Breaking News

Monday, September 1, 2014

Kesian Lee Chong Wei

 
Chen Long Merangkul Juara Dunia Selepas Menewaskan Chong Wei 21-19,21-19

Lee Chong Wei Kecundang Lagi


Kesian Lee Chong Wei. Harapan beliau untuk menjuarai kejuaraan Kejohanan Dunia BWF 2014, buat pertama kalinya kecundang lagi setelah tewas kepada Chen Long dari China,  21-19 dan 21-19. Mata yang begitu hampir tapi masih jauh.

Mungkin kerana harapan yang tinggi untuk membawa pulang kejuaraan dunia sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-57 yang disambut semalam, menyebabkan beliau banyak melakukan kesilapan di jaring selain hantaran yang kerap keluar. Ini nyata memberi peluang kepada lawannya. Lee Chong Wei turut mengakui sikap terlalu berhati-hati yang dipamerkan pada set pertama selain tertekan ketika ketinggalan kepada pihak lawan menjadi punca kekalahannya.

 Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kelihatan kecewa ketika berjumpa jurulatih Hendrawan dan Tey Seu Bock selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan dua set 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena, dekat Copanhagen. - Foto Bernama
Lee Chong Wei Kecewa

Tahniah Lee Chong Wei


Walau apapun, tahniah Lee Chong Wei kerana berjaya menjadi wakil tunggal Malaysia ke perlawanan ini, apabila rakan-rakan yang lain kebanyakannya tumpas dipusingan awal kejohanan. Sememangnya perjalanan pemain-pemain badminton Malaysia masih jauh ketinggalan. We need more Lee Chong Wei in Malaysia. Usia beliau tidak memungkinkan beliau untuk terus beraksi untuk beberapa tahun akan datang.  

Untuk BAM tak perlu minta maaf dengan rakyat Malaysia, kerana tak dapat menghadiahkan piala sempena hari kemerdekaan Malaysia, tapi perlu cuba mencari pelbagai kaedah untuk memastikan pemain pelapis yang sedia ada akan terus dilatih dan diberi pendedahan bagi mencari pengganti Lee Chong Wei. 

21 comments:

  1. Setuju sgt2. Sian lee chong wei.. Ape2 pun dia da byk mengharumkan nama negara. Tahniah pd jaguh sukan negara. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Lee Chong Wei ni kira legend kan Ana..

      Delete
  2. menang kalah adat permainan.. thanks kpd Datuk Lee Chong Wei yang sudah banyak kali mengharumkan negara kita...

    ReplyDelete
  3. Tak perlulah BAM bak minta maaf, dah jemu dengar.Tahniah Dato' LCW, Chen Long memang pandai 'main net', China dah latih dia jadi pelapis Lin Dan. Pelapis Malaysia mana?

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Lee Chong Wei, no 2 pun tidak kurang hebatnya..:)

    ReplyDelete
  5. Tahniah juga buat LCW..Beliau dah berusaha buat yang terbaik.. :)

    ReplyDelete
  6. yap.

    memang agak berhati-hati la chong wei main. Patut dia main menyerang semalam.

    ReplyDelete
  7. Biasala kan kak... mesti ada pasang surutnya... tapi dato LCW tetap hebakkkk dimata sha... eceyyy

    ReplyDelete
  8. ermm.. malas nak komen tentang ni.. asyik kecundang je. jarang nak dengar dia menang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%.....skrg dah naik boring tengok bdmtn asyik kalah je.

      Delete
  9. Eerrmmmm....tak ade rezeki nak menang

    ReplyDelete
  10. Dah nasib dia kalah kan.. Apa pun, tahniah & syabas buat beliau atas semangat kental utk menang... blogerati sini tengok prodduck.. :D

    ReplyDelete
  11. Tahniah... Kerana bawa nama Malaysia...dan usaha gigih beliau... Kalah mng adat pertndingan ..

    ReplyDelete
  12. roshe run, http://www.rosherunshoessale.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinestores.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsusa.us/
    coach outlet, http://www.coachoutletstores.com.co/
    toms shoes, http://www.toms.us.com/
    ray ban sunglasses, http://www.raybansunglass.co.uk/
    nba jerseys, http://www.nbajerseys.us.com/
    michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutletonline.com/
    canada goose outlet, http://www.canadagoose.us.org/
    coach outlet store, http://www.coach-outlet-store.us.com/
    dansko outlet, http://www.dansko-shoes.us/
    pandora jewelry, http://www.pandorajewelryoutlet.us.com/
    hermes belt, http://www.hermesbelts.us/
    louis vuitton outlet, http://www.louisvuittonus.us.com/
    louis vuitton outlet, http://www.louisvuittonoutlet.in.net/
    tory burch shoes, http://www.toryburchshoesoutlet.com/
    nike huarache, http://www.nikeairhuarache.org.uk/
    cheap nba jerseys, http://www.nbajerseys.net/
    air jordan 4, http://www.airjordan4.org/
    rolex watches, http://www.rolexwatches.in.net/
    air max 2015, http://www.airmax2015.in.net/
    air jordan 13, http://www.airjordan13s.com/
    tory burch outlet, http://www.toryburchoutletonline.in.net/
    michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlet.us.org/
    cheap nike shoes, http://www.cheap-nikeshoes.cc/
    air max 90, http://www.airmax90.us.com/
    basketball shoes, http://www.basketballshoes.us.com/
    cheap jordans, http://www.cheapjordanshoes.in.net/
    0926maoqiuyun

    ReplyDelete

Designed By