MH17: Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain


 Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain 
Penerbangan Terakhir Pesawat MAS MH17

Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh


Bila kita tulis entry mengenai pesawat MAS (MH17) yang terhempas jatuh akibat ditembak berhampiran Ukrain, semalam, kita masih belum pasti kesahihan berita tersebut. Dan kita masih berdoa ianya hanyalah khabar angin. Namun pagi ni bila bangun, sah pesawat MAS 17 benar-benar terhempas dan kesemua anak kapal seramai 295 dilaporkan terkorban. Innalillahhainna lillah hirajiun. Dugaan terbesar di 10 hari terakhir Ramadhan untuk MAS dan juga rakyat Malaysia amnya. 

Pesawat MAS, MH17 didakwa ditembak jatuh pada petang semalam kerana memasuki ruang udara kawasan konflik antara kerajaan Ukrain dengan puak pemisah pro-Rusia. Bagaimanapun Puak pemisah Ukraine di Donetsk menafikan bahawa mereka menembak jatuh pesawat penumpang MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS).

Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko berkata, pesawat malang itu ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara ketika ia berada di ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).

Gambar-Gambar Pesawat MAS Di Lokasi Kejadian


Petugas media agensi berita antarabangsa, Associated Press (AP) yang sempat ke lokasi nahas di timur Ukraine mendedahkan telah menemui lebih 100 mayat. Pesawat itu didakwa hancur akibat terhempas dengan kesan terbakar termasuk barangan penumpang yang bertaburan di kawasan ladang gandum. Beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai turut dikesan berada disekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. Antara gambar-gambar pesawat MAS MH17 yang sempat dirakamkan adalah seperti berikut:

 Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain 
Passport Pelbagai Negara Milik Penumpang Pesawat MAS (MH17) Di Temui Di Lokasi kejadian
 MH17: Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
 MH17: Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
 Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
 Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
 Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
Bangkai Pesawat MAS (MH17) Yang Terbakar
 Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
Sebahagian daripada beg penumpang yang masih selamat
 Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
  Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
  Gambar Pesawat MAS Yang Ditembak Jatuh Di Ukrain
Bangkai Pesawat Yang Masih Kekal

Rakaman Video Pesawat MAS Terkempas




Alfatihah untuk kesemua penumpang yang beragama Islam. Dan takziah kepada semua keluarga yang terlibat. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan dari Allah.

Comments

  1. Innalillahi wainnailahi rajiun...salam takziah buat keluarga penumpang dan crew...

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah ujian dari Allah Swt
    Salam Takziah

    ReplyDelete
  3. Truly sad.. another heartbreaking news. My deepest condelences to all family members of passangers and crews of ‪#‎MH17‬. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  4. salam. so sadd memikir mereka yang nak pulang beraya ke malaysia..its break my heart :(

    al-fatihah & salam takziah buat semua keluarga penumpang MH17

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah....Sememangnya dugaan besar yang harus diterima oleh keluarga mangsa...Dan khususnya kerajaan Malaysia sendiri.. :'(

    ReplyDelete
  6. al fatihah tabah dan cekal selalu. seperti tidka percaya rasanya ia berlaku

    ReplyDelete
  7. invest smarts dua benda yang comel di sini heeee

    ReplyDelete
  8. al-fatihah..
    semoga keluarga mangsa tabah.. :(

    ReplyDelete
  9. Takut dah nak naik kapal terbang sekarang ni.. Tak kene hijack..kene tembak peluru berpandu pulak.

    ReplyDelete
  10. al fatihah - mereka insan terpilih peri menghadap-Nya di bulan ramadhan ini ... 3x invest di hari jumaat .

    ReplyDelete
  11. Semua pun tak nak mengaku tu salah diorang. .huhu . salam takziah buat ahli keluarga mereka yang terkorban. Tumpang sedih di atas tragedi MH17

    ReplyDelete
  12. Semua tragedi tersebut akan kekal di ingatan. 4 dis 1977 nahas pesawat MAS meletup dan berkecai di Tanjung Kupang, Johor. 37 thn kemudian pesawat MH 370 dilaporkan hilang dari K.L. ke Beijing dan terbaru MH 17 ditembak pada 17.07.2014.

    ReplyDelete
  13. RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.
    Dipercayai pesawat IL-96 yang menjadi sasaran sebenarnya, tetapi kerana kelewatan 37 minit di belakang MH 17 telah menyelamatkannya.
    Ini berikutan warna yang ada pada kedua pesawat tersebut adalah sama tapi mempunyai corak berlainan.

    ReplyDelete
  14. Mmg menyedihkan terutama dah nak menjelang raya... menghibakan.. Takziah & Al Fatihah.

    ReplyDelete
  15. Sedih dengan apa yang berlaku...Innalillah..

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/07/pray-for-mh17.html

    ReplyDelete
  16. Al fatihah...
    Dari Allah kita datang...dan kepada Nya juga kita kembali
    Semoga keluarga mereka tabah

    ReplyDelete
  17. Sedih sangat..dugaan Ramadhan .. :'(

    ReplyDelete
  18. DaripadaNya kita datang kepadaNya jua kita kembali...umur kita tidak diketahui dan bagaimna pengakhirannya....sedihnya...

    ReplyDelete
  19. tak terbayangnya kalau keluarga kita sendiri, bukan keluarga pun kita dah terasa sedih dan sayu je :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat