarikan diri
Berpindah Demi Keselamatan

Jika di GAZA roket pemusnah di gunakan, di Myanmar senjatanya adalah pisau dan batu. Pelampau Buddha membaling batu ke arah harta milik penduduk Islam, memecah masuk kedai milik orang islam, rumah, merosakkan kereta serta mencederakan beberapa penduduk menggunakan pisau. 

Serbuan Ke Atas Masjid


Pihak polis juga turut membuat serbuan ke atas masjid serta merampas senjata yang digunakan oleh penduduk Islam untuk mempertahankan diri. Akhirnya Masjid menjadi mangsa. Sunyi dan sepi tanpa penghuni kerana tiada lagi yang berani berkunjung kerana bimbangkan keselamatan mereka. Inilah nasib malang yang menimpa umat islam di Myanmar. Siri serangan ke atas mereka berlaku sepanjang hayat. Antara kisah serangan dan penindasan yang pernah dikongsi oleh Blog Santai boleh di baca disini: Masjid Di Bakar

p/s: Alhamdulillah kita di Malaysia masih diberi kesempatan untuk mengimarahkan masjid di bulan yang mulia ini. Jadi jangan sesekali berat untuk mengunjungi masjid sebelum nikmat tersebut di tarik Allah. #Prayfor GAZA & Myanmar.

Comments

  1. si kafir ni x henti2 mahu menyiksa kita umat Islam..

    ReplyDelete
  2. Dlm bulan Ramadhan ni, kaum kafirun spt ini menjadi peganti syaitan laknatullah utk memporakperandakan Islam...

    ReplyDelete
  3. berat ujian yg trpaksa mreka tempuhi, :)

    ReplyDelete
  4. kasihannya mereka.kita kat sini ada ruang dan peluang, sama-samalah imarahkan masjid.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah. Kenapa mereka ni kejam sangat dengan umat Islam ni.

    ReplyDelete
  6. Kuatnya ujian untuk umat Islam..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah....Moga Engkau berikan kekuatan kepada mereka..bersyukur dgn nikmat keamanan yang Allah kurnia untuk negara kita..

    ReplyDelete
  8. penghapusan etnik sedang berlaku di sana..merata2 Umat Islam diuji..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. Lindungi dan peliharalah agamaMu...dan hambaMu yg beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
  10. ya allah tak de ke manusia yang nak bertanggungjawab..:(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat