7 Saksi Di Akhirat


7 Saksi Di Akhirat 
Jari Menjadi Saksi Di Akhirat

7 Saksi Di Akhirat


ALLAH menciptakan dan menganugerahkan kepada manusia dengan anggota badan yang lengkap dan sempurna. Antaranya ALLAH memberikan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk berbicara, tangan untuk memegang, kaki untuk melangkah dan perut untuk memproses makanan. 
 

Ketika didunia, mata, pendengaran, mulut, tangan dan kaki kita dapat kita arahkan sesuka hati kita. Semua anggota tubuh kita akan melakukan apa yang kita mau. Tetapi di akhirat kelak, semua anggota tubuh kita akan bersaksi terhadap perbuatan kita. Kita sudah tidak mempunyai kawalan ke atas anggota badan kita. Merekalah yang akan  mendedahkan segala perbuatan kita sewaktu di dunia.

"Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (Surah Yasin : 65)

Kalau kita sayangkan diri kita, kita harus sentiasa memelihara kesemua anggota badan kita. Jangan ingat kalau orang tak tau atau tak nampak apa yang kita lakukan, kita selamat kerana anggota badan kita adalah saksi kita. Jadi apabila kita terlanjur mengerjakan sesuatu dosa, segeralah kita beristighfar memohon keampunan dan cuba hindari diri daripada mengerjakan dosa-dosa yang selanjutnya
. Semoga kita selamat di dunia dan di akhirat.

Comments

  1. Sentiasa la kita semua muhasabah diri masing2, semoga mndpt rahmat dan keampunan dari Allah. Amiin..

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita beringat. Pancaindera ada;ah saksi bisu di dunia tetapi saksi utama di akhirat.

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah terima kasih sangat sis sb bagi gambaran bilgan jari dengan penuh perincian. sangat membantu..

    ReplyDelete
  4. Selagi masih peluang bernafas rebutlah sebanyak mungkin pahala tapi tulah manusia katanya...ada kalanya alpa...

    ReplyDelete
  5. salam. alhamdulillah..terima kasih untuk perkongsian yg bermanfaat ini sis..

    ReplyDelete
  6. T kasih atas peringatan & perkongsian ini Raudzah.

    ReplyDelete
  7. Untuk renungan dan peringatan...
    Thanks sharing

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat