Kejam: Di Bakar Hidup-Hidup Untuk Buang "Roh Jahat"

 Di Bakar Hidup-Hidup Untuk Buang "Roh Jahat" 
 Isteri & Anak Mangsa yang Di Bakar Hidup-Hidup

Kejam..memang sangat kejam. Seorang lelaki dibunuh kejam dihadapan isteri dan anaknya yang berusia 15 tahun, semata-mata ingin mengusir roh jahat dari dalam dirinya. Hmm...
 
Kejadian ngeri ini berlaku di sebuah daerah di utara India. Mangsa yang dikenal pasti sebagai Brijlal, telah pergi ke sebuah ashram untuk meminta bantuan bagi mengusir "roh jahat" yang mengganggu anaknya. Di sini beliau bertemu seorang wanita bernama Parvati, yang dikatakan pakar membuang roh jahat. Malang tidak berbau, apabila si pembuang roh jahat yang dikenali sebagai ahli sihir, telah mengarahkan enam pembantu beliau untuk menikam lelaki tersebut dengan trisula dan kemudian memenggal tangannya dengan kapak. Selepas itu, mereka dilaporkan menyimbah badan lelaki tersebut dengan minyak tanah sebelum dibakar hidup-hidup. Dalam kejadian ngeri itu, si pelaku memaksa isteri mangsa dan anaknya menonton dan menari di sekeliling lelaki itu sehingga badan beliau adalah benar-benar terbakar. Huh..giler brutal ni..

Kumpulan Ahli Sihir

Sehingga kini, pihak polis telah berjaya menahan 4 daripada 7 wanita yang didakwa menjalankan upacara ngeri tersebut serta merampas kapak dan beberapa buku-buku yang berkaitan dengan ilmu hitam. Mereka kini telah dihantar ke penjara.


Comments

  1. kesian masih ade lg yg percaya pd perkara2 khurafat ni

    ReplyDelete
  2. memang overrrr sangat !! dah la buat camtu, paksa ahli keluarga mangsa menari pulak... psiko punya ahli sihir :(

    ReplyDelete
  3. Mmg kerja gila & kejam ni.. astagfirullah...

    ReplyDelete
  4. Isk..isk...tak sanggup nak bayangkan...

    ReplyDelete
  5. seramnya.. banyak betul kes pelik2 jd kt sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat