Breaking News

Thursday, August 14, 2014

4 Jenis Racun Hati

http://4.bp.blogspot.com/-0_TDG1cVXao/TyjMehVTbhI/AAAAAAAABR8/AjEUm2bRzpI/s1600/1.jpg
Ubat Hati

Empat Jenis Racun Hati


Setiap kemaksiatan adalah racun yang merupakan penyakit dan perosak kesucian Hati. Jika kita inginkan keselamatan dalam kehidupan, kita harus membebaskan diri pelbagai pengaruh racun antaranya:

1. Berlebihan Dalam Berbicara

Umar bin Khatab ra berkata: Barangsiapa banyak berbicara maka banyaklah kesalahannya, dan orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya, sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka.

2. Berlebihan Dalam Memandang

Syaitan masuk bersama pandangan kedalam hati. Sabda Rasulullah SAW: Pandangan adalah satu anak panah yang dimiliki iblis. Maka barangsiapa memejamkankan pandangannya kerana Allah maka Dia akan memberi rasa manisnya imam dalam hatinya, sampai pada hari dimana ia mengadap kepadaNya.

3. Berlebihan Dalam Makan

Berlebihan dalam makan akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Para syaitan serta kerabatnya sangat suka kepada mereka yang kekenyangan. Sebab itu dikatakan dalam satu riwayat: "Sempitkanlah jalan-jalan syaitan dengan berpuasa".

4. Berlebihan Dalam Bergaul

Berlebihan dalam bergaul boleh mendatangkan kerugian di dunia dan akhirat. Ianya boleh menimbulkan rasa benci dan menghilangkan rasa nikmat dalam hidup.

Jom sama-sama jaga hati kita. Jika ia telah terkena racun maka kita kena segera mencari penawarnya dengan kembali bertaubat dan beristghfar.

21 comments:

  1. susah juga nak jaga hati ni kan sis..orang kata kalau baik hatinya maka baiklah yang lain-lain..

    ReplyDelete
  2. subhanallah. semoga kita semua dalam peliharaan rahmat dan kasih sayang allah swt

    ReplyDelete
  3. tiba² rasa susah hati bila membasa artikel nih...

    ReplyDelete
  4. maka, dalam kehidupan kita haruslah sentiasa bersederhana.

    ReplyDelete
  5. serba serbi yang kita buat jangan over.. kelak memakan diri..
    nice sharing kak..

    ReplyDelete
  6. subhanallah.. perkongsian yg sgt bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. Nice sharing... Lebih elok besederhana dalam segala hal... :)

    ReplyDelete
  8. Tunaikan kewajipan kepada Allah dan Rasul dengan istiqamah. Berlebihan, nanti bosan. Bermalas-malasan, terus ditinggalkan.

    ReplyDelete
  9. Thanks 4 sharing raudzah.... yang terbaik adalah bersederhana saja... akan cuba dikurangkan mana yang patut... :)

    ReplyDelete
  10. Nice sharing..
    Bersederhana dalam segala hal adalah lebih baik

    ReplyDelete
  11. Beserderhana adalah yg terbaik buat kita semua... semoga dijauhkan dari racun hati ini... aamiin.

    ReplyDelete
  12. berlebihan makan... sha lettew.... dah makan asyik nak makannnnn je... huhu

    ReplyDelete
  13. Makan berlebihan tu yg selalu org dok buat...

    ReplyDelete
  14. salam. semoga dijauhkan dari kita 4jenis racun ni..

    ReplyDelete

Designed By